🐾 Leman X Afrina

26.1K 218 25
                                    

Hi bunnies 🐰

I bagi laluan buat Chyra adjust hidup dia lepas ditinggal Shahril.

Meanwhile,

untuk beberapa chapter, memang akan berkisarkan hidup Shahril dan Afrina dululah.

Enjoy!

Cast:

Leman: Wahid Senario 😂

Afrina: Sesiapalah yang korang benci, tapi cantik.

-------------------------------------------------------------

Lepas peristiwa 'mengajar' Afrina, dekat sebulan jugaklah Shahril tak balik rumah. Rela dia menumpang apartment sewa Shahfri daripada duduk serumah dengan Afrina.

Dia nak tengok, sejauh mana betina tu boleh tahan hidup dengan dia.

Yang mama pulak merengek nak cucu,  nak cucu. Apa dia ingat cucu tu boleh bake dalam oven macam kek? Tunggu sejam then angkat. Lagipun, jangan haraplah dia nak buat si barai Afrina jadi oven anak dia.

Gambar Chyra yang sempat diambil sewaktu lepas tamat kertas peperiksaan terakhir SPM, ditatap penuh kasih. Entah apalah yang terjadi dalam hidup kesayangannya itu. Shahril geleng kepala.

Wajah manis tersenyum itu diusap dengan jarinya. Hatinya sebak tiba - tiba.

Kenapa dia tak memberontak saat difitnah sebegini? Dia boleh saja lari daripada masalah. Lari jauh tinggalkan Malaysia. Tapi dia bukan budak 21 tahun yang kuat memberontak seperti dulu lagi. Kalau dia tak terima Afrina,  mesti mama sedih, mesti hubungan papa dengan Cik Bakar ayah Afrina jadi renggang. Mesti dia sendiri akan dipulaukan.

Oh ya, Shahril bukan lagi seorang guru sekarang. Dia bekerja di syarikat milik bapa mertuanya, atas permintaan Cik Bakar sendiri. Dia menurut saja - permainan politik kerja papanya. Kalau boleh dia tak mahu kerja langsung, biar sesak Afrina tanggung keluarga. Padan muka, tapi dengan Cik Bakar dia agak segan. Lelaki itu dihormati ramai. Dia juga menghormati Cik Bakar.

Telefon bimbitnya berlagu nyaring. Nama "Syaitan" terpamer di skrin.

"Hah, apehal?" Shahril mendengus.

"Abang, tolong boleh? Tayar kereta Ina ni pancitlah. Kat sekolah. Tolong please? Tak larat dah panas ni." Suara Afrina merayu meminta simpati.

"Takde jantan lansung ke kat sekolah tu? Pak guard ke apa, takde?" Shahril membentak.

"Salah ke, saya nak minta bantuan suami saya." Afrina sudah menangis. Shahril tepuk dahi.

"Hah yelah! Kau tunggu situ. Aku datang."

Shahril keluar, terserempak dengan Cik Bakar atau satu pejabat panggil dia Dato Bakar.

"Hah Shahril. Nak ke mana?" Cik Bakar angkat kening.

"Abi, saya ke sekolah Ina kejap. Kereta dia rosak." Shahril tunduk.

"Pergilah. Jaga Ina elok - elok." Cik Bakar senyum nipis.

Shahril ketap bibir, masuk ke dalam lif dan segera turun ke parking lot.

FicklerWhere stories live. Discover now