Aku pun jalan tak endahkan mereka yang aku tahu mereka sedang melihat aku .
" Hi awak . Awak cantiklah . Boleh kenal-kenal tak ? Jalan sama-sama ke ? " tanya seorang pemuda lelaki itu . Aku hanya memandangnya lalu menggeleng dengan tersenyum sinis .
" Ehh saya pun nak kenal-kenal juga boleh ? Awak cantik dan manis orangnya . Marilah kita jalan sama-sama . Yelah takut nanti awak sesat ke atau ada orang nak apa-apakan awak ? " seorang lagi pemuda lelaki berkata .
Isssh dia ni . Padahal ingat aku bodoh sangat ke yang sebenarnya korang ni ada plan sendiri .
" Eh saya pun nak . Kita jalan sama-sama okay . Makin awak pakai tudung , makin awak nampak manis sangat " kata seorang pemuda lelaki lagi . Naik rimas pulak aku ni .
Ya allah selamatkanlah aku dari lelaki yang ingin mengacau ku ini . Tetapi ada satu lelaki ni handsome lah pulak . Tapi mungkin sama jugak perangai macam mereka .
" Eh korang !! Dengan perempuan pakai tudung ni pun korang maseh nak nak . Eee memang korang bad taste . " kata lelaki yang ku katakan handsome tadi . Kan aku dah agak . Dia mesti dua kali lima dol juga macam dorang . Harap je abang ni handsome , hmmmph hampeh !!
" Haha tapi bro , mesti barang dia sedap " jawab kawannya lalu mereka semua ketawa . Aku membuntangkan mataku .
Barang sedap ? Kau ingat aku makanan ke apa nak panggil sedap ? Erghh bingit pulak aku mendengarnya .
Tiba-tiba , rakannya datang ke arahku lalu memandang atas bawah atas bawah . Aku hanya tutup badanku lalu ingin berlari dari situ .
" Fuhh betul uh bro . Barang baik tapi cik adek sayang nak pergi mane ? Janganlah lari " dia kini sudah menarikku dari ku berlari tadi . Aku kini sudah ada dipelukan lelaki itu .
Ya allah , ampunilah dosa hamba .
" Hmm tolonglah encik , jangan apa-apakan saya . " aku merayu .
" Tak tak . Kami takkan apa-apakan sayang . Kami janji akan belai-belai sayang " jawab lelaki yang lagi satu . Dia menyentuh pipiku . Aku masih lagi tidak boleh bergerak akibat masih lagi dipelukan kawannya itu .
Airmataku mula menitis . Ya allah , tolong hambamu ini .
Mereka bergilir-gilir menarikku ke masing-masing pelukan . Aku tercampak sini sana . Aku menangis minta pertolongan namun hampa . Taman di waktu petang ? Hari isnin ? Ingat ada orang ke ? Mestilah tak .
" Tolonglah encik . Lepaskan saya . " aku merayu . Airmataku banyak mengalir .
Lelaki yang ku katakan handsome itu datang ke arahku lalu memaut pergelangan tanganku . Dia menarikku dari pelukan kawannya lalu dia membawa ku pergi dari manusia durjana itu .
" Wehh bro . Aku nak mamam dulu lah . Kau ni suka nah lah masuk line orang " kawannya pekik ke arah kami yang sedang berlari .
" Alamak . Rosak plan kita . " itulah kata terakhir yang ku dengar dari kawannya .
Aku lihat aku sudah jauh dilarikan daripada mereka . Tapi dia nak buat ape dengan aku agaknya ? Sampai jauh dia bawa aku lari ? Jangan-jangan dia pun sama ?!!
" Ishh lepaslah . Lepaskan lah tangan saya !!! " aku memekik lalu menarik tangannya dari memaut tangankku lagi . Lalu aku membetulkan tudungku dan pakaianku yang ku rasa sudah tidak betul .
Dengan kasar dia melepaskan tangan aku .
" Lain kali jangan susahkan orang !! " kata lelaki itu kepada ku . Eh eh lelaki ni bila masa pulak aku susahkan dia .
" Eh bila masa pulak saya susahkan awak ? " dengan geram aku jeling dan pusing kan badanku daripada melihatnya .
" Erghhhh dasar perempuan tak ada otak sebab tu kau pakai tudung " lalu dia pergi meninggalkan aku terpinga - pinga .
Tak ada otak kau kata ? Maksud kau , perempuan yang pakai tudung ni semua tak ada otak ? Habis kalau mak kau ? Pakai tudung macam mane pulak ?
Astaghfirulahhallazim azira !!
YOU ARE READING
Indahnya Cinta
RomanceKahwin tanpa rasa cinta .. Wanita yang menghidapi cancer .. Lelaki yang membenci kannya .. Namun walaubagaimanapun , wanita itu tetap mencintainya walau dicaci , dihina dan dipukul bertalu-talu . Tapi dia tahu , insya'allah suatu hari suaminya pa...