Setelah meletakkan kereta, mereka beruda keluar daripada perut kereta. Dongdaemun Design Plaza. Sudah lama mereka tidak menjejakkan kaki ke sini.
Chanyeol memandang kearah Seulrin yang sedang termemung sambil badannya disandarkan pada kereta. Dia berjalan mendekati gadis itu.
"Seulrin, kau okey tak ni ?"Chanyeol membongkok badannya bagi menyamakan ketinggiannya dengan Seulrin. Memandang wajah gadis itu.
Seulrin melarikan pandangannya daripada Chanyeol. Dada lelaki itu ditolak lembut.
"Tak ada apa-apa." kata Seulrin. Dia mahu mengelak daripada perasaan ini. Perasaan yang membuatkan perasaannya terganggu sekarang.
Dia cuba untuk tidak menunjukkannya tetapi ia tidak berjaya.
Chanyeol mengeluh perlahan. Dia mulai risau melihat Seulrin yang tiba-tiba menjadi diam. Chanyeol mencapai tapak tangan kecil gadis itu dan digenggam erat sebelum mula berjalan.
"Seulrin." Chanyeol memanggil nama gadis itu lembut. Seulrin memandang mendongak kearah lelaki tinggi itu.
"Ingat peraturan nombor satu kita." kata Chanyeol. Dia memeluk bahu gadis itu supaya makin merapatinya dan memastikan gadis itu tidak berada dalam kesejukan.
Seulrin terdiam dan mengangguk.Seulrin memandang tanah. Rasa bersalah mula menguasai dirinya.
" Kalau ada masalah, jangan pendam. Tiada rahsia antara kita. Komunikasi yang paling penting." sambung Chanyeol. Seulrin mengigit bibir. Resah.
Ya, itu ialah salah satu peraturan yang perlu diikutinya. Mereka berdua telah berjanji antara satu sama lain.
"Maaf." akhirnya Seulrin mula bersuara.Perlahan saja suara itu meniti di bibirnya. Bahu Seulrin ditepuk perlahan. Chanyeol mengeleng perlahan mengatakan bahawa ia tidak mengapa.
"Sekarang cerita." kata Chanyeol lembut.
"Em... awak dengan Eunha..." Chanyeol hanya mendiamkan diri terlebih dahulu. Mendengar luahan daripada gadis itu terlebih dahulu.
"Saya ada dengar korang berdua bercinta... Ya saya tahu awak tak akan buat macam itu- tapi benda itu asyik buat saya berfikir- tapi saya tahu- hish susahlah." Seulrin menyerabutkan rambutnya. Wajahnya mengetat. Tidak tahu apa yang dia mahu katakan. Ayat pun sudah berterabur.
Tawa kecil kedengaran daripada mulut Chanyeol. Kelakar melihat telatah Seulrin yang sedang frustasi.
"Cemburu?" Chanyeol mengangkat kening. Bangga mungkin.
"Habis itu nak saya gembira ke? Ouh tunang saya ada rumor dengan perempuan lain." kata Seulrin sarkastik diikuti dengan ketawa palsu. Chanyeol disebelahnya dijeling.
"Lagi satu, saya ternampak mesej awak dengan Eunha- saya tak buka chat tapi masa saya pegang tadi- ya fahamlah kan." sambung Seulrin lagi. Pandangan matanya dilarikan daripada terus memandang kearah Chanyeol. Jelas kedengaran gadis itu mengeluh perlahan.
"Seulrin, kita cakap pasal ini lain kali boleh?" Chanyeol bergerak dan berdiri di hadapan Seulrin. Tangannya memegang kedua-dua belah bahu Seulrin.
Seulrin diam. Sejujurnya dia tidak puas hati. Katanya komunikasi itu penting, tapi sekarang dia sedang mengelak untuk berbincang pula. Fikirannya sekarang sudah memikirkan pelbagai perkara.
Chanyeol sememangnya mempunyai hubungan dengan Eunha ke ? Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke? Entahlah. Dia tidak tahu.
Seulrin hanya mengangguk tanda setuju. Dia mahu mereka menyelesaikan masalah ini sekarang juga. Tetapi Chanyeol kelihatan langsung tidak mahu menjelaskan perkara itu padanya.
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romance﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121