Seperti yang dijanjikan Encik Kamal, 'benda' tu sekadar lalu dan menumpang dari Johor sana. Selepas pada itu, tiada lagi gangguan yang kami terima. Baguslah, untuk kebaikan bersama.
Tapi Shahril, dia masih terlantar seperti itu jugalah. Tubuhnya makin susut saban hari. Aku sebagai penjaga sementara rasa risau juga takut - takut dipersalahkan tidak menjaga dengan baik.
Namun daripada rasa terpaksa dan tak ikhlas, lama - lama aku rasakan menjaga abang iparku itu sebagai satu tanggungjawab pula.
Dua bulan sudah berlalu, Kak Ina sudah berlepas ke Mesir dan Shahfri seperti biasa, menjengukku setiap minggu. Daripada rasa seperti isteri, penyudahnya aku rasa macam aku adik bongsu diorang pula.
Petang tadi, Shahfri pulang dalam keadaan tak bermaya. Risau juga aku melihatnya.
"Dah dua hari bie macam ni sayang
Dah ke klinik ambik ubat pun macam ni jugaklah. Nak kena ada sayang kot baru sembuh." Shahfri dah mula merengek. Naya juga nak menjaga seorang abang sakit dan seorang baby besar."Meh baring kat riba sayang. Sayang picitkan kepala." Shahfri menurut. Segera pehaku dijadikan bantal. Aku urut perlahan tengkuk dan kepala Shahfri. Dia nampak tenang dan hampir terlena.
Namun sebentar kemudian dia berlari ke tandas.
Uwekkkk! Uwekkk!
Aku garu kepala. Nak kata demam tubuhnya tak panas. Perlahan - lahan aku berjalan ke arahnya dan belakangnya kuusap lembut.
Uwekkkk!
Shahfri muntah namun yang keluar hanya buih dan air. Nampak longlai betul tubuhnya.
"Dah, baring rehat dulu. Kejap lagi nak suap abang makan, sayang suap bie sekali." Aku baringkan Shahfri dan segera ke dapur mengambil bubur ayam yang aku masak tengahari tadi.
Aku sediakan dua mangkuk bubur ayam dan jus oren untuk Shahfri, manakala untuk Shahril aku cuma sediakan air suam.
"Abang Shah. Kita makan jom. Lepastu kita mandi ye." Aku duduk di atas kerusi sebelah tempat Shahril berbaringan. Dia cuma senyum dan mengangguk. Perlahan - lahan aku suap bubur padanya, disulam air suam. Shahril makan dengan bersusah payah namun dia habiskan juga.
"Abang ingat tak? Masa Chyra demam dulu, sapa yang bersungguh - sungguh masak bubur ayam copy ori McDs nak bagi Chyra makan?" Aku sengih sambil suap lagi bubur. Shahril turut senyum.
"Abang ingat tak lagu yang abang nyanyikan dekat Chyra?" Shahril mengangguk.
"Can't.. Promise the ..things wont be broken." Shahril bersuara perlahan, cukup sukar untuk dia ungkap ayat itu.
"But I swear that I will never, please stay forever with me." Aku sambung bait lagu itu. Namun suaraku sudah serak menahan sebak.
"Sembuhlah abang, walaupun kita takkan dapat bersama tapi mungkin kita akan tempuh segala cabaran bersama sebagai satu family." Aku tunduk, membiarkan air mata menitik lesu.
"Sayangggg! Lapar." Shahfri yang berada di bilik sebelah melaung. Aku menggeleng. Nak perhatian namanya tu.
***
Kak Ina tiba di Airport Kuantan petang tadi dari KL. Katanya ada cuti seminggu dan dia pulang untuk menjaga suaminya. Biarlah perempuan gila tu. Bukan masalahnya."Nak kemana malam - malam ni Shahfri, Chyra?" Mama menegur waktu aku dan Shahfri melintasi mama, papa dan Kak Ina yang sedang berbual di meja makan.
"Farmasi kejap, cari panadol." Balasku ringkas. Mama mengangguk.
AKU jadi pemandu, sementara Shahfri dah longlai di seat sebelah. Aku nak pergi sendiri, ditegahnya. Takut jadi apa - apa pada aku. Penyudahnya jadi beginilah. Memandu bersama penumpang sakit.
"Sayang, last period bila?" Shahfri soal sambil picit dahi.
"Dua bulan dah tak period. Tapi tu normal je pada sayang. Kalau stress ke atau penat selalu jadi camtu. Kenapa tanya bie?" Aku soal Shahfri, sambil mataku fokus pada jalan. Beberapa saat kemudian, kami sudah tiba di farmasi.
"Tak rasa ke sayang pregnant?" Tanya Shahfri lagi. Aku termenung seketika.
"Tapi takde alahan apa - apa. Tak pening tak muntah. Tak ada mengidam apa - apa, kecuali batang bie. Ehem." Aku buat lawak bodoh tapi Shahfri tak ada tenaga untuk ketawa.
"Okay tunggu sini je, sayang beli ubat." Aku keluar dari perut kereta. "Beli pregnancy test kit sekali. Lepas tu tolong beli apa - apa asam kat kedai sebelah tu. Tolong ye." Shahfri tak pandang muka aku. Dia nampak macam orang tertelan biji durian.
Aku ke farmasi dan membeli semua yang dipesan Shahfri. Kemudian aku ke kedai sebelahnya membeli asam mangga.
Shahfri dapat makan asam, macam orang melayu dapat makan caviar sambil minum red wine. Punyalah dia happy. Macam hilang sakitnya. Aku geleng kepala.
Sampai ke rumah dalam pukul 9.30 malam, Shahfri terus suruh aku test. Dalam seminit, naik dua line pada test tu. Aku kerut dahi. Serius la aku pregnant? No sign at all?
Wait, aku pregnant? Hahahaah!
"Bie! Sayang pregnant!" Aku berlari ke arah Shahfri yang sedang duduk di meja study dan terus peluk suamiku itu. Aku menangis - nangis gembira tak terkata sebab rasa tiba - tiba ajaib akan ada little Shahfri dalam perut aku.
"Sayang.. Bie bahagia sangat. Isteri bie dah pregnant." Shahfri cium seluruh wajah aku. "Entah - entah sebab sayang pregnant agaknya, sampai bie muntah - muntah teruk kan?" Shahfri ketawa. Make sense ke? Tapi yang penting aku bahagia sekarang! Syukur.
Kami berdua turun ke bawah bersama - sama. Shahfri menggenggam tangan aku erat, tak mahu dilepaskan.
"Mama, ada good news."Shahfri teruja. Papa yang sedang menonton tv turut memperlahankan volume.
"Apa dia? Terjerit - jerit dari atas sana lagi. Kenapa ni?" Mama yang masih duduk - duduk bersama Kak Ina pandang kami berdua silih berganti.
"Chyra pregnant, ma! Shah bakal jadi daddy. Yihaaa!" Shahfri peluk aku, namun aku nampak dalam kegembiraannya, dia mengesat matanya.
"Kenapa bie nangis?" Aku jadi budak bodoh pula bertanya soalan sebegitu. "Sebab bie happylah sayang." Shahfri mengucup dahiku.
"Alhamdulillah. Tahniah both of you. Papa, bolehlah buat majlis doa selamat untuk cucu kita ni nanti." Mama senyum meleret.
"Tahniah, untuk cucu sulung dalam keluarga ni." Kak Ina senyum pada aku, kemudian terus naik ke tingkat atas.
Aku terpinga - pinga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...