"Sayang tolong ambilkan wallet abang dekat atas meja!" laung Tuan Park yang menuruni tangga itu. Terlupa pula dia nak ambil dompet tadi. Itula kelam-kabut sangat.
"Baik!!" jawab Puan Park dari tingkat atas. Tuan Park tersenyum sedikit. Tengah melawa la tu.
"Appa!" sergah Min Hee dari belakang, hampir membuatkan ayahnya terlompat. Hampir luruh jantungnya tadi.
Min Hee yang melihat reaksi ayahnya itu terbahak-bahak ketawa. Bertuah punya anak.
"Kamu ni Min Hee haih terkejut appa!" rambut anaknya sengaja dikusutkan. Balas dendam.
"Appa! Habisla rambut Min Hee!" rengek Min Hee sambil mencemik. Tangan Min Hee memegang tangan ayahnya agar ayahnya berhenti mengusutkan rambutnya.
"Apa apa? Eh kamu tu mandi pun belum. Kalau dah mandi, dah lawa takpe la juga. Ni rambut pun dah kalah sarang tebuan dengan muka macam makcik bawang." sakat Tuan Park lalu memimpin tangan puterinya itu ke arah kerusi di meja makan.
"Eomma mana appa?" soal Min Hee pada ayahnya. Tuan Park menunding jari, menunjukkan ke arah anak tangga yang menuju ke tingkat atas.
"Eomma kamu biasala, melawa. Selagi dia tak puas hati, selagi itula appa kena tunggu." Tuan Park menghembuskan nafas perlahan. Terserlah muka pasrah dia. Min Hee dah tahan je nak gelak. Kesian appa.
"Pantang saya lambat je mula la nak membawang huhh." Puan Park merengus seraya menyelak rambutnya ke belakang. Ternganga Min Hee dan ayahnya. Lawanya mengalahkan anak dara.
"Lawanya eomma!" puji Min Hee. Puan Park tersenyum bangga.
"Biasala ohoho!" Puan Park lantas duduk di sebelah Min Hee. Air di dalam jar dituangkan untuk suaminya.
"Min Hee kenapa tak bersiap? Nanti lambat." Puan Park mula bercekak pinggang. Min Hee tersengih manja. Terus tak jadi nak marah.
"Min Hee pergi dengan Jihoon dan Jinyoung." kata Min Hee sambil memasukkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.
Sebenarnya hari ini ialah hari perkahwinan Hoseok dan Ae Min. Keluarga Min Hee juga turut diundang ke majlis itu.
"Betul ni tak nak pergi dengan eomma?" Puan Park menyoal lagi. Min Hee mengangguk. Hairan juga dia kenapa eomma seolah tidak senang bila dia nak pergi dengan Jihoon dan Jinyoung.
"Dah dia kata nak pergi dengan diorang biarla." Tuan Park menatap wajah isterinya. Puan Park mengetap bibir kemudian nafas dihela lembut.
"Eomma bukan apa. Eomma takut kamu terlambat sayang." wajah Min Hee yang berada di sebelahnya disentuh perlahan. Entah mengapa Min Hee terasa eommanya tidak seperti selalu. Muka eomma tampak sayu sekarang.
"Terlambat? Eomma jangan risau, lepas makan ni Min Hee terus pergi mandi. Jadi tak terlambat la nanti." Min Hee tersengih. Tuan Park mula bangun dari duduknya.
"Kalau macam tu kami pergi dulu. Yuki! Nenek dengan atok nak pergi dah ni!" Tuan Park memanggil Yuki yang berada di tingkat atas.
Mendengarkan panggilan atoknya, Yuki segera menuruni tangga. Min Hee tersenyum tatkala Yuki kelihatan begitu cantik mengenakan gaun yang dibelinya tempoh hari.
"Mama jangan lambat tau! Yuki pergi dulu!" tubuh Min Hee dipeluk erat lalu Yuki melambaikan tangannya ke arah Min Hee.
Min Hee menguntum senyuman dan mengangguk kecil. Apabila kereta appanya keluar dari perkarangan rumah, Min Hee terus menutup pintu.
"Risau betul eomma tu." Min Hee tergelak saat teringatkan wajah Puan Park tadi.
Pintu bilik dibuka dan dia terus menapak ke arah almari. Gaun yang tergantung cantik di dalam almari diambil. Gaun ini yang bakal dipakainya sebentar lagi. Min Hee melabuhkan punggung di atas katil. Gaun yang dipegangnya diusap.
"Tak sangka harini awak kawin Hoseok." gumam Min Hee sendiri. Tiada lagi seri di wajahnya kini. Senyuman pun tidak mampu terukir lagi.
Min Hee lantas bangun apabila dia teringat akan cincin yang Jihoon berikan masih berada di dalam almari. Pintu almari dibuka sekali lagi kemudian dia menunduk untuk membuka laci kecil di dalam almari itu. Kotak cincin yang berada di dalam laci diambil lalu dibuka. Ketika Min Hee sudah mengambil cincin dari dalam kotaknya entah bagaimana cincin itu terjatuh dan bergolek masuk semula ke dalam almari.
"Aish jatuh pula!" Min Hee membentak kecil. Terus dia duduk di atas lantai dan merangkak mencari cincin yang jatuh tadi.
Tangannya mengagau ke dalam almari.
"Hah jumpa! Eh? Apa ni?" teriak Min Hee yang kaget kerana tangannya seakan tersentuh sesuatu.
Pantas Min Hee menjenguk ke dalam almari. Terkejut apabila dia sedari tangannya tadi tersentuh sebuah laci yang sederhana saiznya. Sumpah dia langsung tidak pernah tahu tentang kewujudan laci kecil itu sebelum ini. Mungkin disebabkan kedudukan laci itu yang tersorok jauh di sudut almari membuatkan kewujudannya tidak diketahui.
Tangannya nakal menarik laci itu. Dan dia terpegun tatkala dia terlihat ada dua buah album gambar di dalamnya. Sebuah berwarna baby blue manakala sebuah lagi berwarna soft pink. Lalu kedua-dua album itu diambil.
Min Hee segera duduk bersila untuk membuka isi album itu. Album baby blue itu dibuka perlahan. Meletus tawa Min Hee apabila menatap dirinya sewaktu bayi yang tidak berpakai yang didukung ibunya pada muka surat pertama.
"Park Min Hee, 2 tahun." tulisan itu tertera di bawah gambar tadi. Muka surat seterusnya diselak. Satu per satu muka surat diselak dan dihayati. Ianya seolah kenangan silam Min Hee. Dari bayi sehingga ke universiti.
Min Hee tersenyum lebar. Gambar-gambar ini sungguh mengamit memori yang sudah hilang. Habis saja merenung muka surat terakhir, album berwarna baby blue itu ditutup lalu diletakkan di lantai dan album berwarna soft pink pula ditatap penuh kasih.
"Memories." perkataan itu terpapar pada muka depan membuatkan Min Hee tersenyum lagi.
Agaknya apa pula kejutan yang menanti?
Tidak sabar menunggu, muka surat pertama terus dibuka. Tergamam Min Hee melihat gambar itu. Tiba-tiba seluruh badannya menggeletar teruk. Mulutnya ditekup malah bibirnya juga tergetar-getar.
"A-apa se-semua ni??" nafasnya menjadi sesak. Muka surat kedua pula diselak dengan harapan apa yang dia lihat pada muka surat pertama hanya suatu penipuan.
Buntang mata Min Hee melihat gambar-gambar itu. Terus jatuh airmatanya tanpa sebarang amaran. Dirinya seakan bisu sekarang, tiada satu patah kata pun yang bisa dia ucapkan. Bahkan album yang dipegang itu juga terjatuh dari pegangannya.
Min Hee memegang kepalanya yang terasa sakit berdenyut-denyut. Sedaya upaya dia memaksa diri sendiri untuk bangun. Apakan daya, dia terus terbaring lemah di atas lantai bilik.
Satu demi satu, ingatan yang dulunya hilang kini kembali menerjah minda. Sempat matanya yang berkaca itu melirik ke arah album tadi sebelum dunianya menjadi gelap gelita.
————————————
Save what has been lost.
YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
FanfictionKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤