Little Shahfri (2)

32.5K 466 129
                                        

"Sayang. Yes! Lagi sorang sayang! You can do it!" Shahfri terlompat - lompat macam sorak member sukaneka bawa bola pingpong dalam sudu.

Aku rasa mental dengar sorakan bingit tu. Mujur hospital private, doktor dan nurse pun ketawa sakan tengok Shahfri yang bersorak macam nak gila.

"Teran la kuat sikit sayang. Alah. Kata layan Burzum, Mayhem. Teran baby pun mengah." Shahfri sekejap ke kepala aku, sekejap melihat - lihat di bawah.

"KAU DIAM BOLEH TAK!! YANG PENAT AKU SEKARANG NI. ARGHHHH!"

Satu labour room gelak sakan mendengar aku marah Shahfri. Padan muka dia, terkinja - kinja dari tadi. Yang sakitnya aku.

"Yelah, maafkan bie. Sayang teran elok - elok ye. Bie sayang sangat kat sayang." Shahfri terus kucup dahi aku, dan behave like a good boy.

Aku dah mula stress dengan baby pertama aku menangis.

Syukur, selang lima minit kemudian, bayi kedua pun keluar.

Shahfri kembali semak merayau sana - sini dok cuit anak - anak dia.

"Sorang lelaki, sorang perempuan." Ujar seorang nurse lalu bawa kedua - duanya ke dalam dakapan aku. Menangis jugalah aku tengok dua - dua comel merengek lapar.

"Welcome, Shahril Aiman dan Sofea Aina."

"Thanks sayang, hadiahkan bie anak - anak comel. Mama dan papa mesti suka. Dapat dua cucu serentak." Shahfri kucup dahi aku berkali - kali.

Hah, gembira lah kau sekarang Shafri. Malam di rumah nanti kalau kau tak tolong jaga dua - dua ni menangis, siap kau.

----------------------------------------------------------------------

~Tamat~

----------------------------------------------------------------------

Hi guys. Cerita ini sampai sudah ke penghujungnya. Terima kasih kepada yang sanggup baca dari part 1 lagi sampai part terakhir ni.

Cerita ini 60% kisah benar melibatkan siatuasi - situasi di sekeliling author, selebihnya hanyalah fantasi author yang di tahap mahadewa. Hihi.

Segala persamaan watak, characteristic mahupun event adalah hanya sebuah kebetulan sahaja.

Gonna miss you guys, and this story too. 😖😖😖😖

Last but not least, thanks to all readers yang membuatkan cerita ni tampak hidup. You all punya emosi marah kat shahril, shahfri, afrina tu macam real je eh. I suka! Hiiiihiii.

Mungkin ada book 2?
Darker side of Chyra?

Nantikan.

FicklerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang