✧*̥˚ 32

104 12 0
                                    


Suasana di situ tiba-tiba menjadi hening.Hanya bunyi deruan angin kedengaran.

'Kenapa kau bawa Irene ke sini?' Seungjun memberi isyarat mata kepada Yanan.

'Tak boleh ke?' Yanan membalas pandangan mata Seungjun. Ya , hanya mereka berdua yang faham akan isyarat mata itu.

Suasana itu lebih kekok bagi Seulrin kerana sekarang dia tidak lagi rapat dengan gadis itu , atau lebih tepat teman wanita Yanan.

"Oppa , Chae pergi dekat taman sana dengan Byungchan dulu boleh?" Chaeyoung bersuara .Sejujurnya , dia mahu keluar dari keadaan kekok itu sekarang.Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik di antara mereka berempat.

Seungjun mengangguk setuju.Byungchan dan Chaeyoung terus meninggalkan tempat itu dengan segera.

"Korang kenapa?" Yanan bertanya.Dia pelik kerana tiada siapa yang memulakan perbualan.Irene dan Seulrin juga kelihatan kekok.Seulrin langsung tidak memandang kearah pasangan itu.

"Kau buat apa kat sini, Yanan" Seulrin bertanya.Padahal dia sudah mengetahui tujuan Yanan datang ke sini.

Seungjun sudah memberitahu kepadanya awal tadi.

"Nak jumpa dengan Seungjun , dia kata nak cakap sesuatu" kata Yanan polos.Seulrin mengangguk.Seulrin memandang sekilas kearah pasangan itu.

Irene sedang memeluk lengan Yanan erat.

"Ha bagus juga kau ada dekat sini Seulrin. Kau boraklah dengan Irene dulu." Sebelum sempat Seulrin mengatakan sesuatu , Yanan sudah bertindak menarik Seungjun ke tempat lain.

"Seul, masuklah rumah . Sejuk dekat luar ni. Eomma aku tak ada!" Sempat Seungjun menjerit kepada Seulrin dari jauh.

Seulrin membuat isyarat 'OK' kepada Seungjun agar dia tidak risau.

Seulrin memandang wajah Irene sekilas.Setidaknya dia perlu mengajak Irene masuk ke dalam rumah.Dia tidaklah sekejam itu untuk membiarkan Irene tinggal berseorangan di luar.

" Irene , jomlah masuk." ajak Seulrin.Irene mengikuti Seulrin daripada belakang.

Irene mengambil tempat duduk di ruang tamu manakala Seulrin terus melangkah ke dapur.

Seulrin mahu mengambil dua cawan hot chocolate di dapur.Dia tahu bahawa pada setiap malam pasti Seungjun akan menyediakan hot chocolate kerana lelaki itu mempunyai masalah kesukaran untuk tidur.

Dia membawa dua cawan hot chocolate dan diberikan kepada Irene.

" Irene aku..."

--

"Seungjun , kau pasti ke nak buat macam ni?" Yanan memandang Seungjun tidak percaya.Seungjun mengangguk yakin

" Aku rasa cara ini lebih baik untuk Seulrin " tutur Seungjun perlahan.

"Chanyeol hyung tahu?" tanya Yanan.Wajah Seungjun ditenung tajam.Tetapi Seungjun hanya mendiamkan diri.Langit malam itu ditenung sepi.

Yanan akhirnya mengeluh.Kalau itu keputusan Seungjun , dia hanya mengikutinya.

--

Pada keesokkan harinya , seperti biasa Jihoon dan Seulrin akan berjalan ke sekolah bersama Seungjun.

Cuma pada hari ini , Seungjun kelihatan sedikit muram.Bukan Seulrin sahaja , malah Jihoon juga menyedari tentangnya.

"Seungjun , kau okey tak?" tanya Jihoon.Seungjun tidak menjawab.Dia mengelamun ke?

"Seungjun?" Seulrin memegang bahu Seungjun membuatkan bahunya terhincut akibat terkejut.Seungjun memandang Jihoon dan Seulrin terpinga-pinga.

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now