✧*̥˚ 30

100 14 0
                                    


"Eh eonnie? "Mereka berdua memandang ke arah pintu masuk rumah.Tubuh wanita itu memandang mereka berdua pelik.

"Chaeyoung?"

"Chaeyoung buat apa dekat sini?" Seulrin memandang Chaeyoung pelik.Sebelum Chaeyoung sempat menjawab , Byungchan sudah berdiri di belakang Chaeyoung dengan senyuman.

"Korang kenal ke?"tanya Byungchan polos.Byungchan mengarahkan Chaeyoung untuk masuk ke dalam rumah.Chanyeol hanya menjadi pemerhati sambil meneruskan suapannya.

"Choi Byungchan , dia adik Park Seungjun" Chanyeol terus tersedak sebaik mendengar penjelasan Seulrin.Seulrin dengan cepat menuangkan air ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Chanyeol

"Bwo!"Byungchan menarik bahu Chaeyoung supaya menghadapnya.

"Betul ke?" Soal Byungchan seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan tersebut.Chaeyoung pula hanya mengangguk sambil menahan tawa.Tidak sangka mereka terkejut sampai begini

"Seungjun ada adik?"Chanyeol mencelah .Kata-kata Chanyeol itu diselitkan dengan batuk.Pasti pedih tekaknya.

"Mamat beku tu bukan anak tunggal ke?" kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut Byungchan menyebabkan tawa Chaeyoung dan Seulrin meletus.

" Tak-- sekarang ni kenapa kau bawak Chaeyoung ke sini?"Tanya Seulrin kembali serius.

"Chaeyoung mahir dalam bidang ni , dia pernah ambil kursus" kata Byungchan.

"Dah habis makan ke?" Seulrin memandang Chanyeol dan mengangguk .Chanyeol berpaut pada meja supaya dia dapat berdiri.Seulrin terus bangun dan menolong Chanyeol bergerak ke ruang tamu.Nasib baik , ruang makan tidak jauh dengan ruang tamu.

Chaeyoung hanya memerhatikan pasangan itu.Bermacam-macam prasangka yang bermain di dalam fikirannya sekarang.Mereka nampak rapat yang bukan dibuat-buat.

"Nah Chaeyoung" Byungchan menghulurkan peti kecemasan kepada Chaeyoung.Peti itu dibuka dan Chaeyoung meneruskan kerjanya.

Seulrin dan Byungchan memerhati Chaeyoung dengan senyap.

"Eonnie" Chaeyoung bersuara.Seulrin memandang Chaeyoung.

"Apa eonnie buat dekat sini?"tanya Chaeyoung.Matanya masih fokus untuk meletakkan ubat pada kaki Chanyeol.Dia benar-benar ingin tahu kenapa kawan abangnya ini berada di rumah sepupu Byungchan.

Mereka ada apa-apa hubungan yang dia tidak tahukah?

Seulrin memandang Chanyeol cemas.Apa yang Seulrin mahu jawab? Chanyeol memberi isyarat menyuruhnya diam.

"Byungchan yang ajak dia datang .Katanya nak siapkan kerja sekolah"kata Chanyeol cuba berlakon tenang.Byungchan pula terkejut apabila nama dia yang menjadi mangsa .

"Kenapa aku?"Byungchan berkata dalam nada berbisik sambil menundingkan jarinya pada dirinya sendiri.

Chanyeol mengelipkan mata supaya Byungchan tidak membahas tentang hal ini sekarang.

"Chaeyoung pula , macam mana kenal dengan Byungchan?" Seulrin bertanya.Chaeyoung merupakan pelajar daripada sekolah lain dan gadis itu juga lebih muda daripada Byungchan.

"Namjachingu Chaeyoung" tenang sahaja gadis itu menjawab persoalan Seulrin.Byungchan pula sudah mengelak pandangan matanya daripada Chanyeol dan Seulrin.Jari-jarinya jelas kelihatan gelisah.

Seulrin menekup mulut mendengar kenyataan Chaeyoung.Tidak sangka banyak kejutan yang berlaku hari ini.

"Chaeyoung , Seungjun tahu tentang ini?" Seulrin bertanya lagi.Dia mahu kepastian.Sekali lagi , tenang gadis itu menggeleng .Langsung tidak risau padahal Byungchan sudah kelihatan pucat sekarang.

" Aku bagitahu Seungjun"Seulrin berkata teruja sambil menayangkan senyuman nakal kepada Byungchan.Serta-merta Byungchan memamdang Seulrin dengan cemas.

" Weh! Kau jangan tikam belakang kawan eh" Byungchan sudah mula bercakap merepek tetapi Seulrin makin galak mengusik Byungchan.

Bukan mudah mahu melihat lelaki itu takut.Siapa tak takut apabila dapat tahu dia bakal menghadap Seungjun nanti.Chanyeol tertawa kecil melihat mereka berdua.

"Em Chanyeol sunbae ada hubungan dengan Seulrin eonnie kan?" Chaeyoung mengambil kesempatan untuk bertanya sementara Seulrin dan Byungchan masih leka.

" Ha?"

Chanyeol panik.Manakala Chaeyoung pula tersenyum manis .

"Jangan risau , saya dah tahu . Chanyeol sunbae jangan lupa, Seulrin eonnie tak pandai menipu"Chaeyoung  menyiapkan balutan terakhirnya dan memandang Chanyeol dengan senyuman.

"Eh dah siap ke?"

Chaeyoung mengangguk.Beg galasnya tadi diambil .Byungchan terus berdiri.

"Chanyeol , aku hantar Seulrin dengan  Chaeyoung dulu"

"Nak ik--"

"Kaki sakit , duduk diam-diam." Seulrin terus menghalang Chanyeol daripada berdiri.Sebelum gadis itu melangkah keluar sempat dia melambai kepada Chanyeol yang sudah monyok itu.

"Jangan lupa makan ubat , awak tu demam!" jerit Seulrin daripada luar rumah.Chanyeol terus tersenyum lebar sebaik mendengar suara gadis itu

Manakala Chaeyoung tersenyum kecil.Sudah jelas mereka mempunyai sesuatu hubungan.

--

"Macam mana korang boleh kenal ni?" Seulrin membawa badannya ke hadapan sedikit.Sudah tiba masanya untuk menyiasat pasangan ini.

Byungchan dan Chaeyoung yang duduk di hadapan berpandangan antara satu sama lain.

"Kau sendiri yang buat , tapi kau lupa" kata Byungchan.Chaeyoung mengangguk setuju.

Seulrin terdiam.Sejak bila pula dia membuat dua individu ini bertemu?

"Ingat tak masa eonnie dengan oppa nak buat study group , lepastu ajak Chaeyoung"

Seulrin teragak-agak mengangguk.Ingatannya samar-samar.

"Lepastu eonnie terpaksa balik sebab Jihoon oppa masuk hospital. Lepastu,oppa nak ikut eonnie sebab takut jadi apa-apa dekat eonnie nanti."

" Dan kebetulan Seungjun memang nak jumpa dengan Chanyeol , lepastu Chanyeol bawa aku sekali" Byungchan menyambung

" Jadi Seungjun suruh aku dengan Chanyeol bawa Chaeyoung balik rumah."

"Tapi masalahnya sepupu aku yang mental tak betul itu pun terus blah lepas Baekhyun call dia."

" dan terjadilah situasi kekok"Chaeyoung sambung kembali.Seulrin mula teringat .Pada hari abangnya masuk ke dalam hospital akibat kecuaiannya semasa bermain bola sehingga kakinya patah.

Tanpa sedar , sambil Seulrin mula leka mendengar pasangan ini bercerita , mereka sudah sampai di kawasan perumahannya.

Seulrin mula fokus memandang ke hadapan.

"Eh?" matanya tak salah kan? Seulrin menggosok matanya .Tak salah lagi .Seungjun sedang berdiri di luar rumah sambil berpeluk tubuh.

Habis kau Choi Byungchan.

••


[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now