✧*̥˚ 14

136 20 0
                                    


••

" Annyeonghaseyo, saem." Seulrin menunduk sedikit sebaik saja memasuki bilik Ms.Lee iaitu guru musik.Dialah yang menjaga bilik musik dan menguruskan apa-apa acara tentang musik dan band sekolah.

"Eo, Seulrin.Kenapa nak jumpa saya"Ms.Lee menanggalkan cermin mata bulatnya lalu diletakkan di tepi meja.Dia terus memandang wajah Seulrin yang bedada di hadapannya sekarang

"Saya nak minta kebenaran saem untuk gunakan bilik musik tu, boleh tak?" tanya Seulrin tanpa teragak-agak.Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan berdiri di hadapan meja guru Ms.Lee

seulrin pov

"Em dengan siapa?" tanyanya kembali

"Chanyeol sunbae"jawabku

Ms.Lee menganggukkan kepalanya seperti sedang berfikir.

"Boleh tapi setiap kali awak nak gunakan bilik musik tu Chanyeol mesti ada bersama dengan awak. Boleh?" matanya merenung anak mataku

"Nae, bole saem!"jawabku teruja.Akhirnya boleh juga aku main piano.Takdelah kena perli dengan Jihoon dah .Mentang-mentang aku main macam apa dia pergi perli aku fuh

"Kamsahamnida saem"aku mengucapkan terima kasih kepadanya lalu melangkah keluar daripada bilik itu.Tujuan aku sekarang pergi ke kelas Chanyeol.Okey sekarang aku ada 15 minit lagi sebelum waktu persekolahan bermula jadi baik aku cepat.

Sebaik sahaja aku sampai dihadapan kelas Chanyeol sunbae, beberapa mata di dalam kelas memerhati aku pelik .Sebelum aku sempat mencari kelibat Chanyeol, ada satu suara yang menegur aku terlebih dahulu.Jihoon

Sekali lagi aku terlupa yang Jihoon sama kelas dengan Chanyeol.

"Seul kenapa datang sini?"tanya Jihoon yang sedang berdiri tegak di hadapan aku.

"Em ada Chanyeol sunbae tak ?"Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Terasa taknak cakap tapi terpaksa cakap pft.

Jihoon mula memberi pandangan peliknya.Jangan keluar perangai detektif dia sudah.Tak pasal-pasal aku tak dapat jumpa pun Chanyeol

"Chanyeol oi"Jihoon menjerit memanggil nama Chanyeol selepas membuat wajah detektifnya .Rupanya saja nak buat aku gementar heh

Aku nampak Chanyeol berdiri dan berjalan kearah kami yang masih terpacak berdiri di depan pintu kelas ini.

"eo, Seulrin.Kenapa Jihoon?"Chanyeol memandang bersilih ganti setiap wajah kami berdua

"Tak tahu Seul nak jumpa kau"Jihoon terus pulang ke tempatnya semula untuk memberi ruang kepada kami berdua untuk lebih selesa.T etapi aku tahu dia memandang aku secara senyap-senyap

"Ms.Lee bagi saya gunakan tapi awak mesti ada dengan saya setiap kali saya gunakan"aku berkata dengan nada yang riang atau lebih tepat teruja

"Ha,baguslah.Nanti jumpa saya lepas balik sekolah dekat bilik musik"

macam mana aku nak bagitahu Seungjun pasal hal ni.Nak ke dia bagi?

"Biar saya yang bagitahu Seungjun.Jangan risau"katanya semula seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan.Aku mengangguk laju dan meminta diri kepadanya untuk pulang ke kelas sebelum loceng berbunyi.

--

"Seul"panggil Sooyoung sebaik sahaja guru mata pelajaran sains keluar daripada kelas.

Aku memandang Sooyoung.Dia berjalan mendekati aku

" Balik ni--tak bolehlah aku ada hal"Aku memotong percakapan Sooyoung sebelum dia menghabiskan ayatnya.Aku memuncungkan bibir dan meminta maaf kepadanya

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now