✧*̥˚ 29

85 11 0
                                    


"Yah,Seul--" Dengan pantas , badannya memusing ke belakang dan terus menyepak peha lelaki yang berada di belakangnya

" Argh, Sakitlah! " Seulrin terkejut. Lelaki itu Chanyeol. Mulutnya ditekup sambil melihat Chanyeol yang sedang memegang kakinya yang sedang menahan kesakitan.

"Semalam demam , harini kaki pula yang sakit.Apalah nasib aku ni" Chanyeol mengomel sendirian.

"Mian mian , siapa suruh terkejutkan saya macam tu" Seulrin mendekatkan dirinya dengan Chanyeol.Risau gadis itu dibuatnya.

"Sakit ke?" Seulrin bertanya polos.

"Park Seulrin sakitlah ! Taknak tolong tunang awak ni ke?" Chanyeol tergelak kecil melihat telatah Seulrin.

"Nak saya buat apa? Angkat awak? Saya bukannya kuat macam lelaki" Seulrin mula loyar buruk.Chanyeol terkelu.Sudahlah gadis itu yang membuatkan dirinya sakit

"Saya gurau jelah" Seulrin mengukirkan senyuman.Seulrin menapak ke sebelah Chanyeol lalu lengan sasa lelaki itu dipegang erat bagi membantu lelaki itu berjalan. Chanyeol tersenyum melihat Seulrin yang sedang gigih menolongnya berjalan.

"Yah , beratnya awak ni!" Seulrin mula merungut dan gelak tawa Seulrin kedengaran.

Irene memerhatikan mereka berdua dari jauh.Gadis itu mengeluh.Tidak pasti kenapa dia harus melakukan perkara seperti itu terhadap kawan baiknya sendiri.

Tetapi rasa cintanya pada Chanyeol itu telah membuatkan dirinya tekad seperti sekarang. Dia mula ragu-ragu.

"Choi Byungchan , tolong aku" Seulrin menjerit dari luar rumah.Mujurlah mereka berdiri tidak jauh dari rumah Chanyeol.

"Eh hyung? Apa yang dah jadi ni? "Byungchan mengambil alih tempat Seulrin lalu membantu Chanyeol duduk di atas sofa di ruang tamu

"Tanyalah dia" mata Chanyeol melirik kearah Seulrin. Seulrin pula hanya tersengih seperti kerang busuk , menyedari kesalahannya

Seluar yang dipakai Chanyeol dilipat oleh Byungchan.

"Nampak teruk" Byungchan memerhatikan lebam yang mula kelihatan kebiru-biruan.Seulrin memerhatikan mereka dengan pandangan yang risau.

"Auch" Chanyeol mengerang kesakitan apabila Byungchan memicit kawasan lebam itu dengan selamba.Manakala Byungchan sudah tersenyum kemenangan.Chanyeol menjeling Byungchan.Kalau diikutkan hati, dia mahu menyepak terus Choi Byungchan itu.

"Kuat juga kau sepak Seulrin"Byungchan tersengih memandang Seulrin.Seulrin memegang tengkuknya kekok.

"Memanglah , dia pernah ambil kelas taekwondo dulu" Chanyeol mencelah.Seulrin terkejut.Tak akanlah sampai kenangan masa kecilnya Chanyeol tahu? Jihoon ke yang cerita ?

"Tapi kan aku tak pandai kalau nak balut semua ni , Seulrin kau pandai tak?" Seulrin menggeleng perlahan.

"Aku call kawan aku kejap , dia mahir kerja-kerja yang macam ni"kata Byungchan sebelum berlalu keluar.

Mereka berdua ditinggalkan di dalam rumah. Atmosfera di dalam rumah itu sangat sunyi.Kekok tanpa Byungchan.

Mereka juga masih belum berbaik selepas bergaduh tempoh hari.

"Hyung , aku jemput dia kejap dekat rumah! Aku pakai kereta eh" Tanpa sempat Chanyeol mengatakan apa-apa , Byungchan berlalu pergi.Entah sejak bila kunci kereta Chanyeol sudah ada pada tangan Byungchan

"Em awak nak air tak? Saya ambilkan"Seulrin berdiri dan terus melangkah ke dapur tanpa mendengar jawapan Chanyeol.

Sebaik sahaja Seulrin tiba di kawasan dapur ,  dia mencapai dua gelas dan membuka peti ais untuk mencari jag yang berisi air kosong.

Seulrin mula terfikirkan sesuatu apabila ternampak beberapa barang yang ada di dalam peti ais.

"Chanyeol awak lapar tak?" Seulrin menjerit dari dapur.Chanyeol terkejut mendengar suara itu.Telefonnya diletakkan di sisinya lalu dia cuba berjalan perlahan-lahan sambil memaut pada dinding untuk berjalan ke dapur.

"Eh , kenapa berjalan sampai sini? Tak sakit ke?"Seulrin berlari anak kearah Chanyeol dan membantunya untuk duduk di meja bar.

" Tunggu saya masak jap"Seulrin tersenyum.Gadis ini tahu bahawa Puan dan Tuan Park sekarang berada di luar kawasan atas urusan kerja.Sudah pasti dua lelaki bujang ini hanya makan makanan segera sebagai pengalas perut.

Chanyeol pula hanya berdiam diri memerhatikan Seulrin yang sedang memasak dari belakang

Setelah beberapa minit , dua pinggan nasi goreng kimchi diletakkan di hadapannya.

Muka Chanyeol menjadi merah sebaik sahaja dia melihat nasi goreng kimchi itu. Seulrin tergelak kecil.Pasti lelaki itu memikirkan tentang bekal yang pernah diberikan oleh dirinya sendiri kepada Seulrin.

"Makanlah" ajak Seulrin keriangan

"Eh eonnie? "Mereka berdua memandang ke arah pintu masuk rumah.Tubuh wanita itu memandang mereka berdua pelik.

"Chaeyoung?"

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now