Aku awal - awal lagi dah block nombor Yusry lepas dia naik gila hari tu. Feena pulak, mungkin dia yang block aku agaknya. Tapi lantak diorang semua tu, aku malas fikir dah.
Sekarang aku nak kena fikir macam mana nak ambil kereta aku di rumah sana yang aku bagi housemate aku sewa. Tiba - tiba aku rasa takut nak ke KL seorang diri.
Aku belek majalah yang memang tersedia di meja ruang tamu. Sekadar memenuhkan masa yang ada aje sementara tunggu maggi aku cukup lembut untuk dimakan.
Eh, aku ternampak satu gambar model seluar dalam yang aku cukup kenal. Aku menekup mulut, macam tak percaya tengok. Shahfri Aizad rupanya model seluar dalam? Hahahaha. Berdekah - dekah aku gelak sebab entah, aku rasa dengan pekerjaan dia di ladang ni macam tak sesuai pulak dia nak jadi model seluar dalam. Aku belek tarikh majalah itu. Oh, tahun 2010, dua tahun lepas. Mungkin sekarang dia bukan lagi model kot.
Yelah, selalunya badan sado, lepas tu jadi model seluar dalam pulak, mesti kunyit, kan?
Uh, teringat pula Kak Ella cakap semalam. Cik Jasmin girlfriend Shahfri. Mungkin dia bukan kunyit.
Dan aku teringat pula yang Shahfri cakap "Aizad tu nama untuk orang luar, kalau family panggil Shahfri." Dia macam bagi hint yang dia suka aku? Hm Chyra, dahlah jangan perasan sangat.
Buat kali ke berapa entah, aku rasa true love doesn't exist.
Aku buka penutup maggi. Baru nak menyuap, telefon aku berbunyi. Ibu call? Aku sepanjang praktikal tak pernah call ibu. Apa naknya kali ni?
"Hello ibu, kenapa?" Aku jawab acuh tak acuh.
"Uih garangnya suara. Saja nak bertanya khabar awak, okay ke kat sana?"
"Okay je. Dah nak habis dah pun."
"Oh tu yang nak kahwin dah tu ye?"
"Kenapa pulak ibu cakap macam tu?
" gurau jelah. Saja rindu anak ibu ni." Aku mencebik. Rajuk aku masih bersisa sebab dia taknak peduli aku. Sedih rasa. Anak ada sorang je, tu pun taknak peduli.
"Ibu cuba cakap betul - betul, kenapa ibu call sebenarnya ni?" Aku rasa ibu ada selindung sesuatu.
"Pagi tadi, ibu dapat call dari someone, dia cakap dia pengurus kat tempat praktikal kamu."
Aku dah berderau. Janganlah dia cakap kat ibu aku kena apa dengan Yusry. Aku malas nak dengar ibu merepek pasal pergaulan dan masa depan.
"Okay, dia cakap apa ibu?"
"Dia minta izin nak berkawan dengan kamu. Minta izin untuk jaga kamu, minta Izin nak bawa kamu keluar. Berani budaknya ya." Ibu ketawa.
"Mana ibu tau dia budak? Pengurus yang mana satu ni? Kat sini semua pengurus tua." Aku sakat ibu, padahal aku dah tau siapa yang dia maksudkan.
"Hah yeke? Alah, siapa namanya. Oh, Aizad? Aizat? Entah. Lebih kuranglah."
"So ibu bagi ke?"
"Apa pulak tak baginya? Kamu dah nak masuk alam pekerjaan kan? Boleh dah start cari calon sebab yang cikgu tu ternyata tak sanggup tunggu kamu habis study kan?"
"Ibu jangan nak roasting Chyra ye. Huh.Dia minta izin untuk berkawan je, bukannya berkahwin."
"Semua perhubungan tu, dimulakan dengan persahabatan, kan?" Pandai pulak ibu berfalsafah. Aku diam, tak tahu mahu respons apa.
"Thank, ibu. Walaupun Aizad tu dah ada kekasih, tapi Chyra pegang kata - kata ibu. Semua perhubungan tu dimulakan dengan persahabatan."
"Hah, okaylah. Ibu ada meeting petang ni. Take care"
Aku menung. itulah ibu. Jarang sangat nak ada masa untuk anak - anak.
Maggi aku dah kembang dan sejuk. Takkan aku nak makan.
Tak bertangguh, aku WhatsApp Shahfri.
Hi kawan. Mari lunch?
Typing...
Jom. Lokasi?
Typing...
Tunggu depan rumah.Wah, pantas. Aku pun pantas juga sebab nak bersoal - jawab dengan Shahfri ni.
Dalam lima minit, aku dengar Shahfri hon depan pagar rumah, segera aku keluar.
Masuk ke dalam kereta, aku terbayang pula muka cover macho Shahfri dalam majalah tadi.
"Awak pernah jadi model?" Soalan itu terus keluar dari mulut aku. Lama juga dia terdiam. "Cerita lama." Ujarnya ringkas.
Kami sama - sama diam. Rasa awkward sebab aku tak pernah pergi makan jauh - jauh dengan dia. Sebab takut cerita fitnah tersebar bagaikan bakteria di kawasan beehumid tinggi.
"Nasi ayam jelah, okay?" Shahfri bagi cadangan. Aku angguk saja.
"Apa perasaan awak lepas dapat bercakap dengan ibu saya berkenaan emergency awak tu ye?" Aku soal dengan nada bersahaja.
Shahfri diam lama, tersenyum kemudian berhamburan tawanya.
"So ibu dah bagitau?"
"Ibu saya, bukan ibu awak." Aku paling muka ke luar tingkap. Seronok juga tengok Shahfri yang berkulit agak cerah tu blushing.
"Yelah, ibu awak. Ibu saya jugak." Shahfri tersengih." Saya rasa lega. Sebab dah mintak izin."
Aku rasa tersentuh sebenarnya. Shahfri tahu aku gadis liar. Aku disentuh sesiapa saja. Tapi Shahfri masih melayan aku sebagai seorang wanita yang perlu dihormati.
"Kenapa perlu minta izin kalau nak berkawan? Awak ada berapa kawan? Semua awak call parents diorang ke untuk mintak izin?"
"Orang yang bakal masuk dalam hidup saya, dah tentu saya kena hargai."
"Saya tak pernah cakap saya suka awak." Aku cuba main tarik tali.
"Tapi malam tu, awak kejar saya macam awak kurang kasih sayang. Saya nak bagi pun tak boleh, sebab saya bukan suami awak. So saya buat keputusan nak halalkan awk supaya saya boleh jaga awak. Keputusan di tangan awak. Kalau awak mahukan hidup lama awak, saya tak boleh halang."
Aku rasa terpukul mendengar Shahfri ungkit semua kejadian projek memujuk untuk threesome dengan dia tempoh hari. Rasa malu terus menjengah jiwa. Aku rasa serba tak kena pula. Malunya!
"Saya sebenarnya nak ambil kereta di KL." Aku ubah topik.
"Kenapa?" Shahfri kerut dahi.
"Kereta sayalah, selama ni kan tumpang Yusry je."
Shahfri terus bagi signal ke kiri, terus ke Highway menuju ke Kuala Lumpur.
"Eh awak nak ke mana ni?" Aku punya terkejut sampai tertepuk peha Shahfri.
"Ke KL, ambik kereta awak." Jawab Shahfri selamba.
"Bukan sekarangggg!" Aku separa menjerit.
"Too late. Lagi dua jam sampai KL." Shahfri ketawa puas.
"Lapar sangat dah ni."
"Nanti singgah RnR ye. Tak jauh dah."
"Shahfri. Sapa Cik Jasmin?" Wajah Shahfri berubah.
"Takde jawapan?" Aku senyum sinis. Tadi cakap berdegar - degar nak halalkan akulah apalah. Sekarang dah kantoi. Ahh aku tak percayalah kata - kata jantan!
"Anak boss. Tapi tak ada kaitan dengan saya."
"Semua orang cakap awak bakal kahwin dengan dia."
"Sapalah fitnah saya ni." Shahfri menggeleng.
Aku macam tak percaya lagi. Aku kena korek rahsia pasal Cik Jasmin ni dulu, baru aku boleh decide apa yang berlaku sebenarnya.
Kenapa Shahfri dikatakan ada kekasih bernama Jasmin? Kenapa muka Shahfri berubah bila aku sebut pasal Cik Jasmin?
![](https://img.wattpad.com/cover/152647456-288-k448457.jpg)
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...