Aku bangun dalam keadaan kepala yang sangat berpinar. Dunia bagai berpusing dan aku rasa mahu muntah.
Aku pandang sekeliling, oh. Dekat bilik Yusry. Bila masa balik dari Lata Jerami eh? Rasa keliru dan resah dalam satu masa. Aku masih tak berpakaian. Yusry dan Daniel sedang tidur, juga dalam keadaan bogel.
"Yusry. Bila masa kita balik dari lata?" Aku kejutkan Yusry.
"Hmmm. Ngantuk. Lata apanya ni." Yusry tarik aku kedalam pelukan. Daniel menggeliat sedikit, peluk kaki aku.
"Bangun Yusry! Kita kat mana ni?" Aku stoned teruk sangat semalam kot. Aku rasa memori aku hilang kejap. Apa puncanya jadi macam ni? Huh, botol arak bergelimpangan.
Ohh. Gaduh dengan Feena!
"Yusry! Bangun! Feena mana?" Aku goncang tubuh Yusry.
"Dia dah blahlah. Sebab dia dah tau kita selalu have sex tanpa pengetahuan dia."
Aku menung. Lalu aku tengok phone. What?
"Yusry, esok dah start praktikal!" Sungguh, memang aku risau. Macam tak prepare apa - apa.
"Ye baby. Tau. Boleh tak kita rehat sikit masa lagi?" Pelukan di tubuhku makin kemas.
"Bila nak gerak?"
"Boleh rest kejap tak sayang?"
"Okay."
***
Yusry pecut dari Kl ke Kuantan, ambil masa lebih kurang dua jam setengah juga melalui LPT. Aku lebih banyak mendiamkan diri, cuba mencari cebisan memori apa yang berlaku antara kami bertiga, sedar - sedar dah ada di bilik Yusry.
"I tengok cermin, bahagian tulang pipi I lebam. Kenapa ye?" Yusry sentuh pipi aku yang berbirat lebam.
"Kena heels Feena semalam kot." Selamba Yusry menjawab.
"I takde apa - apa memory dengan Feena ni. Kenapa dia marah sangat?"
"I.. I rasa I tak suka Feena, tapi I suka you." Yusry tak menjawab soalan. Tapi aku faham maksudnya.
"You mintak break dengan Feena ke?" Yusry mengangguk.
"Apalah you ni."
"Eh, jangan nak apalah kat I sangat. Sekarang bukak GPS. Cari Pusat Bioteknologi Hulu Pelar." Yusry bagi satu ciuman di pipi aku.
"Dah jumpa ni. Lagi 15KM."
KAMI sampai ke destinasi dan terus masuk ke kawasan perumahan, mengikut pada lokasi yang dikongsi Kak Ella, kerani di ladang ini. Oh, aku akan berpraktikal di makmal bioteknologi saja, tetapi pusat ini ada ladang bebiri dan lembu tenusu.
"Assalamualaikum Kak Ella." Yusry keluar dari kereta dan terus ke pagar rumah.
Dalam seminit, muncul seorang wanita pertengahan tiga puluhan membuka pintu rumah.
"Ni yang nak praktikal sini tu kan? Sahairah dengan Yusry?" Kami serentak mengangguk. Kak Ella sarung selipar dan segera ke pintu pagar.
"Rumah yang disediakan jauh sikitlah lelaki dan perempuan. Sahairah boleh duduk sebelah rumah Akak ni, awak Yusry nanti akak bawak ke rumah pekerja hujung blok ni."
"Untuk pendaftaran esok, kami perlu ke mana ye kak?" Aku tanya Kak Ella.
"Sebab vet tak ada buat masa ni, jadi kamu terus jumpa pengurus ladanglah, Encik Aizad." Kami berdua mengangguk.
Pandanganku tertumpu pada seorang lelaki yang baru keluar dari kereta mahu membuka pintu pagar. Dadaku bergetar. Aku tak nampak jelas wajahnya yang hanya terpamer sebelah kanan saja.
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...