p/s : Sambil baca xoxo heart ni, dengar lagu universe ya? Bagi dapat feel. Baca meaning lagu tu sekali XD
"Jung Hoseok, turun la." pujuk awak.
Saya menggeleng.
"Taknak! Nanti awak usik saya lagi! Buang la lipas tu!" rengek saya dari atas tangga.
Kuat betul saya peluk tangga tu. Ni semua sebab awak. Suka hati je nak usik saya dengan lipas. Tak suka tau!
"Sayang saya dah buang lipas lipas tu." awak pujuk saya lagi.
"Tipu!" saya menahan esakan. Huaa awak la ni! Jahat! Suka sakat saya!
"Betul sayang. Tak tipu. Meh la turun. Baik awak turun sebelum saya naik pastu heret muka awak kat jalan tar." awak menjeling saya dari bawah.
Perlahan saya turun. Airmata masih berbaki di pelupuk mata saya.
"Ish cengeng." awak menyeka airmata saya lembut.
"Jangan la usik saya lagi. Tsk tsk." saya mencebik. Awak tersengih nakal.
"Dulu saya je yang takut lipas. Sejak saya pregnant ni, awak pulak yang takut. Hahaha!" terbahak-bahak awak ketawakan saya.
"Tak baik gelakkan suami sendiri. Awak tak sayang saya ke?" saya mencebik tanda protes.
Tangan saya silangkan didada. Menci! Merajuk!
"Hoseok.." panggil awak lembut sambil memegang belakang badan saya.
Saya tak menjawab. Tak kira saya nak jugak awak pujuk! Hoseok gedik! Hoseok manja. Hoseok mengada.
"Eee mengadanya lahai nak jadi bapak orang dah pun." perli awak.
Saya menarik muncung lalu pergi kearah peti ais. Geramnya dengan awak ni! Nak cari air sejuk bagi sejuk sikit hati ni.
Saya membuka pintu peti ais. Lantas awak tutup peti ais tu kasar. Awak tolak badan saya pada peti ais.
Amboi sayang main kasar nampak.
"Hoseok." awak memandang saya.
"Apa?" jawab saya acuh tak acuh.
"Saya sayang awak." awak memegang pipi saya.
"Tipu! Tadi awak usik saya dengan lipas tu! Ee tak suka." saya menolak tangan awak.
"Sayang, kalau saya tak sayang awak, saya tak kawin dengan awak." awak tersenyum.
Namun tiba-tiba suatu bunyi menakutkan saya. Terus saya peluk awak.
"Sayang bunyi apa tu?!" saya cemas.
"Tikus kot. Awak la asyik makan sepah je. Tu yang tikus, lipas semua ada. Boleh jadi zoo rumah ni." kata awak.
"Awak reti tangkap tikus?" soal saya.
"Reti. Tapi saya malas. So bai. Awak duduk la sini sensorang." awak terus berlari meninggalkan saya.
Eheh cam tak pregnant je main lari-lari bagai.
"Yang! Jangan la tinggalkan saya!! Huwaaaaa!!" menjerit-jerit saya dibuatnya.
Sayang, awak jahat! Saya nak buat tunjuk perasaan!
xoxo,
Encik hati tisu :(p/s: Chapter last sebelum akak hiatus. Kenapa? Sebab exam ajak honeymoon seminggu.😩 Kepada yang bakal diajak berhoneymoon oleh encik exam, akak ucapkan good luck.
Darling, fighting!
YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
FanfictionKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤