10

694 33 0
                                    

NADIA menarik nafas lega bila butik pakaian yang diusahakannya dua bulan yang lalu berjaya mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sungguh dia tak percaya yang butik pakaian ini dapat menarik pelanggan yang ramai datang membeli di butiknya. Mungkin juga dia kerap promote butik di laman media sosial dan pengaruh Datin Suria sebagai rakan kongsi Nadia. Datin Surialah yang memberikan modal kepada Nadia untuk membuka butik ini malah dia juga ada menyumbangkan sedikit wang yang dikumpulnya untuk butik ini. Namun jika bukan kerana Datin Suria yang mengesyorkan pada Nadia untuk membuka butik ini, mesti Nadia takkan kecapi keuntungan ini. Nadia berterima kasih pada Datin Suria kerana mempercayainya.

Pagi itu dia membuka butik yang diberikan nama Nadia Collection seperti biasa. Nadia mempunyai dua pekerja yang diambilnya bagi membantunya menguruskan butik ketika dia tiada.

Nadia telah menemui kepuasan dalam dirinya. Kepuasan dalam pekerjaan mengusahakan perniagaan sendiri. Dia mampu mengelakkan diri dari mengalami masalah yang cuba membuatkan dia sakit lagi. Kemampuan Nadia saat ini masih terbatas. Dia masih memerlukan rawatan kerana dua bulan yang lalu dia hampir dimasukkan ke hospital dan hampir juga dia menjadi penghuni tetap di wad sakit jiwa.

"Awak dah semakin teruk, Nadia." Ujar Doktor Rina, tunang Naufal. Nadia meminta bantuan daripada Doktor Rina untuk merawat sakitnya ini. Kesakitan dalam jiwa yang semakin hari semakin sukar untuk dirawati walaupun adakalanya Nadia mampu sembuh seperti biasa. Tetapi ia tetap datang juga.

"Saya dah tak mampu. Hampir setiap hari saya masih teringatkan masa lalu."

"Kenapa awak masih teringatkannya? Dia dah hilang dari bayang awak."

"Kerana cinta."

Doktor Rina juga mengeluh setiap kali Nadia mengatakan kesakitan yang dialaminya kerana cinta. Cinta pada Irfan yang telah meranapkan seluruh jiwanya. Benar dia tidak lagi mencintai Irfan tetapi suatu ketika dahulu dia pernah mencintai bekas suami itu dan kesan mencintai itu telah membuatkan dia jadi gila.

"Cinta hanya memusnahkan diri awak. Dia dah ada orang lain. Please, move on Nadia. Awak perlukan hidup yang baru. Jangan biarkan masa silam awak menghantui awak."

"Irfan memang masa silam saya. Saya cuba untuk menjauhkan diri saya dari masa silam tetapi ia tetap menghantui saya."

"Sebab awak sebenarnya masih bersisakan cinta dia. Dari apa saya perhatikan, awak masih memerlukan Irfan. Awak sakit kerana Irfan dan awak nak dia sembuhkan awak."

"No! Irfan tak boleh masuk dalam diri saya lagi! Dia dah dibuang jauh!"

"So, buangkan Irfan. Awak boleh buat. Hidup awak juga akan tenang."

Dia gila kerana Irfan.

Dia cuba bangkit kerana mahu melupakan Irfan.

Setiap kali dia cuba mengusir bayangan Irfan, dia menemui kegagalan. Kenapa begitu hebat penangan Irfan pada kehidupannya? Sudah masuk tiga tahun masa silam itu pergi tetapi kenapa setiap kali dia merasakan masa silam mula berundur akan kembali semula?

Cinta... Itu memusnahkan!

Buyamin?

Ah, kenapa harus diselitkan nama lelaki itu?

Dia tidak mencintai Buyamin!

Buyamin yang mencintainya.

Buyamin yang mahu mengusir bayangan Irfan.

Buyamin yang ingin menjadi penawar kesakitannya.

Tetapi dia tidak boleh menerima Buyamin. Dia takut untuk jatuh hati pada Buyamin sedangkan dalam hatinya sudah mula berbuih cinta pada lelaki itu cuma dia tidak berani bercinta untuk kali kedua.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now