✧*̥˚ 33

95 12 0
                                    

••

"Choi Byungchan kau memang tak nak jawab ke?" Seungjun memandang Byungchan tajam.Tetapi lelaki itu langsung tidak bersuara.Dia juga langsung tidak memandang kearah Seungjun.

"Okey , kau tak nak jawab kan .Aku tak kisah.Nama korang berdua tetap akan masuk dalam rekod." dingin sahaja kata-kata itu keluar daripada mulut Seungjun.

Plaster itu dicampak kepada Byungchan.Tangannya terluka sedikit.Tergeser mungkin

Pintu bilik itu dibuka.Wajah Chanyeol tersembul daripada pintu itu.

Wajahnya langsung tidak mengukirkan senyuman seperti selalu.Muram dan marah.

Tidak pernah-pernah lelaki ini berkelakuan begini.

"Hyung , okey tak?" Seungjun bertanya tetapi Chanyeol tidak membalas.Pandangan Chanyeol dialihkan kearah Byungchan.Lalu lelaki itu dijelingnya.

Terkejut Byungchan apabila Chanyeol menjelingnya.Buat kali pertama , Chanyeol kelihatan betul-betul marah.Lelaki ini sangat susah untuk marah.

Byungchan menjadi kecut dan tidak berani bertentang mata dengan Chanyeol.Ditambah lagi, dia sudah membuat hal hari ini.

Pintu bilik itu diketuk.Mereka bertiga berpaling kearah pintu itu.Chanyeol yamg masih berdiri terus melangkah kearah pintu.Pintu bilik pengawas itu dibuka.

Seulrin.Gadis itu sedang berdiri dengan senyuman dibibirnya.

Tanpa mengatakan apa-apa , terus lengan Chanyeol ditarik keluar.Byungchan dan Seungjun yang menyaksikan scene itu terkilan.Apa yang baru mereka  lihat itu?

Apa yang berlaku?

--

"Chanyeol, minumlah ni.Sedap tau!" ujar Seulrin teruja.Iced Latte dihulurkan kepada lelaki itu.Masam sahaja wajahnya daripada tadi.

Chanyeol mengambil Latte itu daripada Seulrin tetapi dia masih mendiamkan diri.Air itu juga dibiarkan tidak diminum.

"Chanyeol" sekali lagi gadis itu memangil namanya.Tetapi Chanyeol membuat tidak peduli.

"Chanyeol, kalau awak tak jawab lagi sekali . Saya pergi dekat Youngmin balik." kata gadis itu seakan-akan merajuk dengan lelaki itu .Padahal dia saja mahu menyakitkan hati lelaki itu

Dia bangun daripada tempat duduknya dan mahu melangkah pergi.Tetapi Chanyeol menahan tangan Seulrin dan menariknya untuk duduk semula.

"Jealous ke?"  tanya Seulrin tersenyum nakal.

"Ma--mana ada!" Chanyeol terus menafikan.Telinganya sudah jelas kelihatan merah menyala.

Seulrin tergelak kecil melihat Chanyeol.Cepat gelabah juga lelaki ini.

"Hantar Youngmin elok-elok tau , dia sensitif sikit. Saya masuk kelas dulu" Seulrin menyerabaikan rambut Chabyeol sebelum gadis itu mula melangkah pergi meninggalkan Chanyeol berseorangan.

"Tak habis-habis Youngmin." Lelaki itu membebel perlahan.Tetapi bibirnya mengukir senyuman apabila tindakan Seulrin yang menyerabaikan rambutnya tadi bermain di fikirannya.

Park Chanyeol sudah angau!

--

"Chanyeol , awak ditugaskan dalam program pertukaran pelajar. Nanti sila nyatakan pelajar dari kelas mana untuk menjadi penolong awak ya." Cikgu Lee memberikan fail itu kepada Chanyeol sebelum beredar daripada bilik itu.

Chanyeol mula membelek-belek fail yang baru diberikan oleh Cikgu Park.Baekhyun perlahan-lahan melangkah kearah Chanyeol.

Seungjun yang melihat tingkah laku Baekhyun itu hanya mengukirkan senyuman.

"Kau nak pilih siapa?" tanya Baekhyun dengan senyuman nakalnya.Nampak sangat dia mahu Chanyeol memilihnya sebagai penolong

"Kau tahu kan , aku tak akan pilih kau Baek." Chanyeol menolak wajah Baekhyun jauh daripadanya.

Baekhyun menjeling Chanyeol yang masih sibuk membelek profile pelajar pertukaran itu.

"Kau nak pilih Seulrin ke ha?" Baekhyun seakan-akan mengusik lelaki itu.

Wajah Chanyeol terus kelihatan kemerah-merahan akibat usikan itu.Kusyen diatas kerusi itu dibaling kearah Baekhyun yang masih memandang kearahnya.Seungjun jiga turut tersedak apabila nama Seulrin disebut.

"Seungjun , panggil Bae Joohyun daripada kelas kau . Dia jadi penolong aku nanti." kata Chanyeol tenang.

Baekhyun dan Seungjun memandang lelaki itu tidak percaya.Betulkan apa yang mereka dengar ini?

••

konflik akan tiba tak lama lagi!

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now