••
Keadaan menjadi senyap.Semua pandangan terarah kepada mereka berdua.Seulrin dan Chanyeol saling berpandangan.Mereka masih menunggu apa yang hendak dikatakan oleh mereka berdua, Chanyeol dan Seulrin.
"Jadi korang dah kenallah kan" tanya Puan Park mesra.Seulrin mengangguk dengan senyuman yang terpaksa diukir.Mereka kembali berbual.
"Makin senanglah"kata Puan Park perlahan tetapi telinga Seulrin cukup tajam untuk menangkap percakapan itu.
"Seulrin" panggil Tuan Park pula.Sebaik sahaja Tuan Park bersuara keadaan kembali senyap.Mata Tuan dan Puan Park setia memandang Seulrin.Seulrin pula fokus memandang kedua orang tua Chanyeol.Jihoon serta ibu bapanya menundukkan pandangan mereka.
Perkara yang mahu diberitahu oleh Tuan Park ini mungkin akan menyebabkan Seulrin mengalami kejutan besar.
Jihoon memandang Seulrin dalam diam dan membuat isyarat mata dengan Chanyeol
"Kamu-- Appa, biar Chan yang cakap dengan dia" sempat Chanyeol mencelah percakapan Tuan Park.Sedikit sahaja lagi dia akan tahu.Keadaan kembali senyap.
Selepas beberapa saat, Tuan Park mengangguk.Segera Chanyeol bangun dari tempat duduknya dan mengarahkan Seulrin bangun menggunakan isyarat mata.
Seulrin bangun dan membuntuti Chanyeol keluar daripada bilik itu.Mereka berjalan beriringan tanpa suara menuju ke belakang restaurent, yang merupakan taman.
Gazebo menjadi tempat pilihan mereka untuk duduk. Sesekali Seulrin memandang langit melihat bintang.
' Kenapa hidup aku tak macam bintang?'
Jadi--" Chanyeol bersuara setelah beberapa minit keadaan menjadi sunyi.Langsung tidak mengeluarkan suara.Kekok pula mereka berdua-duaan.
Seulrin berpaling pada Chanyeol dengan wajah kosong.Entah kenapa dia jadi semakin dingin dengan Chanyeol termasuklah orang lain.
Jujur, mereka sedar dengan perubahan yang sangat ketara pada diri Seulrin.
"Daripada mana aku nak mulakan?" tanya Chanyeol.Mungkin perkara ini akan lebih menimbualkan tanda soal dalam fikiranmya.
Tetapi tidak baginya.
"Aku-- dah tahu"Seulrin mencelah.Ringkas jawapan Seulrin yang diberi kepada Chanyeol.
Dan mampu membuatkan Chanyeol tercengang.Betulkah aap yang dia dengar?
"Tentang apa?"Chanyeol bertanya untuk kepastian
"Saya tunang awak" Jawab Seulrin tenang.Chanyeol seakan-akan ditembak sedas peluru.Jantungnya bagai nak pecah.Sepatutnya wanita ini yang terkejut tetapi dia sendiri pula yang mengejutkan diri sendiri
"Macam ma--mana tahu " Chanyeol tergagap bertanya.Manik-manik peluh mula membasahi dahinya akibat terlalu gementar.
"Jangan gementar sangat, aku tahu je" jawab Seulrin.Dia kembali memandang ke hadapan.Tenang saja dia bercakap
"Minggu lepas, saya tahu"sekali lagi Seulrin membalas.Chanyeol senyap.Apa yang mereka nak lakukan sekarang?
"Maaf" ucap Chanyeol secara tiba-tiba.Pandangannya ditunduk memandamg rumpat hijau itu.
"Untuk apa"tanya Seulrin.Tiba-tiba saja laki ini meminta maaf padanya
"Disebabkan pertunangan ni, kau dah tak boleh pilih lelaki yang kau suka" Ayat yang keluar pada mulut Chanyeol membuatkan Seulrin tergelak besar.Tak sangka lelaki ini mengeluarkan ayat yang sebegitu.Mujur dia tak cakap 'lelaki yang dicintai'
"Sejujurnya memang ya" Seulrin menjawab dan tersenyum kecil.
"Tapi takkan saya nak salahkam takdir" Seulrin kembali memandang Chanyeol semula dengan senyumannya yang semakin melebar.
Perlahan-lahan Seulrin mula dapat menerima apa yang telah ditentukan untuknya.Lagipun apa yang dia boleh ubah perkara yang sudah berlaku?
Selama satu minggu dia memikirkan perkara ini.Mendengar kata-kata Seulrin itu membuatkan Chanyeol mengukir senyuman
Jihoon memerhatikan mereka dari jauh disebalik pintu .
"Mereka nampak okey " Pantas Jihoon mengeluarkan telefonnya daripada kot dan nembuka kamera.
Gambar Seulrin dan Chanyeol ditangkap lalu dihantar kepada ibu bapanya.Sejak bila dia diupah jadi perisik ni (。-_-。)
--
Mereka berdua kembali masuk ke dalam bilik itu.Sebaik sahaja mereka masuk, pandangan beralih kepada mereka dengan senyuman yang tersirat.Mereka mempunyai makna disebalik senyuman itu
"Seul, macam mana" tanya Ommanya.Seulrin memandang satu persatu wajah mereka yang ada di dalam bilik ini sekarang termasuk Chanyeol lalu mengangguk dengan senyuman.
Jawapan daripada Seulrin membuatkan ibu bapanya serta Tuan dan Puan Park menghela nafas lega
Selesai sahaja makan, appanya menyuruh Seulrin mengikut Chanyeol dan menyuruh Chanyeol menghantar Seulrin pulang.Mereka berdua hanya akur,asalkan kedua-dua ibu bapa mereka tidak kisah.
Seulrin masuk ke dalam perut kereta.Suasana kembali senyap.Hanya bunyi radio kedengaran
"Nak sebarkan atau kawan rapat je"Seulrin bertanya.
" Ikut keselesaan.Tapi buat masa sekarang saya nak rahsiakan saja sampai awak terima semua ni dengan hati terbuka" balas Chanyeol.Seulrin mengangguk.
"Berhenti dekat sini sekejap!" jerit Seulrin tiba-tiba menyebabkan Chanyeol menekan handbreak secara mengejut.
"Maafkan saya"Seulrin tersenyum kekok.Rasa bersalah pula. Chanyeol turun daripada kereta bersama Seulrin.
Taman Permainan kanak-kanak ini ditenung.
"Kenapa" tanya Chanyeol pelik melihat Seulrin merenung Taman permainan itu.
"Saya rindukan Irene dan Sooyoung" jawab Seulrin. Senyumannya terukir apabila dia mengenang kembali semasa mereka bermain, bergaduh dan berjumpa di sini.
"Seulrin? Chanyeol? " satu suara menyapa dari belakang.Serentak mereka berdua berpaling.Mereka seperti dihempap batu sekarang
"Irene!"
••
angelixa_06 | yuri_chu | faawee | FairyCho_ | fairyfyys-
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romance﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121