✧*̥˚ 38

70 9 0
                                    

"Semua cukup cikgu ." kata Hyunjin kepada Cikgu Park. Senarai nama itu dipeluk kemas dipeluk kemas. Sebagai ketua kelas , dia bertanggungjawab keatas keselamatan rakan-rakannya.

Sekarang mereka berhenti di tempat rehat berdekatan untuk sarapan . Mungkin agak pelik kerana mereka terpaksa bercampur dengan seniornya pada kali ini.

Setelah makanan siap diedar , Seulrin dan Sooyoung mengambil tempat berdekatan singki . Mudah untuknya membasuh tangan nanti .

Setelah itu , Seungjun dan Inseong datang bersama sedulang air . Jun pula menemani Youngmin pergi ke tandas.Mereka mengabungkan meja supaya tempat duduk mereka cukup untuk duduk secara berkumpulan

"Kau tak tunggu aku pun." Yanan meletakkan bekas makanannya disebelah Seulrin.

"Aip , ini tempat Youngmin . Pergi sebelah Sooyoung." Seulrin meletakkan tangannya di tempat duduk Youngmin , tidak membenarkan Yanan duduk di situ

Yanan menjelingnya dan bergerah ke tepi Sooyoung.

"Kau blah." Seulrin mengacukan penyepit itu kearah Yanan . Seulrin menjeling Yanan . Dia masih geram dengan kejadian di dalam bas tadi . Sanggup dia tinggalkannya berseorang macam itu ?

"Aku nak duduk juga." Yanan menjelirkan lidah . Saja mahu membuatkan Seulrin geram. Seulrin menggeleng perlahan . Kenapa dia ada kawan macam ini .

"Hyun cepatlah sini!" Yanan menoleh kebelakang dan memanggil Irene yang masih tercegat di belakang.

Seulrin dan Sooyoung memandang sesama sendiri. Resah. Irene datang mendekati mereka dan duduk di sebelah Yanan . Suasana di meja itu tiba-tiba berubah suram .

Inseong memandang sekelilingnya. Semua menunduk kebawah sambil makan tanpa bercakap.

" Korang , Seungjun kata nak main satu permainan." Inseong memecahkan kesunyian disitu . Mereka semua terus memandang kearah Seungjun . Manakala Seungjun membuat wajah pelik .Permainan apa ?

Dalam diam Inseong menyepak kaki Seungju dari bawah meja .

' Cover , jangan kantoi' cepat sahaja Inseong menghantar isyarat supaya diam dan kawal reaksi mukanya.

Seungjun pula menahan perit pada kakinya. Sakit woi!

" Permainan apa?" Inseong menoleh . Ha bagus. Jun dan Youngmin dah datang semula.

Setelah Youngmin dan Jun mengambil tempat duduk , mereka memandang kearah Inseong semula.

"Lepas habis perkhemahan ini kan , cikgu akan singgah dekat mall dulu. Jadi jom main santa claus." Inseong tersenyum manis. Harap-harap mereka semua setuju.

"Macam best juga , nak nak!" Jun mengangguk setuju.

"Macam budak-budak." Seungjun dan Youngmin berkata serentak . Eh diorang berdua ni kang.

"Kau yang cadangkan , tapi kau complain" ujar Sooyoung. Seungjun mengetuk dahinya. Lupa dia yang menjadi mangsa Inseong tadi.

" Hish , budak ke tak budak-budak , nak ke tak nak?" Inseong bertanya sekali lagi .

"Aku nak." Seulrin mengangguk setuju.

" Maksudnya semua orang nak , okey aku buat cabutan nama kejap ." Bekas makanan itu terus ditolak tepi . Beg galasnya diambil dan dikeluarkan buku nota dan bekas pensel.

"Khemah pun tak akan lah kau bawak semua ini." Yanan menyampuk . Jun mengangguk setuju dengan Yanan.

"Lantak aku lah." Inseong menjeling. Ada sahaja benda yang tak kena.

Beberapa gulungan kertas itu digoncang di dalam genggaman tangannya dan dilepaskan. Mereka berebut seperti ikan piranha.

Seulrin membuka gulungan kertas itu dan senyumannya luntur.

'Bae Joohyun'

--

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now