dua puluh satu

127 32 2
                                    

Jari jemari Jihoon bermain dengan wajah putih bersih milik Min Hee. Ditatap wajah itu penuh kasih.

"Tidur pun cantik." lelaki itu menguntum senyum. Segenap wajah Min Hee diperhati.

Dari dahi hingga ke dagu semuanya cantik dimata Jihoon. Kelihatan sedikit parut yang kian menghilang pada pipi kirinya. Tertanya juga Jihoon kenapa boleh ada parut diwajah Min Hee? Cuma kini sudah tidak kelihatan jika dipandang sekilas.

Hatinya terasa pedih. Melihat wanita yang dicintai sepenuh jiwa terlantar di katil hospital. Apa yang berlaku antara Min Hee dan Hoseok? Tak cukup dengan itu hati Jihoon masih tidak tenang memikirkan kejadian tempoh hari dimana dia sendiri hampir melanggar Min Hee, wanita yang dia cinta.

Mujur tiada apa berlaku. Kalau tidak pasti dia tidak dapat memaafkan diri sendiri.

"Cepat sedar..Min Hee." bicara Jihoon dengan gagap. Malangnya Min Hee tidak mendengarnya.

Jarinya setia memegang erat tangan Min Hee. Mata Jihoon kian memberat dek kerana berjaga semalaman. Baru saja hendak melelapkan mata, tangan Min Hee mengenggam perlahan tangannya.

Jihoon tersentak.

"Min Hee?" gadis itu membuka mata perlahan.

"Syukurla awak dah sedar." Jihoon tersenyum senang. Lega hati dia.

"K–kyung ma–na?" soal Min Hee dengan nada sedikit lemah.

"Arr saya tak jumpa lagi. Tapi jangan risau polis pun dah tolong cari jugak. Doakan dia selamat saja." serba salah Jihoon memberitahu perkara sebenar. Bimbang andai Min Hee risau.

Min Hee sekadar mengangguk kecil.

"Awak nak air?" Jihoon menghulurkan segelas air kosong untuk Min Hee.

"Air kosong? Ugh air hospital tak sedap." Min Hee mencebik.

"Nak air sedap kenala cepat sihat. Nanti saya belanja air favorite awak. Nak satu kedai pun boleh." Jihoon berseloroh.

Air yang dihulur Jihoon diteguk sedikit sambil-sambil wajah Jihoon dipandang. Lingkaran bawah mata cukup membuktikan bahawa jejaka itu tak cukup tidur.

"Awak tak tidur ke?" Min Hee menyoal prihatin sambil jarinya menyentuh muka Jihoon.

"Tidur. Tapi tak lelap sangat." ujar Jihoon.

Pintu wad tiba-tiba dibuka. Mereka kajet apabila terpancul muka Hoseok diluar wad.

"Ahh sunbae dah sampai! Dudukla. Saya pergi belikan air sekejap. Tata~" segera Jihoon pamit. Sengaja dia pertemukan mereka berdua agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Dah macam Jepun nak perang dengan America je rupa.

Hoseok teragak-agak nak duduk. Dahla dengan Min Hee pandang dia cam telan hidup-hidup ja.

"Kenapa datang sini?" Min Hee menyoal sinis.

"Sa–"

"Anak sendiri hilang entah kemana, awak masih ada masa nak datang sini?" hambur Min Hee.

Hoseok mengeluh saat dirinya terasa begitu dibenci oleh Min Hee.

"Saya datang jenguk awak, sebab saya peduli. Saya risau." Hoseok berterus-terang.

"Habistu anak awak? Tak peduli?"

"Min Hee.. benci sangat ke awak pada saya? Apa yang saya buat semuanya nampak salah dimata awak? Takde langsung ke tempat dalam diri awak untuk maafkan saya?" bicara jejaka itu sedikit sebanyak membuatkan Min Hee terasa sesuatu dihatinya.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now