✧*̥˚ 22

103 22 0
                                    

••

Chanyeol mula tidak senang duduk dengan kehadiran Irene.Matanya meliar memandang ke kiri dan kanan.Sekarang mereka berdua duduk berhadapan dengan Irene.

Sunyi-sepi.Hanya bunyi angin menerpa daun-daun pokok sahaja kedengaran.

"Seulrin,jom balik" Chanyeol membisikkan kepada Seulrin.Jamnya ditelek sekali lagi.Risau jika terlewat menghantar Seulrin pulang ke rumah

Seulrin diam dan memberi isyarat menyuruh Chanyeol menunggu sekejap.

"Irene" Seulrin bersuara. Tanpa Seulrin sedar, Chanyeol sudah cemas menghantar pesanan ringkas dengan seseorang di dalam telefon.

Irene diam menyepi tetapi matanya memandang Seulrin.Mata yang menyembunyi pelbagai perkara.

"Kau... Sembunyikan sesuatu daripada aku?" Seulrin bertanya. Chanyeol sedar, tangan Seulrin mengigil. Dia takut mahu menghadap realiti yang sebenar. Jujur dia mahu Irene mengatakan ia tidak benar.

" Apa maksud kau ni, Seulrin " Irene tergelak kecil.Sesekali anak matanya memandang Chanyeol yang duduk disebelah Seulrin.Lengkap berpakaian sut.Manakala Seulrin memakai gaun putih.

"Kenapa--

" Kau jauhkan diri daripada aku?" Irene memotong percakapan Seulrin.Soalan yang meniti di bibir Irene itu membuatkan mereka berdua tersentak.

"Ap-apa?"

" Sooyoung suruh ke?" Tanya Irene lagi tanpa teragak-agak. Matanya penuh dengan azam yang tinggi walaupun kelihatan tenang.

" Ape maksud kau ni, Irene" Seulrin cuba menenangkan dirinya sendiri.Apa yang cuba dibelitkan oleh Irene ini? Sungguh tidak masuk akal.Bergetar anak matanya.

" Sooyoung dia-- SEULRIN!" serentak mereka bertiga memandang kearah suara itu.

"Seungjun?" Seulrin terkejut.Seungjun yang tercungap-cungap selepas berlari dan dia hanya memakai baju t-shirt dan seluar sukan dengan kot tebal.

Seulrin terkejut dengan kehadiran Seungjun dengan tiba-tiba.Dia kelihatan terdesak.Seulrin berpaling kearah Chanyeol tetapi Chanyeol mengelak pandangan. Tanpa sedar, Irene mengukir senyuman sinis di bibirnya.

"Lain kali, Seulrin.Kau ada penyelamat" Telefonnya diambil dan bangun lalu meninggalkan taman itu.

Sekarang kawasan itu hanya diduduki oleh mereka bertiga.Sunyi. Hanya bunyi angin kedengaran.

"Jun, buat apa dekat sini" Setelah lama berdiam diri, Seulrin membuka mulut .

" Ouh jogging" jawab Seungjun tanpa ragu-ragu dengan senyumannya. Sebaliknya, dia cuba menyembunyikan perasaannya daripada Seulrin.Jantungnya tidak berhenti berdegup .

" Korang buat apa dekat sini?" tanya Seungjun pula.

"Eoh-- terserempak" kalut Seulrin menjawab.Tidak terniat dia mahu menyembunyikan perkara ini

" Terserempak dengan pakai dress dan sut ?"

" Terjumpa dekat majlis lepastu Puan Park minta hantarkan Seulrin balik sebab dia nampak tak sihat" celah Chanyeol.Mukanya tenang seakan-akan tiada apa yang terjadi .Seulrin mengangguk laju mengiyakan kata-kata Chanyeol.

Seulrin mula memandang Seungjun atas bawah.Mukanya berubah

" Pakaian tu..." Seulrin kembali memandang mata Seungjun.

" Haa , Chae ajak pergi kedai sebab dia lapar" jawab Seungjun. Hatinya mula gusar.Nasib baik dia sempat mengambil kot Rose dan menarik tangan Rose keluar sekali daripada rumah.

Seungjun berlari terlalu laju sehinggakan Rose ketinggalan di belakang.Seungjun menarik nafas lega.Nasib baik dia menarik Rose untuk dijadikan alasannya.

" Kenapa laju sangat lari!" gadis itu berlari anak kearah Seungjun sambil merungut.Sudahlah dia tidak tahu apa-apa, tiba-tiba tangannya ditarik.Selepas itu , ditinggalkan pula.

"Eoh , Seulrin unnie! " Rose menyapa Seulrin dengan senyumannya yang terukir.Seulrin membalas dengan lambaiannya.

" Eoh, siapa lelaki sebelum unnie tu?" Rose memandang Chanyeol dengan muka pelik. Siap memakai sut lagi.

" dia senior unnie" Chanyeol melangkah ke hadapan danenghulurkan tangannya pada Rose.

" Park Chaeyeon .Boleh panggil saya Rose " Rose menyambut huluran Chanyeol.

" Park Chanyeol , tunang Seulrin" .

••

sesiap bagi tips nak tulis genre action ㅠㅠ

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now