Irene dan Seulrin hanya memerhati tubuh Yanan daripada belakang. Lelaki itu sedang berjalan jauh di hadapan mereka.
Selepas Yanan mendengar perbualan antara gadis itu, dia hanya mendiamkan diri dan langsung tidak mahu memandang kearah wajah Seulrin dan Irene.
Apabila Seulrin mahu menjelaskan atau bersuara, pasti Yanan akan melarikan diri daripadanya.
Irene yang berada disebelahnya dipandang lama. Dia mula risau dengan keadaan Yanan dan Irene nanti. Gadis itu sudah mengalirkan air mata cuma dia tidak menunjukkannya, cepat-cepat dia mengusapnya supaya orang lain tidak sedar.
Setelah sampai di tapak perkhemahan mereka semula, Yanan terus menghilangkan diri. Mungkin dia pergi ke tandas, hanya tempat itu yang dibenarkan pergi selepas aktiviti night walk.
Mr.Park perlu memeriksa kehadiran semua pelajar supaya tidak ada yang tertinggal atau hilang sebelum memberikan kebenaran kepada mereka untum pulang ke bilik masing-masing.
Keadaan di kawasan ini masih sunyi. Hanya guru-guru mereka yang berada disitu kerana mereka ialah orang pertama yang tiba dan keluar daripada kawasan hutan.
"Irene... Kau okey?" soal Seulrin risau.
"Aku okey." Irene mengangkat wajah memandang Seulrin dengan senyuman. Tetapi matanya mengatakan tidak. Matanya masih berlinangan dengan air mata.
Irene mengalihkan pandangannya ke tempat lain, dia tidak mahu orang lain melihatnya menangis. Hatinya takut. Takut Yanan akan meninggalkannya.
"Seulrin!" Seulrin menoleh kearah suara jeritan itu. Dia menggeleng perlahan setelah melihat Sooyoung yang berlari seperti anak kecil kearahnya.
Seulgi dan Jihoon yang berkumpulan dengan Sooyoung juga tergelak kecil.
"Cepatnya kau sampai." Sooyoung duduk bersila dihadapan Seulrin. Dia masih tidak sedar akan kehadiran Irene disisinya.
"Kau kumpulan dengan-" kata-katanya terhenti apabila dia dengan jelas dapat melihat wajah Irene yang tersenyum kearahnya. Senyuman pada bibirnya pudar.
Baru sahaja dia ingin bangun daripada tempat duduknya semula, Seulrin sempat menahan tangannya dan menariknya untuk kembali duduk.
"Seul-"
"Aku minta maaf." Irene mencelah. Sooyoung berpaling kearha Irene. Wajahnya dipandang tajam.
"Aku minta maaf Sooyoung." ucapnya sekali lagi. Sooyoung memandang Seulrin dan dia mengangguk perlahan. Menyuruh gadis itu memaafkan Irene.
Sooyoung melepaskan keluhan berat dan kembali duduk bersila di hadapan mereka berdua.
Jihoon yang sedang berbual dengan Seulgi itu diam-diam memerhatikan mereka bertiga.
"Terangkan." kata Sooyoung . Memberikan gadis itu peluang untuk menjelaskan semuanya
"Aku minta maaf, walaupun aku tahu Chanyeol itu tunang Seulrin. Aku terima Yanan, pergunakan dia dan sekarang aku menyesal. Aku bodoh." Air mata Irene tumpah. Sejak daripada mulanya aktiviti tadi dia sudah menahan tangisan itu. Cuma dia cuba sembunyikan daripada Seulrin.
Dia tidak mahu kelihatan lemah.
--
seulrin pov
"Seulrin, mana Yanan? Cikgu kata dia kumpulan dengan kau." Seungjun datang mendekatinya sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket.
Bibirku digigit. Haih, apa yang aku patut jawab? Yanan sudah dapat tahu tentang rahsia aku dan sekarang hilang sebab nak jauhkan diri daripada aku dan Irene? Tidak mungkin.
"Jun..." Pergelangan tangan Seungjun aku tarik perlahan. Seungjun memandang aku pelik. Mata aku melilau memandang sekeliling cuba mencari kelibat Yanan.
"Kenapa Seul? Ada apa-apa jadi ke?" Seungjun memandang aku cemas.
"Yanan dah tahu pasal aku dengan Chanyeol, dan paling teruk- dia dengar perbualan aku dengan Irene tadi, tentang Irene terima dia untuk gunakan dia..."
Seungjun terdiam seketika.
"Biar aku cari dia. Bila cikgu dah benarkan semua masuk ke bilik, pastikan ahli bilik kau cukup." arah Seungjun dan menepuk perlahan bahu aku untuk menenangkan aku.
Aku mengangguk perlahan dan memandang figura Seungjun berlalu pergi.
Haih kau pergi mana ini Yanan...
--
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romans﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121