✧*̥˚ 20

112 20 0
                                    

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba.Perjumpaan keluarga Seulrin dengan keluarga Park.Sehingga hari ini jugalah keluarga mereka merahsiakan pertunangan sejak kecil mereka itu daripada Seulrin.

Seulrin ingat mungkin ibu bapannya akan memberitahunya sendiri.Sangkaannya meleret, ibu bapanya dan Jihoon langsung tidak membuka mulut tentang hal ini.

Pantulan dirinya pada cermin direnung.Elok tersarung gaun putih paras kaki.Rantai diambil dan disarungkan pada lehernya.

Telefon pintarnya dikeluarkan. Ruang perbualan mereka dibuka

yananbambam (100)

Yanan
Sejak bila aku bambam tukar balik!

Seungjun
Memang kau bambam dulu

Sooyoung
sebar fakta bukan auta

Jun
AHAHAHAHAHAH

Youngmin change the subject from 'yananbambam' to 'senyap sikit'

Sooyoung
Takbest lah kau ni

Yanan change the subject from 'senyap sikit'to 'boooo youngmin'

Seungjun
waraslah sikit korang ni

Jun
Boooo Seungjun

Dia tergelak kecil melihat gelagat rakan-rakannya.Telefonnya kembali disimpan.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu kedengaran.Pintu dibuka dan terserlah wajah Jihoon disebalik pintu. Jihoon masuk ke dalam bilik adiknya dan kembali menutup pintu.

Dia memandang adiknya yang tegak berdiri memandang dirinya sekarang tanpa sebarang reaksi.Jihoon tersenyum.

"Maafkan, Hoon" secara tiba-tiba Jihoon meluahkan perasaan itu dan mendakap tubuh kecil Seulrin ke dalam pelukannya.

Seulrin hanya diam.Dia cukup faham dengan kata-kata itu.

"Jomlah, omma dan appa dah tunggu" Jihoon meleraikan pelukan itu dan membuka pintu mengajak Seulrin keluar.Seulrin mengangguk.Dia teragak agak.Dia perlu pergi atau tidak?

Mereka masuk ke dalam perut kereta yang dipandu oleh ayahnya.Kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan rumah mereka.

--

seulrin pov

Kereta itu berhenti di hadapan kedai makan mewah itu.Cukup dikelaskan dalam restaurent high class.Kebiasannya aku hanya melihat di dalam drama, keluarga kaya yang makan di tempat sebegini.

Kami keluar daripada kereta.Kunci kereta diberikan kepada pekerja yang bertugas untuk meletakkan kereta.Kami menapak masuk ke dalam salah satu bilik yang sudah khas ditempah untuk kami.

Sebaik saja mereka berempat melangkah masuk ke dalam bilik itu, terdapat dua orang separuh abad yang berada di situ.Mereka bangun dan menyambut kami.

Omma dan appa menyambut huluran tangan mereka dengan senyuman manakala aku dan Jihoon hanya tersenyum dari belakang.

"Ouh inilah Jihoon dengan Seulrin, dah besar mereka" jawab perempuan separuh abad itu tetapi masih cantik dilihat dengan senyuman manisnya yang terukir.Jelas sekali dia memerhatikan aku.Aku mula rasa gementar dan kekok.

Aku mengambil tempat di sebelah Jihoon, iaitu tempat paling dekat dengan pintu.

"Mana anak puan"tanya omma formal.

" dia pergi ke tandas sekejap, janganlah formal sangat.Kita dah lama kenal kan"kata wanita itu.Omma dan appa meneruskan perbualan mereka bersama Encik dan Puan Park manakala aku dan Jihoon hanya diam membisu.

Makanan pun sudah dihidangkan.Jihoon menolong meletakkan beberapa potongan sashimi ke dalam pinggan aku.Terpaksa makan walaupun aku tak berapa suka.

Srett!

Pintu dibuka membuatkan perhatian semua orang memandang kearah pintu itu.Wajah itu muncul.Wajah yang Seulrin sedaya upaya mengelak.

" Park Chanyeol" nama itu meniti di bibirnya

"Hai, Park Seulrin" tegur Chanyeol dengan senyumannya.Mata mereka bertentang lama.Memerhatikan sesama mereka.Seperti hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu.

••

✨ Selepas chapter 30, story baru akan dipublish!

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now