Akhirnya hari musim panas telah tiba ! Dan ini juga bermaksud hari perkhemahan mereka akan diadakan pada hari ini.
" Abang ! berat , tolonglah." Seulrin merungut . Mulutnya dicebikkan . Beg itu langsung tidak berat tetapi sengaja dia mahu menyusahkan Jihoon .
Merajuk dengan abangnya kerana tidak membenarkannya meminjam kamera milik abangnya itu.
Jihoon menggeleng memandang Seulrin. Cukup tahu dengan kerenah adiknya itu. Tetapi dia layankan saja.
Beg Seulrin itu diambil dan dibawa ke hadapan rumah . Sekarang mereka berdua hanya perlu menunggu ketibaan Chanyeol.
Chanyeol yang ingin datang menjemput mereka memandangkan ayah Seulrin mempunyai kursus diluar .
Seungjun juga telah tiba dihadapan rumahnya. Seulrin menuju kearah Seungjun. Lelaki itu hanya memakai sehai tshirt hitam , seluar jeans dan topi hitam bagi menghalang cahaya matahari.
"Kau kenapa . Semua hitam ." Seulrin memandang Seungjun atas bawah . Seungjun menjelingnya. Sebelum ini , tidak pernah pula Seulrin kisah dengan penampilannya.
Setelah beberapa minit , Chanyeol tiba di hadapan rumah mereka .Seulrinhanya memerhati Chanyeol keluar daripada kereta.
"Mana Byungchan ?" tanya Seulrin setelah tidak menjumpai kelibat kawannya itu.
" Dia naik motor , katanya nak beli barang ." balas Chanyeol. Seulrin mengangguk faham.
" Woi ambil beg ni , letak dalam bonet ." Jihoon menunjuk kearah beg yang berwarna hitam iaitu milik Seulrin kepada Chanyeol.Seulrin tergamam. Terus dia menarik kembali beg itu kearahnya.
"Teruklah abang ini." Seulrin berkata perlahan. Mulutnya tidak berhenti mengutuk abangnya itu.Tentu abangnya sengaja berbuat begitu !
"Abang dengar Park Seulrin." Seulrin mengemam bibirnya . Dia diam apabila ditegur Jihoon.
"Biar aku buat." kata Chanyeol dan mengangkat beg Seulrin laku dimasukkan ke dalam bonet. Tidak sempat dia menghalang Chanyeol.
Apabila dia mahu masuk ke dalam perut kereta , kakinya terhenti . Abangnya dan Seungjun sudah duduk di tempat duduk penumpang. Seulrin ternganga. Kenapa aku kena duduk depan dengan Chanyeol?
'Kau tunang dia!' Hatinya menjerit . Kepalanya digeleng beberapa kali. Merepek.
"Seulrin , tak nak masuk ?" tanya Chanyeol yang sudah berada di tempat duduk pemandu . Seulrin tersedar. Pintu tempat duduk hadapan dibuka .
Sepanjang perjalanan hanya Jihoon yang berbicara dengan Chanyeol manakala Seungjun sudah sibuk berbalas mesej dengan adiknya .
--
Setelah sampai di sekolah , mereka perlu berkumpul di dewan untuk mengambil kehadiran. Jam tangannya ditelek .
6.50 pagi.
Seulrin memandang sekelilingnya.Sekarang dia perlu mencari kelibat Yanan dan Inseong . Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Inseong dan dia perlu duduk dengan Yanan .
"Seulrin!" Dia menoleh ke belakang dan melihat Yanan sedang melambai kearahnya. Dia sudah bersama dengan Jun , Youngmin dan Sooyoung .
Cikgu Park memandang kearah anak-anak muridnya. Ada yang kelihatan mengantuk dan ada yang kelihatan seperti tidak sabar .
Cikgu Park memanggil mereka semua untuk berkumpul . Mereka akan menggunakan dua bas .
Kehadiran sudah diambil , tanda nama juga sudah diambil . Sekarang hanya giliran masuk ke dalam bas. Seulrin sudah beratur di barisan hadapan . Masalah sekarang , kenapa Yanan duduk begitu jauh dengannya . Yanan berdiri di belakang barisan . Haih lelaki itu.
Sooyoung duduk bersama dengan Jun manakala Seungjun dengan Youngmin . Seungjun perlu menjaga Youngmin sepanjang perkhemahan ini berlangsung nanti. Tugasan tambahannya mungkin.
Keadaan bas semakin penuh, tetapi kelibat Yanan masih tidak muncul . Mana lelaki ini pergi !
Akhirnya , wajah Yanan kelihatan juga . Masalahnya , sekarang hanya tinggal tiga orang yang belum mendapat tempat duduk.
Yanan
Inseong
dan Chanyeol ...
Yanan datang mendekati Seulrin lalu kepalanya didekatkan dengan Seulrin.
"Weh , aku baru ingat Irene suruh aku duduk dengan dia ." Yanan mengusap rambutnya . Seulrin ternganga . Jadi kenapa dia menyuruhnya duduk bersamanya ?
"Maaf eh ." Yanan tersenyum kecil sebelum bergerak kearah Irene yang duduk di hadapan .
"Seul--" Tanpa sempat Seungjun mahu bersuara , Inseong yang berada berdekatannya terus ditarik duduk di sebelahnya lalu kepalanya ditutup menggunakan hoodie.
Chanyeol tersenyum kecil memandang tunangnya itu . Seperti budak-budak.Dia bergerak kearah Leo yang duduk berhampiran mereka.
Tanpa mereka sedar , Seungjun dan Yanan melakukan isyarat mata .
'Misi pertama gagal '
--
Hai! Lama aku tak update kan ? huehue . Jadi sebenarnya apa misi Yanan dengan Seungjun ini ? dan konflik akan muncul tak lama lagi XD
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romance﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121