Seulrin merenung tajam anak mata Chanyeol . Lelaki itu menundukkan pandangannya.Lehernya dipegang.
"Chanyeol, saya tanya awak ni." tutur Seulrin tegas.
"Em tahu." terbeliak mata Seulrin selepas mendengar kata-kata Chanyeol itu.
Dan dia masih melakukan kerja itu bersama Irene ?
"Awak yang pilih ? " tanya Seulrin sekali lagi. Kali ini muka Seulrin sudah berubah menjadi ketat. Langsung tiada secalit senyuman di bibirnya.
Chanyeol mengangguk perlahan.Lelaki ini mula berasa tidak senang duduk . Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.
"dan" Chanyeol memandang Seulrin pelik . dan apa ?
" dan ? " Gadis itu terkilan .Lelaki ini masih tidak fahamkah ? Dia ini bengap ke bodoh.
Menggelegak panas hatinya sekarang.
" Tiada apa-apa " Seulrin meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.Chanyeol masih lagi terpana. Tiba-tiba mood gadis di hadapannya berubah mendadak.
Mereka melakukan kerja itu tanpa sebarang percakapan sehingga loceng yang menandakan habisnya waktu rehat berbunyi.
Seulrin terus mengemas kertas-kertas tadi dan dimasukkan ke dalam fail semula.Baru dia mahu berganjak pergi , Chanyeol menahan tangannya.
" Balik dengan aku." ujar Chanyeol seperti memujuk.Seulrin memandang wajah Chanyeol kosong.
" Saya tak nak ." Seulrin melepaskan pegangan tangannya dari Chanyeol dan melangkah pergi.
Chanyeol berdiri dan memandang kelibat gadis itu yang semakin menghilang.
Kenapa dengan gadis itu?
Dia ada silap cakap ke?
--
Bukk!
Kuat Seulrin menghempas dua buka nota itu diatas meja.Satu kelas menjadi senyap dan memandang kearah Seulrin.
Seulrin melabuhkan punggung dan terus menongkat dagu memandang ke luar tingkap.
Mereka memandang Seulrin dengan terkejut sebab mereka tidak pernah melihat Seulrin menjadi marah atau mengamuk.
Jun yang berada di sebelahnya sudah kecut kerut.
' Kenapa dengan Seulrin ? ' Jun bertanya kepada Sooyoung dengan isyarat mata tetapi Sooyoung menggeleng.Dia juga tidak tahu.
Seungjun masih tidak masuk ke kelas kerana Cikgu Lee memanggilnya ke bilik guru.
Seulrin masih ralit memandang ke luar tingkap.Dia mahu menenangkan hatinya.
Dia dah Chanyeol masing-masing tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain. Tetapi kenapa dia marah Chanyeol rapat dengan Irene ?
Kepalanya juga pening dengan semua ini.
Hyunjin berdehem supaya mereka semua memberi perhatian terhadapnya .
"Surat kebenaran sila hantar sebelum balik nanti ya.Sesiapa yang tak hantar terus ditolak markah." Dengan itu satu kelas mula mengeluh . Manakala beberapa orang pelajar mula kecoh kerana tidak membawa surat kebenaran itu dan salah seorang pelajar itu ialah Jun.
Sebelum cikgu memasuki kelas , Jun dijadikan mangsa untuk pergi ke perpustakaan untuk membuat salinan surat itu .
"Seulrin." Seulrin menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil . Yanan sedang berdiri di pintu belakang kelasnya. Seulrin mengangkat kening. Berani dia keluar kelas ?
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romance﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121