Tok Mat Rocker

21.5K 338 77
                                    

Senja itu, cengkerik hilang raungnya, burung hutan bersahut sayu. Lolongan anjing liar meremangkan sesiapa saja yang mendengar.

Perempuan berkelubung hitam itu terburu - buru melangkah hingga akar - akar pokok hutan yang berselirat hampir - hampir saja membuatkan dirinya tersembam jatuh.

Afrina pandang sekeliling, memastikan dia tidak diekori sesiapa. Setelah berpuas hati dengan keadaan sekeliling, barulah Afrina melangkah menaiki tangga pondok usang di tengah hutan itu.

Tokk tokk tokk!

"Hah, masuklah." Sapa satu suara garau dari dalam. Afrina melangkah masuk tanpa rasa curiga kerana sudah berpuluh kali dia ke rumah orang tua itu bagi memperkasakan ilmunya.

Tok Mat sedang membetulkan tune gitarnya sambil menyanyi lagu She's Gone, Steelheart tapi dengan nada flat. Paip di bibir tak henti - henti berasap dihembus.

"Aku dah cakap, jangan sampai kalung tu terkena api. Kenapa kau cuai sangat? Bayarannya untuk kali ni bukan sikit. Kau tau kan?" Tok Mat letak gitar ke tepi. Lalu fokus pada Afrina yang sedang menggaru - garu tubuh gatalnya yang menggerutu.

"Saya tak kisah tok. Asalkan saya boleh cantik macam dulu semula." Afrina sangat mengharapkan kuasa Tok Mat mampu memulihkan kecantikannya. Tok Mat senyum sinis.

"Hai, Ina.. Ina. Baru lagi kau jumpa aku dengan muka yang paling cantik sekali. Sekarang dah buruk macam ni? Tsk.. Tsk."

"Cepatlah tok, saya tak tahan gatal ni. Settlekan je cepat. Saya bayarlah berapa yang tok mintak." Afrina mendengus geram, sambil tangannya masih ligat menggaru kudis di tubuh.

"Hah yelah. Tak menyabar. Kau pergi salin baju kau dengan kain hitam ni, macam biasa." Arah Tok Mat. Afrina menurut tanpa banyak kerenah. Sekejap saja dia sudah berkemban dan terus dia berbaring di depan Tok Mat.

Tubuhnya diperasap dengan asap kemenyan. Tok Mat menjampi serapah dalam bahasa yang sukar difahami. Seketika kemudian, kudis - kudis berair di tubuh dan wajah Afrina mula mengering. Afrina senyum.

"Siung babi baru siap dalam masa seminggu lagi. Aku nak puja dengan darah lagi, nak alirkan di hulu sungai lagi. Banyaklah prosedurnya. Kau tunggu jelah. Buat sementara ni memang kuasa kau lemah lagi. Tunggu sampai siung baru tu siap. Kalau boleh, jauhkan diri dari berjumpa sesiapa." Pesan Tok Mat.

"Itu aje tok? Senang je. Jadi sekarang berapa pengerasnya ni?" Afrina ambil tas tangannya lalu mengeluarkan sejumlah wang.

"Kejap. Yoyol! Berapa semua sekali ni?" Tok Mat menjerit ke arah satu bilik gelap.

"Harga siung baru RM7500, denda kecuaian RM1300, consultation charge RM200. Semua sekali RM9000!" Jerit suara halus dari bilik gelap itu.

Afrina keluarkan sejumlah wang. "Buat duit betul kau Tok Mat." Tok Mat ketawa berdekah - dekah sambil menerima wang yang dihulur.

"Oh, one more thing." Tok Mat senyum nakal. Afrina mencebik. "Macam biasa. Tapi sebab kau cuai, jadi malam ni tiga round aku nak."

Tanpa banyak soal, Afrina berbaring semula. Dipejam mata serapat mungkin, tidak mahu melihat apa yang Tok Mat lakukan padanya. Jujurnya dia jijik dengan orang tua itu.

"Bukaklah mata, kenapa, aku ni hodoh sangat ke?" Marah Tok Mat. Kaki Afrina dibuka luas.

Perlahan - lahan, lelaki tua itu mendayung. Makin lama makin kuat. Dalam tak suka, mengerang jugalah Afrina ditutuh Tok Mat.

***
"Tok, cantik koleksi baju - baju Rolling Stone yang budak tu beri." Tutur Emong, hantu raya Tok Mat sambil cuba sarung ke tubuhnya, tapi tak muat. Yoyol, sejenis hantu toyol merangkap pegawai kewangan Tok Mat tak henti - henti mengusap vinyl record Lynyrd Skynyrd yang dihadiahkan kepadanya.

"Hah Emong! Kau jangan sentuh gitar aku tu! Ibanez  PF 300 Flame Maple Sunburst tahun 1978 ni woi! Idaman aku sejak muda." Tok Mat jentik tangan Emong yang baru mahu mengusik gitar vintage itu.

"Yelah tok. Maaf. Tok, bawak habis la lagu She's gone tu. Mereciklah suara tok!" Emong bodek Tok Mat.

"Aku taknaklah lagu tu. Korang dengar aku nyanyi lagu Nazareth, Love Hurts. Ehem." Tok Mat membetul - betulkan suaranya.

"Kejap tok. Siung Afrina ni dah jampi belum? Malam nanti saya nak bawa ke sungai." Tanya Minah, langsuir belaan Tok Mat.

"Biar je Minah. Aku tak cakap pun aku nak tolong dia." Tok Mat terus petik gitar.

Krekkk krekkkkk bunyinya. Tak mantap.

"Emong! Cucuk kejap dekat plugnya!"

***
Aku memerhati perempuan sundal itu berjalan tergesa - gesa keluar dari rumah Rok Mat Rocker.

It's time!

Aku yang lengkap pakai sweater hoodie warna hitam dengan boot doc mart, menghampiri Afrina dan .

"Boo!" Aku sergah dia. Terkejut bukan kepalang perempuan tu bila nampak aku.

"Kau.. Apa kau buat sini?" Nak melawan, tubuhnya masih lemah. Aku mesti ambil peluang ni untuk tumpaskan dia.

"Kau tunggu nasib kau." Aku tarik Afrina hingga dia terseret. Namun kekuatannya maaih ada, dia memaut pada akar pokok.

"Kau ni. Kalau ikut je cakap aku takde masalah kot? Fuck la!" Aku bagi satu penerajang padu ke mukanya. Terus pengsan perempuan keji itu.

"Jom Chyra. Bawak pergi dari sini. Tok Mat cakap jangan buat kerja dalam kawasan dia." Farhad usap tengkuk.

"Huh, I dah bagi koleksi barang vintage kat dia pun dah cukup bagus."

"Habis nak settle sini ke?" Tanya Farhad.

"Yelah! You ni penakutlah!"

"Err you tak rasa something ke? Tok Mat tu, boleh percaya ke?"

"Farhad, seorang penjiwa muzik, takkan sanggup mengkhianati buddies dia babe. I ni kira buddy dialah."

"Even lepas you tau arahan dia punca Afrina ambil anak you?"

"Yang nak cantik, yang tamak tu sapa? Afrina kan? So literally, Tok Mat cuma menjalankan kerjanya saja. Plus, I tengok muka dia macam Ali XPDC." Aku tersengih.

"Okay dah - dah. Jom cepat." Farhad angkat Afrina yang dah tak sedarkan diri.

"Kau tunggu nasib kau lepas ni, perempuan!" Aku ikat mulut Afrina dengan kain.

FicklerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang