Aku tak percaya, Fazren lansung tak ada usaha nak cari aku selepas aku jauhkan diri dari dia. Makin kuat tanggapan aku, lelaki memang akan bosan kalau tak ikat cinta tu dengan sex. Tapi, siapa suruh bercinta lama - lama? Salah aku jugak.
And sekarang, aku tengah tunggu Abang Zaidi datang ke sini. Ada hal penting kononnya. Aku pun nak jumpa juga dia sebenarnya. Aku nak lempang dia buat kali kedua, sebab adik dia bercinta dengan kekasih aku. Yes aku tahu memang bukan salah Zaidah tapi still aku rasa sakit hati. Dan sakit hati ni layak untuk dilepaskan pada Zaidi Nadeem.
And now, handphone aku bergetar. Mana boleh berdering, nak kantoi dengan pengawas asrama?
"Hello Chyra. Zaidah ada sekali ke tu? Jom, abang bawak makan dulu. Abang dah sampai ni. Kat depan gate."
"Hah, ada. Tunggu kejap." Aku tamatkan panggilan dan ajak Zaidah bersiap. Zaidah yang sedang membaca novel terus melompat turun katil - satu tindakan yang aku rasa tak perlu pun. Tak perlu lompat. 😑
Sejak kebelakangan ni, apa Zaidah buat semua aku nampak hodoh. Kasihan dia, padahal sebab Fazren kami jadi macam ni. Tapi Zaidah tak perasan. Dia layan aku macam itulah juga. Dia tak pernah perasan kalau dia dah ambil kekasih orang lain.
Kami beriringan menuju ke kereta Abang Zaidi. Dia datang berseorangan, gigih sungguh memandu selama empat jam untuk bertemu aku.
"Hai, sihat? Lapar tak? Jom makan." Zaidah berdehem kuat saat soalan itu hanya Zaidi aju padaku berdasarkan pandangan matanya.
"Kau sekalilah angah. Ish kau ni." Zaidi Jeling Zaidah.
Kami makan nasi ayam di kedai makan berhampiran, kemudian hantar Zaidah ke Cyber Cafe atas urusan peribadi katanya. Aku dan Abang Zaidi ambil keputusan untuk duduk di dalam kereta saja.
"Ok, now what?" Aku peluk tubuh.
"Chyra kenapa lansung tak reply SMS abang? Abang call tak pernah angkat. Macam mana kita nak bincang kalau macam ni?" Suara Abang Zaidi sedikit keras. Aku angkat sebelah kening.
"I don't do chitchat with rapist. What do you want? Rasanya haritu dah bincang, kita takkan jumpa lagi. Tapi kenapa sekarang nak jumpa, ada hal mustahak sangat ke apa?"
"First, don't call me rapist! Abang tak sengaja hari tu. Berapa kali abang nak explain? Sampai merayu melutut sembah kaki awak abang dah buat. Tolonglah jangan hukum abang macam ni. Abang ada plan abang. I'm not a rapist! Rapist takkan datang balik menghadap sampai tahap macam ni." Aku tersentak, kerana airmata Abang Zaidi mengalir membasahi pipi. Dia nampak, cukup ikhlas memohon maaf.
Aku, turut mengalirkan air mata. "Maafkan Chyra jugak sebab lansung tak beri peluang abang minta maaf." Dalam kepala aku sebenarnya teringatkan Fazren. Entah kenapa syaitan itu boleh menari - nari bagai mengejek aku dalam kepala ni. Tak semena - mena emosiku jadi tak stabil.
Abang Zaidi pegang kedua pipi aku lalu ibu jarinya menyeka air mataku. Dahi kami dirapatkan, dan kami masih menangis sama - sama!
Abang Zaidi kemudian keluarkan satu bekas cincin dari dashboard kereta. Bekas berbentuk hati warna merah itu dibuka dan cincin dalamnya dikeluarkan.
"Sahairah binti Ismael, will you marry me?" Tak menunggu jawapan aku, Abang Zaidi terus menyarung cincin itu ke jari manisku. Cincin berbatu permata itu muat - muat saja dan terletak cantik di jariku.
"I'm just seventeen, abang. Macam mana ibu and baba nak izinkan Chyra kahwin?" Dalam linangan airmata, aku ragui lamaran Abang Zaidi itu. Memang mustahil!
"Abang dah cakap, abang ada plan. Next year January abang akan buat internship dekat satu syarikat ni, kalau perfom, abang boleh diserap masuk terus. Kita boleh nikah tahun depan. Chyra pun dah lapan belas waktu tu kan? Chyra boleh sambung study, and InsyaAllah abang boleh tanggung Chyra."
Jemariku digenggam. Aku mengeluh.
"I'm not begging for sympathy. Chyra boleh je teruskan hidup, biar takde orang nak pun."
"Chyra masih tak faham kan? Ni bukan soal kesian whatsoever. Ni soal tanggungjawab! Abang nak buktikan abang bukan jenis yang lari dari masalah. Trust me, please!" Jemariku ditarik ke dadanya. "Ke Chyra nak abang merayu dekat parents Chyra pulak? Baik, abang buat."
"No, bukan! Okay. Chyra terima abang. Chyra terima." Abang Zaidi mengukir senyuman.
"Abang janji takkan sia - siakan peluang yang Chyra beri ni, sampai Chyra betul - betul sayangkan abang." Pipiku diusap lembut.
Tokk tokk tok!
Zaidah sudah berdiri di sebelah pintu di bahagian pemandu. Abang Zaidi kesat airmata. Segera dibuka cermin tingkap.
"Cepatnya kau turun? Dah settle ke?"
"Amboi - amboi. Dah habis sejam, aku turunlah. Kau tu berdrama sampai tak nampak aku dah tercegat lama. Cepatlah bukak kunci! Panas ni." Zaidah cekak pinggang namun wajahnya teruja.
Masuk saja ke dalam kereta, Zaidah terus menarik tanganku.
"Pergh! Dah bercincin. Korang berdua ni memang ada something dari dulu eh?" Zaidah sengih ceria. Bolehlah nampak, dia suka kalau aku masuk dalam keluarganya itu.
"Tapi, kitorang ni SPM pun tak settle lagi. Acaner Long?" Zaidah garu dahi. "Ada aku cakap nak kahwin sekarang ke angah?" Abang Zaidi terus masuk gear D, dan kereta meluncur laju meninggalkan kawasan deret kedai itu.
***
Aku masih berfikir sebenarnya, logik ke bila perogol sendiri pujuk and minta maaf, siap nak bertanggungjawab lagi aku boleh senang - senang je cair dengan pujukannya? Bukan patutnya aku kena benci dia sebab sakiti aku? Ah, Fazren punya tindakan kejam lebih menyakitkan. Sekurang - kurangnya Zaidi sanggup bertanggungjawab dan sungguh gentleman.
Sambil menggosok - gosok sabun di celah kangkang, ketiak, bawah tetek, dan seluruh badanlah senang cerita, aku memikirkan tentang isu kahwin muda ni. Boleh ke ibu dan baba terima? Sedangkan ibu sendiri berkali - kali pesan yang cinta itu akan memudaratkan jika tak dikawal. Abang Zaidi, dia bersungguh - sungguh mahu mengahwini aku. Kalau aku menolak, apa pula nasib aku di kemudian hari.
"Woi, berangan apa dalam tu? Orang lain nak mandi jugak woi!" Aku tersentak, boleh pulak ada orang ketuk pintu bilik air aku yang sedang mengelamun ni?
"Sabarlah! Aku pun bayar yuran asrama jugak!" Aku mendengus.
"Dah sejam, mangkok!" Terus aku cam suara tu. Milik Mira, si gadis tomboy. Okay, aku segerakan mandi kerana dengan Mira tak boleh dibawak main. Dihenjutnya aku nanti, mati.
Masuk ke dalam bilik dalam keadaan masih bertuala, aku lihat Zaidah sedang menangis teresak - esak.
Zaidah terus menerpa aku dan memelukku sekuat hati. Hampir terburai ikatan tualaku dek kerana pelukan kuat Zaidah.
"Kenapa ni Ida? Kenapa?" Aku turut panik.
"Chyra...." Tersedu - sedu Zaidah sambil memandang wajahku.
"Kenapa Zaidah. Kenapa?" Aku syak, Fazren dah rungkaikan rahsia ni. Aku telan liur.
"Al.. Along Zaidi dah tak ..tak ada Chyra, dia accident baru tadi."
"Hahhhhhh!"
Kakiku terasa lembik.
Tuhan, apa yang sedang berlaku sebenarnya?
ANDA SEDANG MEMBACA
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...
