Satu

801 166 195
                                    

Aku melihat seorang doktor dihadapanku ini sedang ralit menyelak satu demi satu muka surat fail milikku. Jantung berdegup kencang hanya tuhan yang tahu. Pergh nervous duh. Macam nak ambik result spm je dia punya nervous.

"Doc Min Hee.." panggil doktor itu.

"Ya saya?" aku menjawab.

"Saya dah semak fail awak ni, tapi saya rasa awak masih belum boleh bekerja. Lagipun awak baru sedar dari koma kan? Sepatutnya awak berehat dahulu doc." kata doktor Haeun.

"Tapi saya bosanlah duduk terperap dalam bilik. Takde kerja nak dibuat." aku memuncungkan bibir sedepa.

Semua sama je. Tak bagi aku masuk kerja lagi. Katanya harus berehat bla bla bla. Weyh aku dah koma selama 6 tahun. Dah lama sangat tau berehat.

"Baiklah kalau awak berdegil. Saya tetap mahu awak berehat, cuma saya beri tempoh dalam sebulan dua? Kemudian awak boleh bekerja semula. Awak belum sihat sepenuhnya Min Hee." kata dia yang kedengaran prihatin terhadapku.

"Sebulan dua? Erm lamanya. Tapi bolehla, asalkan tak suruh saya berehat setengah tahun. Mahu gila saya terkurung dalam rumah." aku tertawa kecil. Begitu juga dengan doktor Haeun.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu ya? Ingat. Sebulan dua sahaja tau. Nahas kalau awak mungkiri, saya karate nanti." aku berpesan. Dia hanya mengangguk faham.

☆☆

Aku berjalan kearah Ae Min. Kawan baik aku dari tadika lagi. So boleh dikatakan apa je masalah or anything aku akan luahkan kat dia. Dia kelihatan sedang meneguk sedikit air sambil menunggu seseorang. Aku lah tu. Ahaha k.

"Hai beb. Lama sampai?" aku menarik kerusi lantas melabuhkan punggung duduk bertentangan dengannya.

"Tak lama sangat. Adalah dalam 45 minit?" dia memajam aku tajam. Sengaja ditekankan ayat yang hujung tu. Aku tersengih seperti kerang wangi sambil memintal hujung baju.

"Sorry ler, orang ramai duh." aku meminta maaf. Ae Min hanya buat muka pikir aku kesah?

"So macam mana? Dapat ke kau masuk kerja?" Ae Min menyoal sambil menyuapkan kek chocolate moist kedalam mulutnya.

"Erm dia kata aku kena berehat dalam sebulan dua." Ae Min tergelak kecil.

"Kan aku dah cakap. Mesti dia suruh kau rehat dulu. Kau je degil. Kalau aku jadi kau, baik aku duduk rumah layan Didi&Friend. Semut berkawad satu-satu hora hoorey!" aku mengeluh.

"Bosanlah. Kau boleh ler dah tua nak mampus pun layan lagi cita kartun bebudak rebina tu." perli aku selamba.

"Kalau kau betul nak kerja aku boleh tawarkan satu kerja ni." kata Ae Min menarik minat aku.

"Apa dia weyh?" soal aku teruja.

"Kau ingat tak sorang laki yang yang ada time kau sedar dari koma tu?" Ae Min menyoal.

Laki? Sapa ek? Anak sapa eh? Aku tak ingatlah. Nampak sangat dah tua kau kan Min Hee, cepat lupa nyanyuk. Eh jap..

"Yang dia kata dia tu kawan kita sejak U tu?"

"Haa yang tu. Dia tengah cari orang tuk jaga anak dia. Kau nak tak?" ujar Ae Min.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now