Hoseok termenung sambil melihat ke arah hamparan jutaan bintang di langit malam yang dingin. Suasana bising di dalam rumah langsung sedikit pun tidak dihiraukannya. Sedari dia berada dalam dunia sendiri.
"Hyung!" panggil Jimin yang berlari anak ke arah Hoseok. Hoseok menoleh sebaik mendengar panggilan Jimin.
"Tak sejuk ke duduk luar ni?" Jimin menyilangkan kedua tangan di atas balkoni lalu disembabkan pipi kirinya pada tangan kiri. Muka Hoseok dipandang lembut.
"Sejuk la sikit." Hoseok mengusap kepala Jimin. Memang sudah menjadi tabiat dia.
"Hyung tak nak makan ke?" Jimin yang menyembabkan muka itu tersenyum comel menampakkan eyesmile miliknya.
"Jimin pergi la dulu. Nanti hyung turun. Lagipun Jin hyung tengah masak lagi kan?" pipi gebu Jimin dicubit geram. Mengekek Jimin dibuatnya.
"Turun tau nanti!!" pesan Jimin sebelum dia berlari keluar dari bilik Hoseok.
"Jangan lari! Ish budak ni." belum sempat Hoseok melarang, Jimin sudah lesap. Laju betul.
Hoseok kemudian berjalan masuk semula ke dalam bilik setelah lama berada di luar. Telefon bimbit yang berada di atas meja kecil di tepi katil diambil. Password ditekan lalu nombor Min Hee didailnya. Entah apa la yang merasuk dirinya untuk menelefon gadis itu.
"Hello? Yow bro." sapa Min Hee dicorong telefon cukup untuk membuatkan Hoseok ketawa.
"Yow, buat apa tu?" soal Hoseok yang menghempaskan diri ke atas katil.
"Tengah makan maggi. Hanya 3 minit untuk masak sepenuhnya." beritahu Min Hee sambil menghirup kuah kari maggi yang masih panas.
"Sedapnya maggi lama dah tak makan. Eh tu ada dekat Malaysia ke? Celah mana pula awak beli?" soal Hoseok lagi. Seingat dia masa tengok iklan maggi yang dilakonkan oleh Makcik Kavina ada cakap yang maggi itu buatan Malaysia.
"Eomma saya beli 5 bungkus besar maggi masa dia pergi Malaysia haritu. Dah la dalam sebungkus tu ada 5 peket, banyak betul." bilang Min Hee pada Hoseok. Dia bangun lalu meletakkan mangkuk yang sudah tiada isi ke dalam singki. Kejap lagi basuh hehe.
"Oohh." balas Hoseok ringkas.
"Awak dah makan ke Seok?" giliran Min Hee pula menyoal seraya tangannya sibuk menyisir rambut.
"Belum. Kejap lagi saya makan. Emm Min Hee..." panggil Hoseok namun terhenti.
"Ya?" serentak itu Min Hee terus meletakkan sikat yang dipegangnya.
"Ta–takde apa. Saja panggil." Hoseok bingkas bangun lalu duduk bersandar di pintu biliknya. Dagunya didongak memandang syiling.
"Dah kenapa? Rindu saya ke?" usik Min Hee selamba. Min Hee juga berjalan lalu bersandar pada pintu biliknya.
Bezanya Hoseok duduk bersandar, Min Hee berdiri.
"Rindu sikit hahaha." Hoseok ketawa kecil.
Min Hee tersentak sedikit namun dia tahu Hoseok tak bermaksud apa-apa.
"Okla saya letak dulu. Jangan lupa makan." ujar Min Hee. Makin lama berborak makin terasa sesuatu yang tak kena di lubuk hatinya. Sesuatu rasa yang aneh.
"Okay. Selamat malam, tidur lena dan jangan lupa mimpikan saya." Hoseok terus menamatkan panggilannya.
Min Hee melihat telefon bimbitnya. Terpampang nombor Hoseok di skrin. Dia tergelak kecil.
"Tch takda masa nak mimpikan dia." Min Hee menguntum senyuman penuh kepalsuan. Dia terus melangkah ke arah balkoni rumah. Perkara wajih tiap malam, tengok keindahan langit gelap yang dihiasi bintang dan bulan.
Hoseok mengeluh sambil kepalanya dilentokkan di muka pintu.
Mata dipejamkan seketika sebelum dia bangun dan menuju ke arah tangga. Perut dah berbunyi tanda minta diisi. Dia tersenyum saat melihat telatah member lain di meja makan bersama puteri kecilnya ketika menuruni anak tangga.
✾✾✾✾✾✾✾
"Jemput minum Jinyoung." pelawa Min Hee sambil menyelitkan rambutnya ke telinga.
Sebenarnya Jinyoung baru saja balik dari China atas urusan kerja. Kenangan lalu tentang pertemuannya dengan Jinyoung semasa bercuti di Pulau Jeju masih segar di ingatan Min Hee. Kes merajuk dengan Hoseok dulu.
"Yoojung sihat?" Min Hee menyoal seraya melabuhkan duduknya di atas sofa. Wajah putih pucat milik Jinyoung ditatap mesra. Makin kacak jejaka ini.
"Sihat la kot. Saya dah lama tak ke sana. Tak dengar langsung khabar mereka sekeluarga." balas Jinyoung yang meniup-niup air teh yang masih panas lalu disisipnya rakus.
Min Hee mengangguk-anggguk. Sudah kehabisan topik untuk berbual.
"Awak datang kan nanti pada hari perkahwinan Hoseok?" soal Jinyoung lalu meletakkan cawan air ke atas meja. Dia memandang Min Hee.
"Datang. Saya pun nanti akan menyusul pula." beritahu Min Hee membuatkan Jinyoung terlompong.
"Eh dengan siapa?! Awak tak beritahu saya pun!" bentak Jinyoung. Terkesima dengan berita yang baru diketahuinya.
"Ni saya dah beritahu kan. Dengan Jihoon. Nanti saya kenalkan awak dengan dia." kata Min Hee sambil menyisip sedikit air teh di dalam cawan.
"Awak tak kisah ke Hoseok kawin dengan orang lain?" soalan itu terluncur keluar dari mulut Jinyoung. Cukup pedih dan menghiris hati Min Hee. Namun kenapa? Kenapa perlu sakit hati pula?
"Kenapa pula saya nak ambil kisah hal dia? Saya bukan sesiapa untuk halang dia dari mengahwini wanita yang sememangnya dia patut kahwini dari dulu." Min Hee ketawa geli hati. Ada-ada je si Jinyoung ni.
"Sedikit pun tiada ke rasa cinta awak pada Hoseok? Saya tahu yang—"
"Kalau ada pun saya harap perasaan itu hilang, Jinyoung." Min Hee menguntum senyuman kelat lalu menunduk.
Kalau ada walaupun sedikit rasa cinta itu, dia berharap agar ia hilang ataupun agar rasa itu bisa diberikan pada Jihoon yang selayaknya menerimanya. Itu sebaiknya bagi Min Hee demi kebahagiannya kelak.
————————————
The truth untold.
YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
Fiksi PenggemarKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤