37

398 18 5
                                    

BUNYI bising di dapur menarik perhatian Nadia yang baru bangun itu. Itu pasti Buyamin. Bangun tadi dia mendapati Buyamin tiada di sebelahnya. Nadia masuk ke dapur. Buyamin tengah masak apa tu?

"Abang." tegur Nadia.

Buyamin menoleh ke belakang dan kemudian dia fokus pada kualinya yang tengah panas dengan nasi gorengnya ini.

"Dah mandi?" tanya Buyamin tanpa melihat muka Nadia.

"Belum. Abang goreng apa tu?"

"Busuklah. Pergilah mandi dulu."

"Tak naklah. Sejuk. Abang goreng apa?" tanya Nadia lagi.

"Nasi goreng kampung kegemaran awaklah."

"Eh, pandai pula abang goreng nasi ya?"

"Mestilah abang pandai. Abang ni siap ambil kursus memasak tau."

"Bila pula abang pergi ambil kursus?"

"Dah lama abang ambil kursus memasak. Awak aje tak tahu."

"Eleh, tapi sedap ke abang goreng tu?"

"Belum cuba, jangan kata tak sedap. Cuba dulu." Buyamin mematikan dapur gas. Dia mengambil sudu di rak. Dia mencedok sedikit nasi ke sudu lalu menyuapkan nasi goreng yang masih panas ke dalam mulut isterinya.

"Amacam?"

"Masin sikit."

"Masin sikit tak apa, jangan masin banyak. Kita breakfast dengan nasi goreng abang buat."

"Abang tak pergi ofis hari ni?" Nadia mengambil pinggan dan hulur kepada Buyamin.

"Cuti dua hari. Tension sikit ni."

"Tension pasal apa?"

Buyamin mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dan meletakkannya di atas meja.

"Projek di Sabah tu abang serahkan kat salah seorang arkitek ni tapi dia boleh pula buat main-main. Pihak di Sabah dah marah abang sebab lambat siapkan kerja ni. Ini baru aje menyiapkan rangka kertas kerja, kalau dah start membina? Abang yang kena tanggung kerugian kalau lambat siapkan." Kerana itulah Buyamin hampir pecat semua arkitek syarikatnya. Biar syarikatnya muflis senang. Tapi dia fikir logik dan waras. Kerana amarah, dia hampir memusnahkan syarikat yang dia usahakan.

"Abang, bawa bersabar okey? Abang jangan tension sangat sampai memberikan kesan kat diri abang. Kalau abang rasa nak marah, abang istighfar. Ingat Allah." pesan Nadia. Dia dan Buyamin duduk di meja menikmati nasi goreng yang dibuat Buyamin.

"Huh," hembus Buyamin.

"Abang, saya nak tanya pasal Farah sikit, boleh tak?"

"Kenapa dengan Farah?"

"Abang kenal dia sejak bila?"

"Abang kenal dia masa abang dihantar ke Perth pada usia 14 tahun."

"Kiranya dah lamalah abang kenal dia."

"Yup."

"Abang dengan dia hanya sekadar kawan aje kan? Tak lebih dari tu?" soal Nadia. Cemburu dia dah datang. Semalaman dia tidak boleh tidur dengan nyenyak. Semasa Farah datang, Nadia nampak Farah terlajak mesra dengan Buyamin. Buyamin pula boleh layan Farah depannya seolah Farah itu suaminya pula.

Buyamin menyengih.

"Abang dapat rasa ada aura cemburulah."

"Abang!" nak aje dia ketuk kepala suaminya. Tapi dia memang cemburu.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now