2 years later . . .
"Yah , Chanyeol ada dekat depan itu." kata Irene sambil menyiku tangan Seulrin. Seulrin mengangkat wajahnya dan memandang ke hadapan.Matanya terbeliak.
Dia ingatkan Irene hanya main-main , rupa-rupanya sememangnya Chanyeol yang berdiri di hadapan itu!
Chanyeol yang sudah perasan akan reaksi Seulrin itu tersenyum manis kearahnya.
"Weh dia senyum dekat akulah!" kata salah seorang daripada beberapa orang perempuan yang duduk di hadapanya . Bukan main teruja lagi ya. Perasan sungguh!
Seulrin menjeling gadis-gadis itu.Cemburu. Dia sudah muak dengan gadis-gadis ini.
"Saya Kim Jongdae. Sepanjang minggu ini saya yang akan aturkan aktiviti untuk korang semua." Lelaki yang berada di sebelah Chanyeol itu bersuara. Mukanya manis apabila tersenyum!
"Saya yang akan membantu Jongdae nanti , Park Chanyeol ." kata Chanyeol ringkas. Riuh sungguh keadaan di dalam ini , seperti pertemuan peminat.
"Haih , memang diorang terkenal sampai dekat sini ke." Seulrin berkata malas. Sudah lali dengan Chanyeol serta kawan-kawannya yang sering menjadi tumpuan orang kerana wajah mereka.
Irene tergelak kecil. Bahu rakannya itu ditepuk.
"Janganlah cemburu , Seulrin." kata Irene.Seulrin mengangguk perlahan kemudian menyambung kerjanya yang tergendala seketika tadi.
Semua perkara yang dikatakan oleh lelaki yang bernama Jongdae tadi seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri . Langsung tidak berminat dengan taklimat itu. Moodnya sudah melayang sejak awal tadi.
Setelah 10 minit taklimat yang diberikan oleh lelaki itu , mereka semua dibenarkan untuk bersurai.Tetapi Seulrin dan Irene masih tidak berganjak daripada tempat mereka.Tidak mahu menyempit dengan orang ramai.
Tiba-tiba kerjanya terganggu akibat suara bisikan di sekelilingnya serta Irene yang bangun secara tiba-tiba dari tempatnya.
Seulrin mengangkat wajahnya.
Alamak , Chanyeol benar-benar berada di hadapannya sekarang...
Ah... patutlah orang lain asyik memandang kearahnya.
"Lapar tak?" tanya Chanyeol sambil tersenyum manis.Seulrin menggeleng perlahan. Dia memang tidak lapar sekarang. Chanyeol mengambil tempat dihadapan Seulrin dan badannya dipusingkan bagi menghadap wajah gadis itu.
"Jomlah , teman aku makan . Kau pun kena makan . Kena gastrik nanti macam mana?" Chanyeol memandang gadis itu dengan pandangan yang redup.
Haih , tahulah dia lelaki itu sedang cuba memujuknya. Seulrin mengangguk dan membuatkan lelaki itu tersenyum kemenangan
Seulrin tersengih dan mengusap rambut Chanyeol lalu dia bangun daripada tempat duduknya. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Irene yang sudah menghilang.
Eh , kenapa yang lain tidak keluar lagi ? Mereka memandang kearahnya dan Chanyeol.Seulrin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kekok dengan keadaan sekarang.Seperti menjadi tumpuan orang ramai.
Seulrin menangkap kelibat Irene yang sudah bersama dengan Yanan di hadapan pintu kuliah . Mereka berdua menunggu kehadirannya.
"Jom." ajak Seulrin.Buku yang menjadi mangsa contengannya tadi disimpan.
"Jongdae , aku keluar makan dulu." Chanyeol menjerit kearah Jongdae yang masih berada di hadapan.Sibuk menguruskan beberapa perkara.
Chanyeol menarik lembut tangan Seulrin keluar daripada kerumunan orang ramai itu .
Sempat dia mendengar bisikan-bisikan pelajar di situ.
"Siapa perempuan itu?"
"Bukan Chanyeol sunbae ada hubungan dengan Eunha ke?"
Eunha ? Dia tidak silap dengarkan...
"Baekhyun dengan Seungjun dah tunggu dekat kafeteria." kata Irene. Seulrin tersedar semula. Bisikan daripada pelajar-pelajar tadi terus terhapus daripada mindanya.
Mereka berempat mula berjalan menuju kearah kafeteria. Chanyeol dan Seulrin berjalan di hadapan manakala Yanan dan Irene hanya mengekori langkah Chanyeol kerana mereka masih baru di dalam tempat ini.
Seulrin menoleh kearah pergelangan tangannya sekarang yang digenggam erat oleh Chanyeol. Cincin pada jari miliknya dan Chanyeol membuatnya tersenyum lebar secara tiba-tiba.
Dia tidak percaya lelaki ini merupakan tunangnya walaupun pertemuan pertama mereka tidak terlalu baik.
"Kenapa?" tanya Chanyeol setelah sedar akan senyuman dibibir Seulrin itu.Seulrin menggeleng perlahan. Tangannya yang masih digenggam oleh Chanyeol itu dimasukkan ke dalam poket jaket kulitnya yang berwarna hitam.
"Sejuk." dia menjawab perlahan.
Chanyeol tersenyum kecil melihat tindakan Seulrin. Kepala gadis itu ditepuk perlahan seperti anak kecil.
Irene yang setia menonton daripada belakang hanya tersenyum manakala Yanan memandang mereka dengan meluat.
Mereka melangkah masuk ke dalam kafeteria. Matanya meliar keseluruh penjuru kafeteria untuk mencari kelibat Seungjun dan Baekhyun.
Mata Chanyeol terhenti pada tempat duduk yang berada di hujun kafeteria. Baekhyun sedang melambai tangan padanya.
Mereka berempat mengambil tempat duduk disitu setelah membeli makanan. Tetapi mata Seulrin masih meliur disuluruh kafeteria untuk mencari figura seseorang.
"Inseong keluar makan dengan Sooyoung." kata Seungjun, seakan tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu. Seulrin mengangguk perlahan.
"Susah betul nak nampak batang hidung dia sekarang." Seulrin merungut perlahan. Wajahnya ditundukkan. Sudu yang dipegangnya mula bermain-main dengan nasi di dalam pinggannya.
Tindakannya terhenti apabila sesudu bibimbap muncul di hadapan wajahnya. Wajahnya diangkat semula dan mulutnya dibuka untuk menerima suapan itu.
Senyumannya terukir semula dibibirnya sambil memandang kearah Chanyeol yang berada disisinya. Chanyeol membalas senyuman gadis itu.
Seminggu sebelum bermulanya hari orientasi mereka , Inseong telah meluahkan perasaannya pada Sooyoung.
Jadi tidak heranlah Inseong sering pergi ke Hanyang Universiti. Sooyoung dan Jun tidak pergi ke universiti yang sama dengan mereka.Manakala Youngmin sedang belajar di New Zealand.
"Kenapa? Kau ada assignment dengan Inseong ke?" tanya Seungjun. Matanya memandang tepat kearah Seulrin sambil menghabiskan lebihan rotinya.
"Rahsia." jawab Seulrin ringkas. Chanyeol pula yang menoleh kearah Seulrin. Chanyeol memandang Seulrin dengan curiga.
Seperti tahu dia sedang diperhatikan, Seulrin menggeleng perlahan.
"Bukan benda penting pun." Seulrin menepuk peha Chanyeol untuk menyuruhnya kembali makan.
"Seulrin, dia cemburu nanti." kata Baekhyun sambil tergelak kecil. Chanyeol mengangguk laju, setuju dengan kata-kata Baekhyun.
Siapa saja tidak curiga dengan pernyataan Seulrin itu ?
"Nanti saya bagitahu." kata Seulrin perlahan pada Chanyeol.
"Aku nak jumpa Eunha dulu." Baekhyun bangun daripada tempat duduknya dan berlalu pergi.
Seulrin mula terfikir semula tentang bisik-bisikan daripada pelajar-pelajar lain tadi.
Dia tidak mahu berfikir berlebihan tetapi dia tidak berhenti memikirkannya.
Dia mahu bertanya pada Chanyeol. Tetapi dia tidak mahu lelaki itu berkecil hati dengannya nanti kerana tidak mempercayainya.
--
YOU ARE READING
[C] My Secret Fiance | PCY
Romance﹙complete.﹚ ❏ 〰〰 ⨾ 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐲𝐞𝐨𝐥 . 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐬𝐞𝐮𝐥𝐫𝐢𝐧 ! ❝ you need to know something, you're my secret fiance. ❞ 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 120818 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 120121