56

697 17 1
                                    

"YOU, teman I pergi shopping." Farah sudah bersiap-siap dengan cantik mahu ke pusat membeli-belah. Membeli baju baru.

"I kena pergi ke hospital." Ujar Faris. Sudah tiga hari dia berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Faris. Dia tidak mahu menyusahkan Datin Marlia yang menjaga Faris dari pagi hingga ke malam.

"Kan ada mama you. Biar dia ajelah yang jaga Faris."

"Mama dah tua dan tak larat nak bersekang mata tidur kat hospital tu. I ni abang Faris dan jadi tanggungjawab I untuk jaga adik I yang sedang terlantar atas katil tu."

"Habis tanggungjawab you kat I dan Qayyum macam mana? You nak abaikan?" Farah tak puas hati. Tiga hari Buyamin pergi ke hospital dan balik pula hanya sekejap saja selepas tu dia pergi pula ke hospital. Farah hendak bermanja-manja dengan Buyamin pun tidak boleh. Buyamin melebihkan Faris dari dia dan Qayyum!

"I tak abaikan tanggungjawab I kat you dan Qayyum. Faris sedang sakit, Farah. Tolonglah faham." pinta Buyamin. Keadaan Faris harus diutamakan. Tak bermakna tanggungjawab dia pada Farah dan Qayyum diabaikan.

"You upah ajelah orang jaga Faris tu. Hah, upah Helena. Helena kan punca Faris dilanggar." Dia main tuduh aje kat Helena tu tapi dengar kata kalau Helena tak ajak Faris keluar, Faris takkan dilanggar dengan teruk.

"Kenapa you tak faham bahasa, Farah? Faris adik I dan I bertanggungjawab untuk jaga adik I!" ulang Buyamin dengan nada meninggi. "You jangan halang I jaga Faris." Buyamin tak boleh tahan sabar dengan Farah.

"I tak kasi you pergi jaga Faris tu. Dia tu tak tahu bila nak sedar dari koma, Buya. Entah-entah makan masa pula. Masa tu you dah tak ada, baru dia nak buka mata dia." kata Farah yang tak berfikir panjang.

"Jangan cakap macam tu, Farah. Faris akan sedar dari komanya."

"Sampai bila you nak tunggu?"

"Sampai dia buka mata dia."

"No, masa tu bila dia dah buka mata dia... Dia dah tak ada kat dunia ni lagi."

"Apa you merepek ni, Farah? Cakap biar berakal lah. Itu adik I. You jangan sebarangan cakap."

"Okey, I minta maaf tapi I tengok Faris tu tenat. Nazak. Macam dah tak ada harapan."

"I yakin masih ada harapan untuk Faris sedar. So, I kena pergi dan jaga dia sebab dia perlukan I."

"No, no. I tak benarkan you pergi. Faris tu ada ramai yang nak jaga dia. You jangan nak susahkan diri you jaga Faris pula. You tu banyak tanggungjawab kena buat selain jaga Faris yang nazak tu. You kena stay kat rumah. Jaga I dengan Qayyum."

"You siapa nak halang I, Farah? You siapa?!" soal Buyamin dengan kasar. Farah dah melampau dan tak fikir perasaan dia. Keutamaan Faris menjadi tumpuan Buyamin.

"I isteri you, Buya! Apa yang you buat, you kena utamakan I dulu!"

"Hei, Farah. Aku tak boleh utamakan kau sebab kau tu hanya orang luar aje. Orang luar yang tak boleh tuntut apa pun dari aku! Kau sedar diri kau tu siapa sebelum nak suruh aku utamakan kau! Kalau bukan aku yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan kau, dah lama kau membujang dan makan hati!" hambur Buyamin. Benar-benar tak boleh mengawal perasaan lagi. Farah dah mula tunjuk belangnya. Selama ini dia boleh tahan sabar dengan perangai Farah tetapi jika melibatkan keluarga Buyamin dan Farah meminta dia abaikan masalah yang sedang menimpa keluarganya itu, Farah tak boleh suruhnya. Dia harus utamakan keluarganya.

Faris koma. Faris tu adik dia. Waris utama yang dia kena bagi tumpuan. Dia perlu sedarkan Faris dari koma walaupun harapannya sangat tipis tetapi dengan cara ini, Faris boleh memberi maklum balas dengan cepat. Farah hanya fikirkan tentang dirinya sahaja. Langsung tak fikir hal perasaan orang.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now