39

355 23 13
                                    

"MORNING, sayang." Buyamin menghadiahkan ciuman di pipi Nadia depan Datin Marlia.

"Amboi, Buya. Nampak happy semacam aje pagi ni?" tegur Datin Marlia. Dia menyapu jem di roti.

"Buya happy dapat tengok dua wajah yang Buya sayang ni." Buyamin duduk berhadapan Datin Marlia.

Nadia menuang air kopi ke dalam cawan Buyamin. Dia turut duduk bersebelahan Buyamin.

"Abang nak roti bakar atau nasi?"

"Nak roti roti."

Nadia mengambil pinggan yang berisi roti bakar dan hulurkan kepada Buyamin.

"Macam mana proses pemindahan BYM Holding? Dah settle sepenuhnya?" tanya Datin Marlia. Proses pemindahan dan penggabungan dua syarikat sepatutnya sudah selesai tetapi ada beberapa masalah menyebabkan proses itu terganggu.

"Alhamdulilah, dah selesai. Mulai hari ini, BYM Holdings anak syarikat Rahman Holdings. Buya tak perlu berulang-alik antara dua syarikat ini lagi."

"Alhamdulilah kalau dah selesai. Nampak gayanya, mama tak perlu masuk ofis lagi."

"Eh, mama kena masuk ofis sebab mama orang otai dalam syarikat."

"Mama dah lama tak masuk ofis, Buya. Bila mama masuk tu, otak mama tiba-tiba beku hah. Mama terpaksa study balik pasal hal syarikat ni."

Buyamin meneguk air kopi kegemarannya itu.

"Mama masih berbisa dan diperlukan dalam syarikat. Mama berkhidmatlah selama setahun dulu. Lepas tu mama pencen secara rasmi." Datin Marlia bukan calang-calang orang. Dia adalah wanita yang bekerjaya dan orang kuat dalam Rahman Holdings.

"Mama ikut sajalah kata Buya tu.Tapi jangan bagi mama buat kerja berat tau. Mama ni dah tua. Kerja berat kasi pada orang muda sajalah."

"Okey, ma."

"Abang,, kalau saya nak kerja kat Rahman holding boleh tak?" tanya Nadia. Terasa minat pula hendak bekerja di syarikat semula. Dia ada ijazah dan pernah jadi setiausaha Buyamin. Hal syarikat, dia tahulah juga sedikit.

"Awak nak kerja apa?"

"Kerja jadi setiausaha abang lah. Bolehlah saya perhati abang 24 jam."

"Mana boleh."

"Kenapa pula?"

"Abang dah ada Zamri, dia jadi setiausaha abang dan juga PA abang. Awak jadi setiausaha abang kat rumah ajelah. Layan abang malam-malam."

Nadia mencubit peha Buyamin.

"Otak kuning!"

Buyamin gelak.

"Mama nak pergi ofis, Buya pergi dengan mama." Datin Marlia bangun.

"Buya masuk lewat sikit. Nak bermanja sekejap dengan isteri Buya."

"Mama tunggu kat ofis. Jangan lewat tau."

"Okey, mama."

Buyamin dan Nadia menyalami tangan Datin Marlia.

"Abang, boleh tak kita pergi klinik?"

"Nak buat apa?"

"Saya nak periksa kesihatan saya. Saya nak tahu kenapa saya tak mengandung sampai sekarang." Nadia teringin hendak mengandungkan anak Buyamin. Dia tidak mahu Buyamin terus kempunan hendak peluk anak sendiri.

Buyamin tergaman seketika. Dia pandang Nadia.

"Awak janganlah taksub sangat nak mengandung tu. Insya-Allah satu hari nanti kita dapat anak." Buyamin tak tahu nak kata apa. Rahsia dia simpan selama ini macam tak boleh simpan lama. Kesian Nadia yang terlalu mengharapkan dirinya mengandung.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now