✧*̥˚ 2

230 43 3
                                    

••

Aku sekadar memandang sekeliling dengan pandangan kosong. Tangan aku ligat mencabut-cabut rumput dan mengumpulkannya menjadi seperti bukit .

Dagu aku tongkatkan memandang ke bawah.Mana pergi Sooyoung dengan Irene ni! Elok elok aku tengah bercakap ,pandang je belakang kelibat mereka berdua hilang. Huh bagus sangat cakap sorang-sorang macam tunggul tadi.

Baru aku sedar masa itu , acara lumba lari senior lelaki .Haih patutlah nak tengok semua sunbae yang ade dekat situ lahtu.

Aku? Memang tak berminat .Hal sekeliling tak ambik tahu .Bila dah nak dekat cuti Seungjun jugak yang tolong bagitahu. Adik aku pun lagi kenal sunbae dan hoobae dekat sekolah ni.

Semasa aku sibuk mencabut-cabut rumput padang ,satu botol air diletakkan di depan mata aku.Siape yang bagi ni?! Dia silap letak ke?

Aku pandang ke depan untuk memastikan siapa gerangan yang memberi aku botol air ini.

Eh--tinggi betul dia ni.Aku baru sahaja hendak bangun dan memulakan langkah untuk mengejar lelaki itu.Cepat betul dia hilang! Wah tak sempat aku nak kejar.

Botol air di depan mata aku tatap lama sebelum aku ambil dan minum.Biarlah lagipun dia bagi aku .Aku pun tengah dahaga ni.Aku perhati botol ni lawa jugak sebenarnya .

Eh ade surat pada botol ni.jadi sekarang aku tengah fikir sedalam dalamnya betulke air ni dia bagi dekat aku? Tak pernah-pernah pulak orang bagi surat dekat aku ni.

Haih baca jelah

Hai , seulrin

Minum air ni jangan sampai tersedak .botol ni hadiah tau jaga baik baik ;)

your's

Okeh sekarang memang aku terkejut .YANG NI MEMANG UNTUK AKU ! AKU CEMAS SEKARANG.

Park Seulrin rilek dulu boleh tak waduhh.okeh letak botol air ni baik baik dulu atas rumput sebelum aku TERcampak kat orang lain.aku buka penutup botol air yang berwarna purple pastel.wah macam mane dia tahu yang ni warna fav aku! seya happy XD

aku mula meminum air itu.jus apple! wehh fav aku jugak ni! macam mane dia ni boleh tahu! huhue seya terlebih happy ni.

" ha kau dah kenapa " tegur irene daripada belakang.soalannya aku biarkan dijawab dengan angin.

" sejak bilak kau ada botol air ni "Sooyoung merampas botol air itu daripada tangan aku.pft-- nasib air dalam tu tak tumpah

" lain kali jangan rampas macam tu "kepala Sooyoung aku ketuk.main sedap dia je rampas.Ikut perangai sape lah agaknye.Nasib baik surat itu sudah selamat aku letakkan di dalam poket

" siapa yang bagi?" tanya Irene lagi sekali.Persoalannya membuatkan aku teragak agak hendak menjawab.

" ha korang,Seungjun ada nak jumpa aku.Jumpa korang nanti.bye!" aku mengambil beg diatas rumput dan terus melarikan diri daripada mereka berdua sebelun sempat sooyoung menahan tangan aku.

Sejujurnya aku sakit kepala sekarang, sejak pagi tadi dah, tapi degil juga nak pergi padang

" Woi seulrin!" suara Sooyoung dan Irene memanggil aku terus aku abaikan.Kaki aku laju melangkah ke destinasi yang aku sendiri tak tahu nak pergi mana.aku hanya mengikut kaki aku

dan sedar-sedar je aku dah ada dekat depan kelas aku sekarang.haih patutnya tak boleh duduk dalam kelas sekarang.apa aku nak buat ni? aku terasa pening dan berdenyut.terasa nak pitam pun ada

aku memandang sekeliling.Kosong.Nampaknya semua pelajar ada di dewan.Biarlah aku duduk dalam kelas kejap.

aku melabuhkan punggung diatas meja.botol air tadi aku buka nak meneguknya.mungkin boleh hilang rasa pening ni.

kepala aku diletakkan diatas meja beralaskan tangan aku.mata aku perlahan lahan terasa berat.Akhirnya aku menutup mata.

Tetapi sebelum itu aku terdengar bunyi derapan kaki yang menuju kearah aku dalam keadaan yang tergesa-gesa

" Seulrin!"

aku pengsan.

『✿✿』

[C] My Secret Fiance | PCYWhere stories live. Discover now