Aku terpisat - pisat bangun saat Shahfri kejut aku sambil usap pipi. Kejap, ke Kiko? Tapi Kiko duduk rumah Kak Ella. Bila aku buka mata, rupanya Kak Ina yang pakai telekung.
"Bangun Subuh, Isteri Solehah." Sempat bedebah ni perli aku ye. Elok perli, dia pergi macam tu je membiarkan aku terpisat - pisat.
Bilik tetamu ini bertentangan dengan bilik Shahril yang Kak Ina duduk sekarang. Sebelahnya pulak bilik Shahfri.
Aku tengok jam, dah pukul enam pagi. Aku menung kejap. Apa niat wuduk ye? Apa niat solat subuh? Serius, lepas habis sekolah aku macam tak pernah sentuh Al-Quran, tak pernah sentuh sejadah. Puas kepala aku nak proses semula.
Aku kunci pintu bilik, taknak perempuan Psiko tu kacau aku lagi. Lepas bersihkan diri dan berwuduk, tercari - carilah pula aku sejadah dan telekung. Mujur ada.
Lalu depan meja solek, ternampak pula rambut aku yang keperangan. Sah ke solat aku ni? Ah takpalah, janji aku ikhlas. Nanti aku adjust balik rambut ni.
SELESAI subuh, aku menapak ke bilik Shahfri. Rupanya Shahfri dah tak ada. Baru ingat nak tidur balik sambil minta Shahfri tepuk.
Jadi, aku turun ke bawah untuk membantu Kak Ina sediakan makanan. Hello, aku pandai berbudi bahasalah kalau ke rumah orang. Ibu memang tak pernah ajar tapi cikga ada ajar. Harapnya, selain Kak Ina adalah mama dan papa. Tak adalah keadaan jadi awkward sangat.
Nasib baik, Kak Ina tengah sediakan nasi lemak sambil ditemani mama yang berborak tanpa membantu. Orang sakit, dia turun padang menengok - nengok tu dah cukup baik.
"Chyra, awal bangun. Meh duduk sini, dengan mama." Ceria saja mama bila nampak aku, tapi aku perasan Kak Ina yang tengah goreng ikan bilis nampak meluat.
"Shahfri mana mama?" Aku jenguk sekeliling, tak ada juga Shahfri.
"Hai, bakal suami punya rutin takkan tak tau?" Kak Ina bersuara tanpa pandang aku. Aku ketap bibir. Ikutkan hati aku nak je aku curah sambal panas depan aku ni kat atas dia. Hari pertama jumpa dah tunjuk perangai tak senang dengan aku. Ni kalau aku mengadu pada Shahfri sah - sah dia tak percaya ni.
"Bakal baru kak, saya belum tidur sebantal lagi dengan dia. Jadi saya tak tahu lagi apa rutin harian dia." Mama ketawa mendengar jawapanbalas aku.
"Dia pergi jogging. Kejap lagi baliklah ni." Mama kerling jam di dinding. "Pukul berapa nak ambik Shahril, Ina?"
"Pukul sembilan sekejap lagi. Tapi kami balik teruslah ke rumah. Tak ke sini dah."
"Eh, kenapa pulak? Singgahlah sini dulu. Mama dah bagitahu Shahril suruh ke sini dulu. Kenal - kenal dengan bakal isteri Shahfri." Berubah terus muka Kak Ina bila mama cakap suruh Shahril ke sini untuk diperkenalkan dengan aku. Aku sengih.
"Takpelah mama, dah kenal dah. Tengok gambar Shahfri tunjuk." Aku tolong Kak Ina hapuskan rasa insecure dia pada aku, sikit jelah.
"Nanti lepas ambik Shahril, ke sini dulu. Makan tengahari dekat rumah ni." Kak Ina akhirnya akur dengan arahan mama.
"Yelah ma."
Shahfri masuk melalui dapur dengan tubuh berpeluh sakan. Sambil - sambil tu dia mengacau Kak Ina yang sedang kopek kulit telur rebus.
"Habislah saya kalau Kak Ina dah tunjuk skill memasak. Berpinggan - pingganlah nanti saya bertambah." Kak Ina hanya ketawa.
"Nanti ajar bakal isteri kamu tu memasak makanan kita. Takkan tiap - tiap hari nak makan spagetti?" Dalam nada gurau, Kak Ina tanpa sedar sedang roasting aku. Shahfri ketawa sakan, tapi aku rasa sakit hati. "Saya lagi suka western hari - hari kak. Simple." Fuhh. Mujur Shahfri pandai backup aku.
"Dah siap ke makanannya?" Papa pula menjenguk. Semua mengangguk.
"Shah nak mandi dulu." Shahfri naik ke tingkat atas.
"Saya belum call ibu saya. Kejap ye." Aku pun naik tangga membontoti Shahfri.
"Eii, bie peluhlah sayang." Shahfri cuba mengelak saat aku peluk dia dan masukkan kepala aku dalam tshirt dia yang berpeluh tu. Entah kenapa, aku rasa perbuatan tu best. Padahal masa dengan Yusry dulu kalau nak dekat dengan aku mesti aku paksa dia mandi.
Abs dia aku kiss sana sini sampai Shahfri tergelak sebab geli. "Stoplah sayang!!"
Aku keluarkan kepala. " Bie, betul ke Shahril balik kejap lagi?" Shahfri kerut dahi, jelas dia pun tak tahu apa - apa. "Entah. Sayang tau mana?"
"Mama bagitahu tadi."
"Sayang tak selesa? Nak balik?" Shahfri usap kepala aku yang sedang duduk mendongak padanya. "Sayang okay je. Lagipun mama ajak lunch sini semua. Cuma, , , ""Takut Kak Ina tak selesa ke?" Duga Shahfri. Aku angguk kepala. Terlalu awal untuk aku ceritakan apa yang Kak Ina lakukan pada aku semalam.
"Takde apalah. Dia tak tau apa - apa."
"Hah cepat mandi. Kita turun makan sama kejap lagi."
***
Aku orang pertama meluru ke pintu bila dengar bunyi kereta Kak Ina masuk ke perkarangan rumah. Aku rindu nak tengok Shahril.
Waktu Shahril keluar dari kereta, mata kami bertentangan. Namun nampaknya sudah tiada memori lagi antara kami berdua kerana wajahnya merenung kosong.
"Ni ke bakal bini kau, dik?" Shahril terus soal Shahfri saat dia melangkah masuk ke rumah. "Hai. Sahairah. Pelajar cikgu paling bijak." Aku tergamam. Bukan itu reaksi yang aku harapkan.
"Lah, student kamu dulu ke Shahril? " mama seperti tak percaya. "Keciknya dunia ni." Aku senyum nipis.
Kenapa Shahril tiada emosi saat bertembung dengan aku? Tak ada rasa bersalah lansung ke tinggalkan aku? Aku mengeluh.
Shahril kemudian menghilang bersama isterinya, entah kemana.
"Susut teruk badan abang tu, kan mama?" Shahfri hantar dengan mata hingga Shahril hilang dari pandangan.
"Penat sangat tu agaknya. Chyra, ambilkan mama air sejuk dalam peti ais kejap." Aku segera ke dapur. Namun aku matikan niat lalu memasang telinga di tepi dinding saat terdengar suara Shahril dan Kak Ina.
"Saya dah tak larat Ina, sampai macam ni sekali awak buat saya? Sedarlah Ina, saya tak pernah sayangkan awak."
Buat apa ya? Aku terus memasang telinga.
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...