033

104 21 9
                                    

Langkah Min Hee dan Jihoon yang memasuki ruang kafe itu diperhatikan oleh Hoseok dan Ae Min. Sudahla berpegangan tangan. Hoseok mengetap bawah bibirnya. Cemburu? Tak mungkin! Kan..? Min Hee dan Jihoon mula melabuhkan duduk di hadapan Hoseok dan Ae Min. Kyung juga ada bersama mereka.

"Ada apa nak jumpa aku? Cakap cepat. Dah la hari ni aku cuti." soal Min Hee tanpa berbasa-basi. Pandangan malas dilemparkan tanda dia betul-betul tak berminat nak jumpa Hoseok mahupun Ae Min sekarang.

"Macam ni Min Hee, aku ingat nak ajak kau pergi butik." luah Ae Min sambil menyedut sedikit air minumannya.

"Buat apa?" kening kanan Min Hee diangkat. Tak pernah-pernah Ae Min ajak dia keluar. Kali terakhir mereka berdua keluar bersama pun waktu Min Hee belum lagi jadi babysitter Kyung.

Tch. Kenapa tiba-tiba terasa rindu pula dengan persahabatan yang kini terasa rengang?

"Nak tempah baju kawin." balas Ae Min. Automatik Min Hee terkejut namun cuba disorokkan wajah cuaknya itu.

"Dengan s-siapa?"

"Hoseok. Aku sedar Kyung perlukan seorang ibu yang boleh sentiasa ada untuknya." kepala Kyung diusap-usap. Terukir senyuman di wajah Ae Min.

Min Hee terdiam dan melihat ke arah Hoseok. Hoseok cuma diam dan membiarkan Ae Min yang berbicara. Hatinya berbolak-balik ketika ini. Min Hee tertawa sinis.

"Ha bagusla. Aku ingatkan dah tak reti bertanggungjawab. Okay aku temankan kau pergi butik. Alang-alang aku pun nak cari baju kawin juga." kata-kata Min Hee membuatkan Hoseok dan Jihoon tersentak.

Membulat mata Jihoon saat perkataan 'kawin' terucap dari mulut Min Hee. Kenapa Min Hee tidak beritahu dia apa-apa? Berkerut dahi Jihoon dibuatnya.

"Oh dengan siapa?" tanya Ae Min pula. Tak sangka Min Hee pun senyap-senyap sudah ada pilihan hatinya.

"Park Jihoon. Senang sikit aku tak payah tukar nama dah." Min Hee melihat ke arah Jihoon yang sedang menggentel alas meja. Mukanya merah padam. Ikutkan hati nak saja dia peluk Min Hee sekarang. Tapi banyak orang dalam kafe ni.

"Nak tak buat serentak?" cadang Ae Min. Bahu Hoseok ditepuk. Min Hee meletakkan jarinya di dagu seolah sedang berfikir.

"Tak kot. Korang kawin la dulu. Nanti kami pula." kata Min Hee. Ae Min sudah terangguk faham. Tak sabar pula dia nak tengok Min Hee berkahwin.

"Okla aku nak balik. Nanti nak pergi ambil Yuki dekat sekolah pula. Pergi dulu." Min Hee mempamitkan diri lalu bingkas bangun. Jihoon yang baru saja hendak menyisip air terhenti dan terus mengejar Min Hee.

Mata Hoseok tak lekang memerhati susuk badan Min Hee sehingga tidak kelihatan lagi. Buat ke sekian kalinya nafas dihembus kasar. Betulkah pilihan ini? Hoseok memejamkan matanya. Lalu dia terasa tangannya seakan digenggam seseorang.Hoseok kembali membuka mata. Riak wajah Ae Min yang tersenyum manis diperhatikannya. Senyuman itu, tak pernah hilang kemanisannya buatkan Hoseok tenang seketika.

Jihoon mengejar Min Hee yang sudah jauh di hadapan. Laju betul dia jalan. Pantas tangan Min Hee ditarik serentak itu Min Hee berhenti.

"Kenapa awak cakap macam tu pada diorang? Awak tak bagi pun kata putus dekat saya. Awak serious terima lamaran saya?" satu per satu soalan dilontarkan bertubi-tubi pada Min Hee. Walaupun Jihoon gembira dengan apa yang Min Hee cakap tadi namun dia tertanya mengapa Min Hee berkata sebegitu padahal tempoh hari dia sendiri yang minta masa untuk dia fikirkan tentang perkara itu.

Tangan Jihoon yang memegang tangan Min Hee digenggam erat oleh Min Hee. Tergamam Jihoon jadinya.

"Saya terima lamaran awak tu. Eomma dan appa saya dah kenal awak. Yuki pun dah anggap awak papa dia. Awak dah buktikan yang awak lebih dari layak untuk memperisterikan saya." anak mata Jihoon ditenung dalam. Membuktikan dia tekad dengan apa yang dia katakan.

"Awak terima saya sebagai suami awak?" Jihoon menyoal lagi. Dia mengharapkan kepastian dari wanita itu.

"Tiada sebab untuk saya katakan tidak, Jihoon." Min Hee menyentuh wajah Jihoon.

"Jujurkah awak mencintai saya?" soalnya lagi.

Namun kali ini Min Hee terdiam.

✿✿✿✿✿✿✿

"Urgh.." Min Hee beralih lagi. Berkerut dahinya ketika ini. Dipaksa dirinya untuk membuka mata.

"Hoseok!!" Min Hee tersedar dari tidurnya. Yuki yang tidur di sebelah turut terjaga apabila terdengar jeritan Min Hee.

"Mama?" Yuki menyoal kerisauan. Tangannya lalu diletakkan pada bahu Min Hee. Hampir saja Min Hee terlompat akibat terkejut.

Min Hee mengusap dadanya.

"Maaf sayang. Yuki terjaga sebab mama ya? Sorry." pipi Yuki dicuit sedikit. Min Hee lantas turun dari katil dan terus keluar dari bilik meninggalkan Yuki seorang diri.

Hanya satu tempat arah tujunya sekarang.

"Eomma." Min Hee memeluk Puan Park yang lincah memotong sayur itu.

Terkejut dia. Sudahla dipeluk dari belakang. Disapa pula dengan suara serak-serak basah. Ingatkan suami tadi.

"Kenapa Min Hee?" Puan Park menyoal namun sedikit pun tidak leka dia dari menyambung perkerjaannya itu.

"Min Hee mimpi benda tu lagi. Dah seminggu mimpi benda yang sama." esakan kecil mula keluar dari mulut Min Hee. Terhincut-hincut bahunya dek tangisan.

"Jangan nangis sayang. Tak cantik dah anak eomma bila nangis." Puan Park segera meletakkan pisau yang dia pegang apabila terasa tubuh Min Hee menggigil. Badan dipusing menghadap Min Hee. Airmata yang mengalir di pipi anaknya disapu dengan ibu jari.

"Eomma kenapa Min Hee tak ingat apa-apa? Min Hee nak ingat siapa Min Hee di masa lampau." dadanya ditumbuk perlahan menahan sakit. Rasa sakit sering dia alami tatkala tersedar dari mimpi yang sudah seminggu bermaharajalela. Sesak dadanya apabila teringatkan mimpi itu.

Apa makna tersiratnya? Min Hee tidak pasti. Adakah ia sekadar mainan tidur atau lebih dari itu?

"Bertenang Min Hee. Bawa bersabar. Jangan paksa diri. Eomma yakin suatu saat nanti kamu akan pulih. Eomma percaya. Jadi Min Hee pun kena percaya." dahi Min Hee dikucup lama. Min Hee membenam mukanya di bahu Puan Park.

"Eomma.. teruk sangat ke Min Hee dulu? Jahat ke Min Hee?" Min Hee memejam mata, membiarkan cecair jernih itu turun tanpa perlu ditahan.

Puan Park tidak diam tidak berkutik. Hanya tangannya saja yang mengusap kepala Min Hee.

"Min Hee nak ingat balik masa dulu." beritahu Min Hee dengan nada sayu. Puan Park mengangguk-angguk.

Dia cuma mampu berdoa agar ingatan Min Hee pulih. Namun biarla Min Hee sendiri yang ingat akan masa lalunya. Dia tidak mahu bahkan tidak sanggup menambah bara pada jiwa anaknya yang kini kacau. Biarla masa memulihkan Min Hee. Biarla dia pulih sendiri tanpa perlu menanggung sakit.

——————————————

I don't wanna lose you now.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now