🐾 Yes ✅, or No❌?

29.5K 234 26
                                        

"Shahfri, kau nak balik sekali ke, or kau nak stay sini dulu? Esok cuti kan?" Shahril sudah sarung Crocsnya, sementara Afrina setia menanti di sisi. Shahfri pandang Afrina. Dia bimbang jadi sesuatu pada kakak iparnya itu malam ini. Shahril lain macam, hanya dia yang mengerti tingkah abangnya itu.

"Aku balik sekali dengan kaulah bang." Ujar Shahfri. Shahril mengangguk.

"Balik dulu mama, papa." Mereka bertiga bersalaman dengan mama dan papa, sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Di dalam kereta, masing - masing memilih untuk diam. Hingga Shahril terlajak simpang sepatutnya ke rumah Afrina.

"Eh bang, terlepas simpang dah ni." Tegur Shahfri.

"Terlepas apanya?" Shahril kerut dahi. "Aku hantar kau balik, then aku baliklah."

"Kau bukan nak stay rumah aku ke? Hantar Kak Ina dulu." Shahfri sedikit keliru.

"Tak kot. Aku nak balik malam ni. Duduk dengan bini aku." Shahfri telan liur mendengar statement Shahril itu. Afrina pula hanya tunduk diam.

Selesai menghantar Shahfri ke apartmentnya, Shahril ke rumah mereka yang kini hanya didiami Afrina.

Kereta yang dipandu laju menyusup seperti lipas kudung. Afrina ketakutan, dipegangnya lengan Shahril. "Abang, janganlah laju sangat." Afrina sudah mula menangis.

Shahril menepis kasar. " kau diam!" Jari telunjuk dihala ke wajah Afrina yang tiba - tiba teresak. Terdiam terus Afrina.

Belum masuk ke dalam rumah lagi, Shahril sudah heret Afrina. Buka saja kunci rumah, tubuh Afrina terus dicampak ke sofa.

"Benih sapa dalam perut kau tu?"

Pang!
Pang!
Pang!

Afrina tak sempat menjawab, wajahnya bertubi - tubi ditampar Shahril. Disepak kaki Afrina kemudian ditarik tudung Afrina yang labuh meliputi tubuh.

"Arghhhh! Kau tak habis - habislah menyusahkan aku!" Tali pinggangnya ditarik daripada seluar jeans, lalu tubuh Afrina dilibas kuat hingga merintih Afina menahan kesakitan.

"Abang, Ina merayu dengan abang! Tolonglah kasihankan anak dalam perut ni. Tolong. Abang tak ingat? Abang sendiri pernah buat dengan Ina. Walaupun sekejap,  dengan kuasa Tuhan tak mustahil Ina boleh pregnant tau tak?"

" Fuck you! Kita buat ujian DNA! Aku tak kira! Lagi cepat aku boleh halau kau dari hidup aku!" Afrina tersentak ditengking kuat sebegitu. Namun dia tak lagi melawan kata, sebaliknya hanya diam bersulam esakan.

"Kau memang sial, kau tau?" Ditarik rambut Afrina lalu diseret naik ke tingkat atas hingga terkapai - kapai wanita itu berpaut pada tangga.

"Abang! Aku agak dah kau mesti nak buat hal punya. " Shahfri menarik tangan abangnya yang sedang menarik rambut Afrina.

"Kau jangan sibuk hal aku!" Tengking Shahril, sambil menepis tangan Shahfri.

"Kau tak pernah macam ni! Tolong sedar, lelaki tugasnya melindungi kaum yang lemah, bukan seksa macam ni! Aku kenal kau. Kau bukan macam ni. Wake up Shahril, wake up!" Shahfri tuding jari pada Afrina yang sudah berdarah - darah bibirnya, lalu lengan abangnya diraih.

"Kau berambus dari rumah aku! Kau budak, tak tau apa yang aku alami sekarang! Berambus!" Shahril menolak bahu Shahfri kasar.

Rambut Afrina kembali ditarik. Dia mahu kurung Afrina di dalam bilik. Sempat penerajang jantan dihadiahkan di perut Afrina hingga meraung kesakitan isterinya itu.

"Shahril!" Shahfri hayun satu penumbuk padu hinggap di pipi Shahril. Tersandar sekejap Shahril dek kerana berpinar ditumbuk Shahfri. Dia kemudian terduduk dek tak mampu mengimbang diri terkena penangan tangan Shahfri.

"Demi tuhan, kau tak boleh stop ke? Kau nak dia mati ke? Kau dah kenapa?" Shahfri tarik kolar baju Shahril.

"Kau pandang dia, kau pandang! Siapa pun dia, dia perempuan, dia tengah pregnant! And dia isteri kau! Tolong jangan buat gila Shahril! Tolong!"

Shahril menangis. Rambutnya ditarik kuat. Kepala digeleng berkali - kali.

"Apa aku buat sebenarnya ni?" Wajah Afrina yang menangis sayu sambil memegang perutnya buat Shahril rasa seperti mahu belasah diri sendiri. Dipeluk Shahfri sambil menangis teresak.

"Dah bang. Cool down. Benda boleh bincang kot. Janganlah mengamuk tak tentu hala." Shahfri menepuk - nepuk tangannya ke bahu Shahril.

"Ma.. Maafkan abang, Ina." Airmatanya tumpah lagi.

***

Shahril buntu, apa yang berlaku dalam dirinya hingga dia sanggup sakitkan seorang perempuan yang dia puja - puja sebelum ini?

Meleleh airmatanya mengenangkan konflik yang melelahkan ini. Rindunya pada Chyra tak boleh dibendung lagi. Pasti gadis itu juga sedang menangis merinduinya.

Shahfri tidur di sofa, masih menemani si abang yang sudah hilang identiti.

Afrina  datang menjenguk sambil membawa ubat, walaupun tubuhnya lebam dan bengkak dibelasah suami, dia bagai tidak terusik dengan adegan sebentar tadi.

Perlahan - lahan katil dipanjat.

"Meh Ina sapukan ubat ea. Pipi abang luka sikit tu." Tanpa menunggu persetujuan Shahril, Ina menyapu krim antiseptik ke pipi Shahril yang luka ditumbuk Shahfri tadi.

"What are you?" Shahril memandang Afrina. "Kenapa abang tanya macam tu?" Afrina angkat wajah, membalas pandangan Shahril.

"Dah kena belasah, kena hina. Kenapa masih tak jemu - jemu dekat dengan aku? Kau ni makhluk apa?"

"Sebab Ina sayang abang. Abangkan suami Ina, Ina kena hormat abang." Afrina senyum.

"Tapi cara kau ni salah." Shahril mendengus.

"Ina dah fikir tadi, kalau abang tak percaya, kita test DNA je lah. Ina tak kisah. Tak perlu takut kalau tak bersalah." Tutur nya penuh yakin.

"Tak payahlah, aku tarik balik kata - kata aku tadi." Shahril pejam mata.

"Meh, tido dengan aku." Shahril depangkan tangannya. Afrina tersenyum.

Sekejap saja mereka sudah berpelukan.

"Abang." Afrina usap wajah Shahril.

"Hmmm"

"Do you love me?"

Lama Shahril diam.

"Abang?" Afrina angkat kepala memandang Shahril.

Lelaki itu sudah lena.

"Sayang bie, Sahairah." Igaunya.

Afrina mengeluh.

FicklerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang