✧*̥˚ 49

78 10 0
                                    

"Seulrin, aku pergi tandas dulu." kata Irene dengan wajah cemberut. Perutnya memulas. Seulrin mengangguk dan memerhati kelibat Irene yang sudah hilang disebalik banggunan untuk pergi ke tandas.

Seulrin kembali membuka buku notanya untuk mencatat segala maklumat yang diperkatakan oleh Jongdae tadi. Walaupun dia tidak mendengar sepenuhnya, dia masih fapat menangkap sedikit maklumat yang penting.

"Seulrin ke nama awak?" suara manis itu menegur. Seulrin mengangkat wajah dan memandang kearah dua orang gadis yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.

"Ya, saya Seulrin." Seulrin mengangguk. Kedua-dua orang gadis itu duduk berhadapan dengan Seulrin dan menghulurkan tangannya pada Seulrin untuk bersalaman.

"Saya Miyeon." gadis yang memakai blouse putih dan juga skirt hitam itu tersenyum manis.

"JiA" Seulrin hanya menjawab huluran tangan gadis yang dikenali sebagai Miyeon tadi.

Miyeon dan JiA memandang antara satu sama lain. Seperti membisikkan sesuatu, sebelum memandang kearah Seulrin semula.

"Awak memang rapat dengan Chanyeol ke?" tanya Miyeon. JiA yang disebelahnya pula hanya menjadi pendengar.

Seulrin sudah dapat mengagak apa yang mahu ditanyakan oleh mereka berdua. Dia sudah terbiasa dengan soalan itu sejak daripada zaman sekolah. Jarang sekali orang lain mendekatinya hanya untuk berkawan dengannya.

"Boleh tahan rapat la juga." Seulrin menjawab tanpa ada reaksi. Rambut yang bewarna hitam kemerahan itu diikat.

"Seulrin, saya nak tanya boleh tak?" soalan daripada JiA mendapat anggukan daripada Seulrin. Buku notanya tadi ditutup dan diletakkan di tepi.

"Chanyeol dah ada teman wanita ke?" Seulrin diam seketika, seperti memikirkan sesuatu tentangnya.

"Dia tiada teman wanita." Seulrin menjawab tenang sambil tersenyum lebar. Wajah kedua-dua gadis itu mula tersengih dan menahan teruja.

"Saya pun nak tanya. Eunha ada hubungan dengan Chanyeol ke? Saya terdengar pelajar lain bercakap pasal diorang." tutur Seulrin. Dia mengambil peluang ini untuk bertanya.

"Sejak beberapa hari lepas, Chanyeol selalu bersama dengan Eunha. Jadi kami ingatkan mereka ada hubungan tapi awak sendiri yang kata Chanyeol tiada teman wanita." jawab Miyeon oanjang lebar. Seulrin mengangguk perlahan.

"Ouh, itu saja yang kami nak tahu." JiA mulai bangun daripada bangku itu diikuti dengan Miyeon. Senyuman pada.bibir mereka masih tidak pudar.

"Sebelum itu, apa hubungan awak dengan Chanyeol?" tanya Miyeon sebelum mereka berdua melangkah pergi.

"Saya tunang dia."

--

"Chanyeol, awak dekat mana ini?" Seulrin melekatkan telefonnya pada telinga sebaik sahaja mengangkat panggilan daripada Chanyeol.

Lelaki ini baru sahaja berjanji mahu menghantarnya pulang semasa makan bersama tadi. Tetapi sebaik sahaja, semua pelajar orientasi dibenarkan beredar kelibatnya juga turut menghilang.

Irene di sebelahnya memandangnya sekilas. Irene menawar diri untuk menunggu bersamanya di luar kampus bersama dengan Yanan.

"Seulrin tunggu dekat situ sekejap. Saya kena selesaikan beberapa hal dulu." kata Chanyeol. Seulrin mematikan panggilan dan kembali melabuhkan punggung disebelah Irene.

Haih Chanyeol. Sekurang-kurangnya bagi tahu padanya lebih awal.

Seulrin mengeluh perlahan. Matanya memandang kearah Yanan yang sedang bermain dengan jari Irene manakala Irene sedang membetulkan rambut Yanan yang sudah berserabut itu.

Seulrin mula terfikir tentang hari perkahwinannya nanti. Ibu bapa mereka sudah menetapkan tarikh hari perkahwinan mereka kerana mengikut perjanjian mereka, Chanyeol dan Seulrin perlu berkahwin setelah usia Seulrin dan Chanyeol sudah menginjak 20 tahun.

Bermakna dia mempunyai masa lagi dua tahun sebelum dia rasmi menjadi isteri orang.

"Seulrin." bahunya disentuh, membuatkannya tersedar daripada lamunannya. Chanyeol sedang berdiri di hadapannya sambil memegang bahunya.

"Mengelamun lagi ke?" tanyanya sambil tergelak kecil. Seulrin mengangguk perlahan dan tersenyum lebar.

"Irene Yanan jumpa esok!" Seulrin melambai kearah mereka berdua yang sedang berjalan kearah kereta hitam itu.

Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta, Seulrin memakai tali pinggang sebelum mengambil telefon Chanyeol yang berada di peha lelaki itu.

Chanyeol hanya memandang sekilas kearah Seulrin yang sedang memegang telefonnya sekarang. Instagram milik Chanyeol dibuka. Sudah menjadi kebiasaannya padanya untuk membuka Instagram milik Chanyeol.

Baginya seronok, kerana Chanyeol mempunyai banyak pengikut jadi lebih banyak perkara yang dapat dilihat.

Seulrin hanya melihat Instagram dan Gallery milik Chanyeol. Dia tidak mahu terlalu menganggu privasi lelaki itu.

Gallery milik lelaki itu terlalu banyak gambarnya yang comel! Gambar Toben iaitu anjing milik Chanyeol juga terlalu banyak sehinggakan dia asyik melihat gambar itu berulang-ulang kali. Toben terlalu comel baginya!

"Awak nak jumpa Toben!" kata Seulrin teruja. Telefon milik Chanyeol itu ditatapnya teruja apabila gambar Toben muncul.

"Lagi?" Chanyeol tergelak kecil. Boleh dikatakan hari-hari ayat yang sama akan keluar daripada mulut Seulrin. Hari-hari juga mereka akan singgah di rumah Chanyeol untuk berjumpa dengan Toben. Seulrin mengangguk laju.

"Tapi hari ini aku nak bawa kau pergi tempat lain dulu boleh?" tanya Chanyeol ragu-ragu. Anak matanya memandang Seulrin sekilas untuk melihat reaksinya.

Seulrin mengangguk perlahan tanda setuju.

"Tapi, lepastu saya nak tengok Toben juga!" Seulrin menyambung. Chanyeol mengangguk tanda setuju. Tangan kirinya memegang tangan kanan Seulrin manakala tangan kanannya masih memegang stereng kereta.

ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon Chanyeol berbunyi. Seulrin mengangkat tangan kirinya yang memegang telefon Chanyeol itu diangkat. Dia memerhati skrin telefon itu .

Eunha
aku tunggu dekat tempat itu.
jangan lambat!

Seulrin terdiam. Apa yang terjadi diantara Chanyeol dan Eunha ? Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke ?

"Kenapa? Siapa mesej?" tanya Chanyeol yang masih fokus dalam pemanduannya.

"Saya tak tahu." kata Seulrin mendatar. Telefon Chanyeol diletakkan semula diatas peha lelaki itu. Chanyeol memandang Seulrin pelik. Makin pelik apabila Seulrin langsung tidak mengeluarkan suara sepanjang perjalanan.

--

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now