"Semua boleh bersurai." arah Cikgu Park. Setelah selesai aktiviti pertama, mereka semua dibenarkan pulang ke chalet masing-masing.
Senarai nama yang diberikan pada Seungjun tadi menjadi rebutan. Senarai nama ahli bilik.
"Yah! Sabar boleh tak!" Seungjun meninggikan suara. Serabut dia kalau semua orang serentak mendekatinya.
"Hyung, tolong." Seungjun menyerahkan senarai nama pelajar lelaki kepada Chanyeol untuk memudahkan kerjanya. Kalau tidak, semua pelajar akan berhimpit dekat dengannya.
"Choi Eunha, Park Sooyoung, Park Seulrin, Bae Joohyun. Satu bilik ."
Serentak Sooyoung dan Seulrin berpandangan antara satu sama lain.
--
"Eonnie! Nak turun makan tak?" tanya Sooyoung. Serentak Irene dan Eunha yang masih berbaring diatas katil memandang Seulrin dan Sooyoung.
"Boleh juga. Irene?" Eunha memandang kearah Irene pula. Irene menggeleng perlahan menandakan tidak. Dalam diam, Seulrin mengambil nafas lega dan pada masa yang sama dia risau.
Seulrin tahu Irene sedang cuba menggelak daripada mereka tetapi jika dia tidak makan, perutnya akan masuk angin nanti.
Seulrin membuka pintu bilik. Terkejut Seulrin dibuatnya apabila melihat Yanan yang sedang bersandar di tepi biliknya. Seulrin menggeleng perlahan.
"Mana Hyun ?" tanya Yanan. Seulrin menunjuk kearah dalam bilik mereka.
"Dia tak keluar dengan korang ke?" Seulrin teragak-agak untuk menggeleng. Pasti Yanan akan mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada mereka.
"Hyun! Aku ini, keluarlah." Yanan menjerit daripada luar bilik. Eunha yang baru keluar daripada bilik memandang Yanan pelik.
"Siapa ini, Seulrin?"
" Yanan , teman lelaki Irene." Seulrin berkata sambil tersengih menunjukkan barisan giginya. Eunha mengangguk faham. Bahu Yanan ditepuk perlahan oleh Eunha.
"Pujuk dia makan, tapi jangan masuk bilik ini." Terkebil-kebil Yanan melihat Eunha yang sudah berjalan sedikit ke hadapan setelah dirinya mendapat amaran keras.
"Jom Seulrin- eh Yanan. Jangan masuk." untuk kali kedua , Sooyoung pula yang memberikan arahan kepadanya.
"Kau ingat aku terdesak sangat nak masuk ke?" Yanan menjeling Sooyoung tidak puas hati. Setelah itu, Sooyoung menarik tangan Seulrin untuk mengejar Eunha yang sudah berada di hadapan.
Seulrin memerhati keadaan sekeliling setelah sampai di kafe.
Ah itu dia Seungjun!
Seungjun juga menyedari kedatangan Seulrin lalu memandangnya. Seulrin memberi isyarat kepadanya supaya tunggu.
Gadis itu langsung tidak sedar, Chanyeol ada bersama dengan Seungjun. Seungjun sengaja duduk bersama dengan Chanyeol dan Baekhyun.
Mereka bertiga mengambil makanan yang diedarkan oleh pekerja kedai itu dan bergerak ke tempat Seungjun tadi.
Seulrin terhenti seketika apabila melihat Chanyeol yang duduk di hadapan Seungjun.Seulrin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia baru sedar Jun, Inseong dan Youngmin duduk di meja yang lain.
"Kenapa berdiri dekat sini Seulrin?" Eunha berhenti dan menoleh kearah Seulrin. Seulrin menggeleng laju dan mengikuti langkah Eunha daripada belakang manakala Sooyoung sudah duduk di tepi Seungjun.
Seulrin terus mengambil tempat duduk disebelah kanan Chanyeol manakala Eunha di hadapannya .Baekhyun yang duduk di sebelah kiri Chanyeol sudah tersenyum mengejek, mahu mengusik lelaki itu.
Kalau dia tidak memikirkan tentang lelaki ini akan merajuk dengannya nanti jika duduk disebelah Seungjun, pasti dia sudah duduk di sebelah Seungjun.
Hanya Baekhyun, Eunha dan Sooyoung yang riuh berbual manakala mereka bertiga hanya diam menyepi. Seungjun kadang-kadang ada juga menyelit di dalam perbualan mereka.
"Em, korang pelik tak?" Eunha berkata secara tiba-tiba sambil memandang Seulrin dan Chanyeol bersilih ganti dengan tanda tanya.
"Korang berdua ini macam ada sesuatu je. Korang ada sorok apa-apa ke?" Eunha mencerlung anak matanya memandang kearah Chanyeol tajam. Dia sudah mengagak Eunha pasti mengesyaki sesuatu nanti. Lelaki ini paling jelas sekali!
Daripada awal perbincangan kumpulan, Chanyeol tidak habis-habis memandang Seulrin. Manakala, Seulrin pula sering mncuri pandang kearah Chanyeol tetapi masih dapat ditangkap olehnya.
"Cincin tu. Kenapa kau tak pernah cabut cincin itu?" Eunha memuncungkan bibirnya menunjuk kearah jari Chanyeol. Pergerakan Chanyeol tadi terhenti. Seulrin juga tergamam. Berapa lama Chanyeol sudah memakai cincin itu sehingga dia tidak pernah mencabutnya?
"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke, Chanyeol?"
Satu meja itu mula terdiam dengan persoalan Eunha itu. Terkejut dengan soalan yang tidak dijangka daripada Eunha. Seulrin menelan air liur perit.
Baekhyun menyiku perut Chanyeol secara sembunyi. Chanyeol mengerang kesakitan perlahan dan memegang perutnya yang baru disiku tadi.
Chanyeol memang tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Baekhyun menggeleng perlahan
"Kenapa? Sakit perut ke?" Seulrin terus bertanya kepada lelaki itu apabila dia mendengar rintihan sakit daripada Chanyeol.
Seungjun menepuk dahinya perlahan. Nampak sangat mereka sedang mempunyai 'sesuatu' hubungan sekarang. Ditambah lagi dengan tindakan Baekhyun tadi.
Baekhyun juga tidak sangka Seulrin akan bertanya kepada Chanyeol seperti itu.
"Something weird here." Eunha memandang mereka pelik. Eunha mula memandang Seungjun dan Baekhyun bersilih ganti.
"Aku pergi dululah. Aku sakit perut." Chanyeol bangun daripada duduknya dan mengangkat tray makanan tadi.
"Saya ikut." celah Seulrin. Gadis itu turut bangun dan mengikuti langkah Chanyeol daripada belakang. Mereka yang berada di meja itu tergamam.Haih sudah jelas lagi bersuluh.
"Diorang ada hubungan." Baekhyun bersuara sambil tenang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Seungjun dan Sooyoung sudah memandang Baekhyun terkejut.
Dia memang mahu memberitahu Eunha ke?
"I believe you, Eunha. Don't told this to anyone." Baekhyun memandang Eunha serius. Eunha terdiam. Matanya berkelip-kelip memandang kearah Baekhyun.
Dan juga pandangan serius Baekhyun. Lelaki comel ini kalau marah memang terdiam kita dibuatnya. Eunha mengangguk faham
" Park Chanyeol's secret fiance , Park Seulrin."
--
nampaknya aku dah ada idea untuk habiskan fanfic ni yeay!
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Roman d'amour﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121