✧*̥˚ 17

138 22 1
                                    

••

"Kaki kau okey kan" tanya Seungjun untuk kali keberapa tah.Aku pun dah letih dengar soalan yang sama.Nampaknya aku dah guna alasan yang salah untuk menipu.

"Em, Seul dah sampai" sedar tak sedar, kami dah berdiri di hadapan bilik musik.Jantung aku mula berdegup laju.Seperti berlari marathon 3 kilometer.

Aku mengangguk

" Aku dah minta Chanyeol hantarkan kau balik nanti" kata Seungjun dengan senyuman di bibir.Tetapi ia jelas. Ia bukan senyuman yang ikhlas.Dia nampak sangat kecewa.Aku tak pernah tengok dia macam ni.

tapi JAP--

'Chanyeol hantarkan'

'Chanyeol hantarkan'

'Chanyeol hantarkan'

'Chanyeol hantarkan'

Woi Seulrin, berhenti fikirkan hal itu!

"okey" jawab aku.Tak bukan itu yang aku maksudkan.

"Aku pergi dulu" Aku hanya memandang Seungjun sehingga kelibatnya hilang di sebalik banggunan.

Pintu bilik musik dibuka perlahan.Kelihatan Chanyeol sedang memegang gitar dan sehelai kertas.Selepas memainkan not yang dia mahukan dia menulis diatas kertas itu.

"Eo, Seulrin masuklah"Chanyeol mengajak aku masuk selepas menyedari kehadiran aku.Dia macam dah biasa dengan bilik ini.

Aku dibawa kearah piano.Wah ada dua jenis piano yang berbeza! Gila pertama kali aku tengok piano yang ni.Piano yang digunakan untuk membuat persembahan di majlis besar

"Duduklah"Chanyeol menyuruh aku duduk dan dia duduk disebelahnya

"Dah pernah tengok saya main kan"Aku mengangguk laju tanpa bersuara. Dia memandang aku, aku terkaku. Muka kami sangat dekat . Hatiku mula bergelora .Peluh membasahi dahiku.

Dia tersenyum-- sebelum memandang ke depan kembali. Tangannya mula diletakkan diatas papan piano itu. Tangannya mula memainkan dan menekan-nekan setiap not pada piano itu.

Diri aku seakan-akan bergabung dengan irama itu dan mengikuti tangannya bermain piano.Pergerakan tangannya nampak lembut tetapi-- aku tak boleh terangkan ini dengan kata-kata.

Sekarang aku cuba boleh cakap, dia nampak hebat dari sisi.

"Hey, Seulrin pandai juga awak main"Dia menyerabaikan rambutku.

"Mari mulakan"katanya sekali lagi.

--

" Terima kasih, sun-- Chanyeol"aku sekarang berada di hadapan rumah aku. Dia senyum dan menaikkan tingkapnya kembali , lalu berluncur laju pergi dari kawasan perumahan aku.

Kasut dicabut dan diletakkan diatas rak.Sebaik saja pintu dibuka, omma, appa dan Jihoon tengah duduk melutut diatas sofa sampai mengintai keluar tingkap.

??

" Omma, appa, Oppa?" aku bersuara ,pelik dengan kelakuan mereka.Siapa je tak pelik kan

" Eo, Seul dah balik"Jihoon segera bangun dan meluru kearah aku lalu memeluk aku. Kenapa dengan Jihoon ni?

Omma dan Appa pula kembali berkelakuan biasa, seperti appa kembali membaca surat khabar dan omma kembali menonton televisyen seperti tiada apa yang terjadi.

" Jom makan, oppa masak sedap tau" yang ni lagilah pelik. Bukan pasal masak tu, ini sebab dia tak tanya apa-apa. Jelas sekali Chanyeol yang hantar aku tadi.Tak akanlah dia tak pelik.Biasanya dia yang menjadi nombor satu kalau aku keluar dengan lelaki lain kecuali Seungjun.

Aku sekadar mengangguk, beg diletakkan diatas sofa dan berlalu pergi kearah meja makan.

Telur gulung dan stu kimchi. Aku dah agak ini menunya sebab Jihoon sekarang memang tengah belajar masak dengan omma.Insaf agaknya.Pft

Aku duduk dengan senyap, aku rasa hilang mood apabila memikirkan hal itu.

" Oppa dengar Seul jatuh dekat tandas" Ini mesti Seungjun bagitahu

Aku mengangguk.

"Em Seul kenapa senyap" Aku menunduk. Ya, memang aku jadi senyap selepas bercakap dengan Inseong.Aku perlukan masa bersendirian.

"Ada masalah?"tanya Jihoon prihatin sambil memandang anak mata aku.

Aku laju menggeleng sambil tersenyum.Aku tak boleh biar Jihoon tahu, walaupun dia memang tahu tentang perkara itu...

"Oppa ajar Seul lepas ni" tanya aku, cuba menukar topik.Maaf Jihoon.

Jihoon mengangguk .

" Seul dah tahu ke?"

••

maafkan aku , chap ni nampak bosan giler .lagi satu ini last update sebelum aku kembali ke asrama semula.bai semuaaa ,jangan lupa vomment! ❤

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now