Tak ada sesiapa cakap kalau jumpa bakal mertua tu kena jadi hipokrit. Be yourself. Lagipun kau nak hidup lama dengan anak dia.
Tapi aku pilih nak pakai skinny jeans hitam, blouse longsleeve warna royal blue dan selendang hitam yang Shahfri hadiahkan aku waktu majlis perpisahan kelmarin.
Shahfri cakap, sebelum balik ke KL aku wajib jumpa mama dan papa. Shahfri dah inform mama papa yang aku ni bakal isteri dia. Bukan main seronoklah mama dan papa dia. Anak bongsu dah berpunya.
Jadi, kami naik Toyota PriusC Shahfri ke rumahnya. Aku decide nak balik lambat sikit untuk settle semua barang di PPHP. Sempatlah aku singgah ke pasaraya beli buah sebagai buah tangan.
Okay. Aku mula rasa nervous.
"Bie. How do I look? Okay ke tak?" Tak habis - habis soalan ni aku tanya pada Shahfri dan Shahfri tetap menjawab soalanku dengan tenang : " you look great sayang. You're beautiful." Tapi aku tetap tak puas hati. Sesekali aku tanggal balik selendang dan pakai semula."Bie, okay ke tak style macam ni?"
"Nampak rambuttttttt. Tadi dah okay pergi setting semula dah kenapa." Okay, Shahfri nampak sedikit terganggu pemanduannya. Sampai kerut - kerut dahi nak marah dekat aku.
"Sayang, mama cakap abang ke China urusan kerja. Kak Ina ada kat rumah. Bie bagitahu awal - awal ni. Takut sayang marah pulak kat Kak Ina." Shahfri macam serba salah nak bagitahu tapi aku tak ada perasaan apa - apa.
"Hah, takde kerja sayang nak marah wife dia. Wife dia tak bersalah pun, kenal sayang pun tak agaknya." Aku ketawa. Risau sangat Shahfri.
Mama Shahril dan Shahfri lahirkan anaknya untuk aku buat pilihan yang mana satu lebih tepat untuk jaga aku. Jadi aku pilih Shahfri dan takkan menyesal dengan pilihan aku, dan aku tak berdendam dengan Shahril. Lagipun, ada masa free nanti aku nak tanya macam - macam pada Shahril cuma ianya lebih kepada sesi pengajaran buat diri masing - masing.
"Dah sampai sayang." Shahfri ramas jemari aku. Makin banyak pula rerama berterbangan dalam perut ni. Ini kali pertama aku bertemu keluarga kekasih aku, sebab selama ni yang jadi kekasih tak pernah bertahan lama.
Sepasang suami isteri pertengahan abad sudah menunggu di muka pintu. "Tu mama and papa dah tunggu kita tu." Shahfri senyum.
Mama nampak cengkung berbanding dalam gambar yang Shahfri tunjukkan, dan sedikit lemah. Aku difahamkan, mama Shahfri ini ada penyakit kronik namun tak pula aku bertanya lebih lanjut apa penyakitnya itu.
"Assalamualaikum." Aku bersalaman. Mama pegang kedua pipi aku sambil senyum.
"Inilah si comel lotey yang berjaya menang hati anak bongsu mama ni ye?" Lalu dikucupnya pipi aku. Aku agak terkejut, semesra ini layanan untuk aku rupanya.Shahfri masuk ke dalam rumah mengangkat beg dan segala barang yang ada dalam kereta. Aku masih tak nampak kelibat Kak Ina. Mama dan papa pula berebut - rebut nak tahu perihal aku, sampai pening aku nak menjawab.
"Sairah ye?" Tanya mama.
"Sahairah." Aku jawab.
"Chyra, Chai- ra." Shahfri betulkan sebutan mama. Terhibur kejap aku tengok gelagat mama dan papa. Seronoknya ada keluarga seperti ini."Mak ayah kamu ada lagi, Chyra?" Tanya papa pula.
"Ibu ada di KL, baba di Madinah sana. Kerja."
"Kamu ni tak macam melayu pun? Kacuk ye?" Mama makin seronok berbual dengan aku.
"Ye ma, ibu melayu pakistan, baba orang Philippines."
"Wow. Bijak - bijaklah cucu mama nanti ibunya anak kacukan. Nanti bagi mama cucu ramai - ramai ye. Biar meriah sikit rumah ni. Sunyi je tak ada budak - budak." Mama tiba - tiba bersuara sayu.
"Ish kamu ni. Anak tu rezeki dari Allah. Dapat tak dapat anak tu ketentuanNya. Nanti ada yang terasa, baik diamkan." Papa menegur. Namun aku faham, papa tak mahu kata - kata mama itu didengari Kak Ina.
"Ha, dah sampai tetamunya? Eh jom makan. Siap dah sotonya."Seorang wanita muda yang pada aku, cukup cantik dan penuh kelembutan pada perwatakannya datang ke ruang tamu, mahu menyalami aku. Segera aku bangun dari sofa.
" Ni Ina, akak ipar Shahfri. Ina, Sahairah ni bakal biras kamu." Mama teruja mengenalkan aku pada Kak Ina. Aku hulur tangan dan kami bersalam. Sedetik, aku rasa dengki pada Kak Ina yang cantik dan berkulit putih gebu itu. Memang padanlah Shahril pilih Kak Ina, bukan aku.
"Selamat datang, Sahairah." Senyumannya begitu memukau. Aku makin rendah diri. Rasa diri ini seperti seekor ulat dalam tong sampah. Memang padanlah Shahril pilih Kak Ina.
"Eh jom kita makan. Nanti sejuk pulak kuah soto." Kak Ina tarik tangan aku ke meja makan. Aku menurut. Bau enak soto menyerbu rongga hidung.
"Kak Ina ni bab memasak memang kepakaran dia. Sebut je nak makan apa semua dia boleh buat." Kak Ina tersipu - sipu malu bila mama puji kepakarannya. Lagi sekali aku rasa rendah diri. Kini aku rasa diri aku seperti kutu beras yang hidup tiada kelebihan melainkan menyusahkan semata - mata. Padanlah Shahril pilih Kak Ina.
"Awak pandai masak?" Kak Ina soal aku. Aku tercengang - cengang. Sesuai ke perjumpaan pertama kali terus disoal tentang kebolehan memasak?
"Chyra pandai masak western. Masakan melayu dia tak berapa sangat. Dah lama duduk US sana." Shahfri selamba kelentong family dia. Lega aku, Shahfri memang penyelamat.
"Eh dah, makan cepat." Kak Ina tamatkan perbualan semua dengan menuang kuah soto ke dalam mangkuk semua orang.
Selesai makan, Shahfri dan papa duduk di sofa sambil menonton tv, mama pula terus mandi. Aku rajinkan diri membantu Kak Ina mengemas meja dan membasuh pinggan.
"Dah lama ke kenal Shahril?" Tanya Kak Ina. Tersentak aku dibuatnya. Namun aku tenangkan diri. Mungkin aku silap dengar.
"Dekat enam bulan juga. Saya praktikal dekat tempat kerja Shahfri." Aku jawab jujur.
"Saya tanya, dah lama kenal Shahril ke?" Suara Kak Ina sedikit keras. Darah aku mula berderau. Aku pusing tubuh, menghadap Kak Ina yang sedang memotong buah.
"Akak cakap apa ni?" Aku pura - pura tak kenal Shahril. Minah ni dah kenapa? Tau pulak dia aku ni ex Shahril?
"Awak saja nak masuk dalam keluarga ni, sebab nak porak perandakan kami semua kan? Ingat saya tak tahu ke apa niat awak?" Kata - kata fitnah dari seorang ustazah ini membuatkan aku rasa menyirap.
Aku menganjing Kak Ina, dengan tepuk tangan tiga kali secara slow motion. "Tu dia, mulut memfitnah dari seorang ustazah. Hello, saya dah dapat someone yang lagi bagus dan saya yakin hidup saya akan bahagia dengan dia. Takde kerja saya nak porak perandakan orang."
"Tak kisahlah, tapi kalau aku dapat tahu kau kacau Shahril, siap kau!" Serentak itu, dia tikam pisau potong buah tu ke chopping board, tercacak berdiri pisau tu.
Sambil membebel dengan bahasa pelik, Kak Ina tinggalkan aku sambil bawa sepinggan buah menuju ke ruang tamu.
Aku termenung kejap. Apahal perempuan ni? Gila ke? Tiba - tiba marah aku macam aku ada buat salah. Macam ni Shahril boleh suka? Jenis tabur fitnah merata.
Nak perang ke ustazah?

ANDA SEDANG MEMBACA
Fickler
RomantizmChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...