29

364 24 1
                                    

           

"TINGGALKAN sekejap kerja abang, boleh tak?" Nadia duduk bersebelahan suaminya di dalam bilik. Nadia meletakkan secawan kopi yang diminta oleh Buyamin berdekatan dengan kertas yang berterabur atas meja. Nadia menyusun kertas-kertas itu dan meletakkannya ke dalam kotak sebelah meja Buyamin. Semua kertas itu adalah lakaran bangunan yang dilakar oleh Buyamin tetapi lakaran itu tidak sempurna seperti yang Buyamin inginkan lalu dibiarkan tanpa gumpalan di atas meja.

Nadia amat risaukan keadaan Buyamin. Buyamin sengaja menyibukkan diri dengan melakukan dua kerja. Kerja wajibnya iaitu kerja di syarikatnya dan kerja sunat tapi harus lagi wajib iaitu mencari Haniah. Buyamin rela ikut pengawai polis yang kebetulan rakan Buyamin ketika sekolah rendah dulu mencari Haniah. Kadang-kadang Buyamin akan balik jam 4 pagi dan adakalanya dua hari baru Buyamin sebab mahu mencari Haniah.

Nadia diam seribu bahasa bila Buyamin sering menyebut Haniah sebagai pembunuh Datuk Rahman.

Ya.

Haniah membunuh Datuk Rahman.

Tapi Haniah itu...

Hmm... kalau dia tidak mengetahui rahsia ini, mungkin dia turut serta dengan Buyamin mencari Haniah. Nadia seolah dalam kesempitan untuk menyokong siapa. Mungkin Buyamin yang giat mencari pembunuh untuk dihukum atau mungkin Haniah yang menjadi mangsa Syukri.

Tika ini Buyamin sedang menyiapkan kertas kerja untuk projek bersama syarikat luar di Australia. Dalam Buyamin melakukan kerja untuk syarikatnya, dia juga sentiasa menghubungi pengawai polis yang bertugas menyiasat kes untuk bertanyakan kes Haniah. Sudah masuk seminggu semenjak Haniah melarikan diri dari hospital bersama Syukri. Pihak polis sedang giat menjalankan operasi menjejaki keberadaan Haniah malah pihak polis turut mencari Zahra dan Syukri sebagai rakan subahat Haniah. Entah di mana Zahra menyembunyikan Haniah. Syukri pula, entah apa dia buat sehingga sanggup meracuni fikiran Haniah.

"Abang nak siapkan sikit aje lagi. Lepas ni abang nak pergi ke rumah kawan abang. Dia kata dia ada jumpa jejak Haniah. So, abang nak ikut dia dalam operasi ni lagi." ujar Buyamin. Betapa gigihnya dia mencari Haniah.

"Abang, abang serahkan aje kerja cari Haniah kat polis. Biar polis yang uruskan. Abang tak perlu ikut serta dalam operasi pihak polis. Kalau Haniah guna senjata dan tiba-tiba tembak abang, macam mana? Abang nak merisikokan nyawa abang? Abang tak fikirkan saya dan mama kalau terjadi apa-apa kat abang?" Bukan Nadia hendak mementingkan diri dan menghalang Buyamin, tetapi dia tidak mahu Buyamin bertindak lebih dari kemampuannya. Seperti yang diberitahu Datin Marlia, dia tidak ingin Buyamin menjadi seorang pembunuh kerana Buyamin amat menyayangi Datuk Rahman. Kematian Datuk Rahman memberi kesan yang amat mendalam terhadap Buyamin. Tapi Buyamin akan menjadi seperti Haniah?

Seandainya Haniah dan Syukri serta Zahra itu mempunyai senjata api untuk melindungi mereka bertiga dari pihak polis, macam mana? Boleh jadi mereka akan menembak Buyamin kerana Buaymin itu sasaran utama mereka juga.

"Buya dengan Rizman ada perbezaannya. Mereka berdua amat menyayangi orang yang mereka sayang. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang mereka sayang. Rizman pernah cuba tikam papa sebab papa menyakiti Haniah kerana dulu papa tak bersetuju Rizman berkahwin dengan Haniah walaupun ibu bapa mereka bersetuju dengan pilihan Rizman. Jadi, papa buat apa sahaja untuk pisahkan Haniah termasuk menyakiti Haniah. Mama risau kalau Buyamin jadi macam arwah ayahnya. Bertindak di luar jangkaan. Nadia kena jauhkan Buyamin dari masalah ini. Buat Buyamin lupa seketika kes ini. Biar pihak polis yang uruskannya." Ujar Datin Marlia malam semalam. Meminta Nadia menarik Buyamin menjauhkan diri dari bertindak di luar jangkaan. Nadia juga tidak ingin Buyamin jadi seperti itu, lebih teruk dari dia dulu.

Buyamin letak pen di meja. Dia pandang Nadia yang sedang berdiri itu.

"Abang kena balas dendam terhadap perempuan tu, Nadia. Dia dah bunuh papa!" tegas Buyamin.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now