" PARK SEULRIN ! " gadis itu tercungap-cungap berlari kearah dua orang gadis untuk mengelak daripada dikejar oleh Park Seungjun .Sebaik sahaja gadis yang bernama Seulrin itu berada di dalam kawasan sekolah terus sahaja lelaki itu memberhentikan jeritannya.
Seulrin hanya ketawa mengekek memandang Seungjun yang sudah memandangnya tajam .
Dua orang gadis itu mengikut Seulrin ketawa perlahan
Siapa tidak kenal akan Park Seungjun .Ketua Pengawas Sekolah yang paling tegas dan digeruni oleh semua pelajar .Walaupun lewat 0.1 saat dendanya cuci tandaslah jawabnya.Tetapi hanya seorang gadis ini sahaja yang mampu rapat dengannya .
Dia juga rapat dengan Jeong Inseong .Rakan sekumpulannya, KNK semua daripada sekolah lain kecuali Inseong
Walaupun semua pelajar menganggap Seungjun ini sombong , dingin , tegas tetapi hanya Seulrin yang tahu Seungjun sememangnya berhati lembut .Seungjun juga telah berkawan dengan Seulrin sejak daripada sekolah rendah lagi .
" Balik nanti, siap kau eh " Seungjun menunding jari dan memandang tajam Seulrin .Tetapi Seulrin menjelirkan lidahnya tidak kisah apa yang dikatakan Seungjun .
Park Sooyoung dan Bae Joohyun yang setia berada disisi Seulrin mengikutinya masuk kedalam kelas manakala Seungjun perlu bertugas dekat pintu pagar sekolah .
" Kau ni tak pernah takut ke dengan dia " kata Joohyun atau biasa dipanggil Irene .
" Buat apa nak takut dengan dia " jawab Seulrin selamba .Yelah sape je takut dengan bestfriend sendiri .
" Jomlah pergi dewan cepat "ajak Sooyoung .
--
Seulrin POV
" Weh weh kau sokong aku eh nanti " Sooyoung dari tadi mengingatkan aku dan Irene tentang perkara yang sama .Sooyoung ialah seorang atlet sekolah .Kaki dia kan panjang
" Kami tahu Park Sooyoung " aku dan Irene menggelengkan kepala melihat Sooyoung yang seperti budak terencat sudah .
" Haa support tau !"Sooyoung menjerit.Lahai dia ni .
" jomlah duduk dekat sana "Irene menarik aku untuk duduk di satu tempat yang kurang orang duduk di situ .
" kau bukan ada acara ke nanti?"tanya aku sambil memandang wajah Irene.
" ade tapi--jap kau pun ada acara kan kannn" eh ehh dia ni tuka topik pulak .Ya memang aku pun akan ada acara disebabkan setiap pelajar memang wajib memasuki satu acara iaitu acara larian .Hanya acara itu wajib untuk setiap pelajar .
" eh eh tukar topik pulak "
" acara aku lepas acara kau dan sebelum acara kau " balas irene. K nak proses jap ayat dia .pening sikit .ape yang pening sangat ayat irene ni
" ha yelah " balas aku walaupun masih pening nak proses ayat dia tu
" SUPPORT AKU !" jerit Sooyoung dari trek larian .YA TUHAN .kawan siapa ni wehh aku tak kenal aku tak kenal!
Aku dengan Irene pakat sorok muka sebab semua pelajar pandang kitorang sekarang .Eii dia ni ada masalah ke tetiba happy macam budak dapat mainan.
" Acara yang berlangsung sekarang ialah acara 4 kali 800 meter "suara dari mikrofon berkumandang .aku ralit melihat Sooyoung yang berlari bersungguh sungguh .ade rasa geli hati jugak nak gelak ni
••
" fuh letihnya "Sooyoung jatuh terduduk sebaik sahaja sampai dihadapan aku dan Irene .Botol airnya dicampak dan cepat saja Sooyoung menangkapnya .
" halah halah orang tu menang "Irene menunjal dahi Sooyoung .haa mulalah nak gaduh tu .
" ape ni ak--semua peserta lompat tinggi dan lompat jauh sila berkumpul sekarang "
" kau dah diselamatkan oleh announcment "Sooyoung memberikan jelingan tajam kepada Irene .haih dua orang ni.
Irene dan Sooyoung mula meninggalkan aku keseorangan disitu .Ini kerana Sooyoung peserta lompat tinggi manakala Irene peserta lompat jauh.
Mereka berdua merupakan atlet tetapi bukan aku .Yang aku boleh buat dengan baik pun lumba lari tapi tak selaju Sooyoung .Jadi aku hanya belajar .Disebabkan kelebihan aku hanya dalam bidang akademik berbanding dengan ko-kurikulum ini.
Baru saja aku mahu bangun dari tempat duduk kerana hendak mengambil beg , Seungjun tiba tiba muncul dan memaksa aku untuk duduk kembali .
" ape kau nak , aku nak am--wahhh pandai kau kan "aku mengambil beg pada tangan seungjun.Macam manelah dia tahu aku nak ambik beg ni .
" Halah aku kenal sangat dah kau ni " dia menunjukkan eyesmilenya .Huh kalau pelajar sekolah ni nampak sah sah ramai peminat dia ni .Tapi nak buat macam mana , dia dengan orang lain bukan main dingin lagi langsung tak pernah nak senyum .
" Em Seulrin .esok petang aku datang pergi rumah kau eh "tanya Seungjun sambil memandang wajah aku .Habis memang aku tak dapat tengok Irene dengan Sooyoung sebab berborak dengan dia ni
" Boleh je .Lagipun adik aku rindu giler kat kau haa omma aku pun dah lama nak jumpa kau . "
" Hehe "dia memegang belakang tengkuknya.
" Tulah kau .busy sangat dengan tugas Ketua Pengawas tu .Dahla tak pernah nak ajak aku masuk bilik tu ." Mula dah aku nak bebel ni .Lagipun memang betul .Kedekut sangat nak bagi aku masuk bilik tu .
Kalau dia bagi aku masuk bilik tu takdelah aku duduk luar sorang sorang dalam kesejukan .Dahla nak tunggu si Seungjun ni siapkan tugas pengawas dia tu lama .
Irene dengan Sooyonug balik sama-sama .Memandangkan rumah Seungjun hanya di hadapan rumah aku , aku akan balik dengan dia.
" Kenapa kau nak masuk bilik tu " eh eh dia ni boleh pulak tanya soalan macam tu .
" Aku sejuk kat luar tu tunggu kau sorang sorang "aku mula buat muka derpface.
" Ha yelah nanti aku bagi kau masuk tapi-- jangan sentuh apa apa pun dalam tu dan jangan bising sebab ada lagi dua orang pengawas yang duduk dalam tu "aku mengangguk laju memandang Seungjun dengan mata bersinar .Yeah! Dapat jugak masuk bilik tu .
" Jap siapa pengawas tu "tanya aku .Maklumlah aku ni kurang ambil tahu pasal hal sekeliling .
" Penolong Ketua Pengawas , Park Chanyeol sunbae dan Byun Baekhyun sunbae " aku hanya men'o'kan saja jawapannya.
Aku pelik macam mane cikgu boleh lantik Seungjun yang lagi muda ni berbanding sunbae lain😂 .
" SEULRIN ! " ya tuhan .sape yang jerit jerit macam orang gile ni .aku memandang kearah suara itu dan-- sooyoung .
Aku menepuk dahi .haih Sooyoung asallah kau ni berani sangat jerit dekat tengah orang ramai .
" Kau--kauu "nafasnya tercungap cungap menyebabkan percakapannya terputus-putus .Aku menenangkannya dan menyuruh Sooyoung mengambil nafas dahulu .
" Ha cakap " aku menyuruhnya bagitahu ape yang dia nak cakap sangat tu .Seungjun awal awal dah pergi semasa Sooyoung jerit tu .
Dia tu memang tak biasa dengan orang lain.Sedaya upaya dia cuba untuk pergi kalau ada Sooyoung dan Irene waktu tu.
"Sampai hati kau tak bagitahu"Sooyoung memuncungkan bibirnya. Ha bagitahu apa ni.Aku buat muka pelik.
"Kau dengan Chanyeol--"Tidak sempat Sooyoung nak habiskan ayatnya, Jihoon sudah menekup mulut Sooyoung dan tersengih pada aku sebelum menarik Sooyoung pergi.
Ape ni, Chanyeol? Seungjun baru sebut nama dia ,haih pelik
••
❤ ; Comeback with Chanyeol's fanfic
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romance﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121