Aku sekolah berasrama penuh di area Pahang. So, untuk balik bertemu keluarga yang duduk di Johor sana memang jaranglah. Sebab jauh kan? Lagipun aku anak tunggal, ibu selalu outstation dan baba kerja di oversea.
Aku masih dalam tingkatan 5 and yes aku masih virgin waktu ini. Aku yakin dengan kenyataan aku.
Aku ada bff nama Zaidah. Punya rapat sampai family dia buat aku jadi anak angkat. Duduk dengan keluarga Zaidah, aku rasa seakan diraikan.
"Cemana Chyra? Cuti midsem 10 hari ni kau nak ikut aku balik tak? Dah lama kau tak balik Ganu. Semua dah tanya kau. Kalau kau nak, aku nak belikan tiket bas?" Zaidah seakan - akan berharap sangat supaya aku ikut dia balik kampung. Sebab haritu dia ada cakap juga yang cuti sekolah ni ada kenduri Maksu dia kawin so semua berkumpul satu family.
"10 hari macam lama je Ida." Aku cuba nak menolak memandangkan aku pun ada family sendiri juga. Walaupun yang menanti di kampung tu hanya nenek dan mak uda saja.
"Hmm takpelah camtu." Zaidah bersuara seakan - akan kecewa. Aku rasa serba salah pula. Dia ni memang kawan baik aku dari tingkatan 1 lagi and jarang dia hampakan permintaan aku. Tak sampai hati pula aku nak kecewakan dia yang memang selalu dengan aku susah senang ni.
"Tapi mesti semua rindu aku kan? Haaa takpelah kau book jelah tiket untuk aku sekali. Aku balik kampung kau cuti ni." aku harap keputusan aku kali ni betul so tak ada sesiapa yang akan berasa hati dengan keputusan aku.
"Yes! Haa tulah Chyra, kawan sejati aku! Okay thanks beb sudi tolong aku buat doorgift untuk Maksu aku. Ahahahha!"
"Wait. Kena buat kerja jugak ke? Damnnn. Hampeh Ida. Nak pergunakan tenaga aku jeke ape?" Aku cuba cubit pinggang Ida tapi dia lagi pantas berlari sambil ketawa happy. Last - last aku pun tergelak sekali.
Aku capai handphone yang dibawa curi - curi ke asrama, then aku call ibu.
"Hello. Assalamualaikum ibu. Chyra nak bagitau yang Chyra tak dapat baliklah cuti kali ni. Bukan! Bukan sebab duit takde. Tapi sebab ada bengkel SPM. Kan SPM dah nak dekat ni. Ok Ibu, kirim salam semua ea." Aku tarik nafas lega. Selesai satu. Now what?
Aku SMS Fazren, kekasih aku. Aku bagitau dia yang aku nak balik rumah Zaidah. Mula - mula dia tak benarkan tapi setelah aku pujuk then dia okay. So malam ni aku memang hajat nak terbang dating dengan Fazren sekejap dekat bandar. Sebab Fazren duduk sekolah lain, aku duduk sekolah lain tapi still berjiranlah.
"Chyra, dekat rumah dia ada ramai siblings lelaki kan? Hmm Yen tak suka sebenarnya. Nanti apa - apapun boleh terjadi." Fazren membelai - belai pipi aku yang dah kedinginan disapa angin malam. Tangan aku ramas jemari dia untuk buat rasa insecure dia hilang. Yes aku tau sebenarnya dia risaukan Abang Zaidi, abang sulung Zaidah yang memang selalu diorang padankan kalau aku balik ke rumah diorang. tapi sapa peduli? Ingat aku jenis berselera kat semua jantan ke apa?
"Let me guess. Yen sebenarnya tak suka kalau ada abang Zaidah yang nama Zaidi tu kan? Alah sayang, Zaidah cakap abang dia tu tak baliklah. Tak payah risau." Aku cium tangan Fazren. Nampaknya dia still tak puas hati.
"Habis adik - adik dia takde lelaki ke sayang?"
"Adik bongsu dia darjah dua, adik bawah dia tingkatan 1. Agak - agak?"
"Hmm manalah tau. Kalau....."
Aku gigit dagu Fazren sebelum dia sempat habiskan ayat. Mengaduh dia sambil kerut dahi. Aku dah ketawa terbahak - bahak tengok dia yang tak puas hati tak dapat habiska ayat dia.
"Tolong percaya kat saya boleh tak? Kalau saya ni jenis mengada - ngada mesti dah lama riwayat percintaan kita berakhir di ranjang. Faham tak?" Aku genggam kedua tangan Fazren and dia senyum lalu mengangguk.
"Nasib baiklah saya dah kenal awk almost three years. Walaupun still rasa insecure lagi tapi atleast saya dah betul - betul kenal awak."
* * *
Perjalanan yang memenatkan aku balas dengan tidur sepuas hati dekat rumah Zaidah. Lantaklah diorang nak cakap aku pemalas ke ape janji aku dapat tidur yang berkualiti. Cuma bilik Zaidah ni agak panas. Selalunya kalau Abang Zaidi tak ada kitorang semua akan berkampung dekat bilik dia yang terletak di tingkat bawah sebab cuma dua bilik di bawah je ada aircond iaitu bilik parents Zaidah dan bilik Abang Zaidi.
Rumah Zaidah ni jenis double storey, dua bilik bawah dan tiga bilik atas. Zaidah anak perempuan seorang jadi dia dapat duduk tak berkongsi. Satu bilik lagi dijadikan bilik tetamu dan lagi satu bilik untuk adik - adik lelaki Zaidah seramai tiga orang. So dah boleh bayang yang Zaidah ni anak tunggal perempuan and anak nombor dua, kan?
Aku bangun pukul 12 tengahari tapi badan still rasa lemau. Check handphone Nokia Sabun aku, tengok ada 12 missed calls dan 23 SMS masuk. Ni confirm takde orang lain kalau bukan Fazren. Sebab malam semalam sampai rumah aku terus rebahkan badan and terlelap sampai siang.
Aku text Fazren lebih kurang, and lepas mandi terus aku turun bawah nak bersosialize dengan family Zaidah ni. Yelah, tak elok jugak kalau lama sangat tidur nak - nak kau tengah kat rumah orang. Tak bagus kan?
Turun aje bawah, aku dengar suara gelak yang garau and kuat. Nak kata Pakcik Zainal bapak kepada Zaidah, rasanya takdelah sekuat itu.
Oh. Abang Zaidi ada balik rupanya?
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...