52

535 26 0
                                    

SEMENJAK Farah dipecat oleh Buyamin dari segala jawatan yang dipegangnya di Rahman Holding, Farah menumpukan perhatian terhadap dua perniagaan yang diusahakannya ketika awal perkahwinan dia dengan Buyamin. Butik dan restorannya dipindah ke kawasan tumpuan orang ramai dan berdekatan dengan tempat tinggal Farah dan Buyamin. Kedua-dua bisnes yang diusahakan Farah maju dan ramai pelanggan yang berkunjung ke dua buah premis yang dimiliki Farah. Malah butik berada bersebelahan restoran Farah jadi setiap kali pelanggan datang membeli, mereka akan singgah makan atau minum di restoran Farah yang bersebelahan dengan butik itu.

Butik Nadia?

Farah senyum nipis. Butik Nadia berada di depan butiknya. Sengaja dia pindahkan butik dekat dengan butik Nadia. Senang dia melihat musuhnya itu. Dia hendak bersaing dengan Nadia dan nak menjatuhkan perniagaan yang diusahakan Nadia itu. Tetapi ke manakah Nadia menghilang?

Haih. Tak payah fikir mana Nadia pergi sebab sekarang kehidupan Farah dengan Buyamin dah semakin bahagia bersama Qayyum.

Rahman Holding...

Sememangnya Farah ingin bekerja di Rahman Holding kerana ingin memantau kerja di syarikat besar itu. Walaupun tidak lagi jejak kaki ke syarikat itu, hasrat dan niat Farah untuk menjadikan Qayyum sebagai pewaris harta Buyamin masih giat dijalankan. Datin Marlia yang sibuk tidak mahu Qayyum mewarisi harta pusaka itu tidak lagi muncul depannya malah sudah setahun lebih ibu mentuanya tidak datang jumpanya. Tapi untuk Datin Marlia hendak jumpa dengannya? Hendak bergaduh? Dan menjadikan Qayyum sebagai topik utama pergaduhan mereka? Farah tidak mahu Qayyum menjadi sasaran Datin Marlia. Datin Marlia harus mengaku Qayyum itu cucu kandungnya. Jadi Farah kenalah berpura-pura baik dan buat tidak bersalah depan Datin Marlia. Biar hati gelap Datin Marlia itu bertukar jadi cerah. Tak begitu?

"Puan, ada seorang lelaki nak jumpa dengan puan." Muncul Nia, pekerja merangkap pengurus butik Farah.

"Siapa?"

"Namanya Encik Yasir."

Mata Farah terbuntang luas saat mendengari nama itu.

"Dia kat mana?"

"Kat sana." tunjuk Nia ke arah lelaki yang sedang duduk di kerusi. Farah memerhati lelaki itu. Air liur ditelan pahit.

"Kau jaga kedai ni." Arah Farah kepada Nia. Farah mendekati Encik Yasir.

Sudah dua tahun lebih Farah tidak menghubungi Encik Yasir. Malah perkahwinan dia dengan Buyamin juga tidak dimaklumkan kepada Encik Yasir. Bukan Farah tidak mahu memberitahu Encik Yasir, dia takut Encik Yasir akan membantah kerana Buyamin ketika itu sudah mempunyai isteri.

Farah menarik nafas dan menghelanya dengan perlahan-lahan.

"Papa..." panggil Farah.

Encik Yasir bingkas bangun dan menampar pipi Farah.

Farah tergaman dengan tamparan Encik Yasir. Dia tahu kenapa Encik Yasir menamparnya. Ini salah dia dan dia berhak kena tampar. Nasib baiklah tiada pelanggan pada waktu tengahari ini. Nia dan beberapa orang pekerja pula sedang menjaga bahagian lain. Kalau pekerjanya nampak, malu besar dia nanti.

"Tak sangka kamu sanggup buat macam ni, Farah. Di mana maruah kamu sebagai anak papa?!" soal Encik Yasir. Marah benar dia dengan berita yang disampaikan oleh sahabatnya. Farah diberitahu sudah berkahwin dengan Buyamin dan kini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka itu. Tergamak Farah tidak memberitahunya dan Farah pula telah merampas Buyamin dari isteri pertama Buyamin.

Encik Yasir bergegas balik Malaysia untuk dengan jumpa Farah. Dia ingin bersemuka dengan Farah. Perbuatan Farah sukar untuk dia maafkan. Bukannya tiada lelaki lain selain Buyamin di dunia ini, berlambak lelaki yang ingin menjadikan Farah sebagai isteri, tetapi lelaki orang juga Farah ingin ambil.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now