🐾 Cikgu Shahril

36.5K 267 74
                                    

Aku kesat air mata yang mengalir di pipi. Namun lelehan demi lelehan airmata masih tak mahu berhenti mengalir.

Waktu riadah itu aku habiskan sepenuhnya di bilik bacaan PRS. Kacau sungguh emosi aku. Patut ke aku report polis? Dah lebih 24jam tapi. Nasib Abang Zaidi, Zaidah, dan seluruh ahli keluarganya lagi perlu aku fikir. Keluarga aku lagi. Silap haribulan aku kena terajang dengan semua orang.

FAZREN! Celaka ini lagi.

Okay, aku tarik balik kata - kata aku tentang cinta monyet boleh kekal abadi di chapter terawal dalam buku ni. Sebab aku kena sedar, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi kan? Aku sorang yang nakkan cinta suci Fazren, tapi dia taknak beri so takkan jadi juga kan?

Macam tak percaya, aku dan Zaidah rupanya berkongsi kekasih yang sama. Macam haram perasaan aku sekarang. Dalam waktu penuh emosi ni, boleh pulak kantoi boyfriend Zaidah yang disorok - sorok selama ni adalah boyfriend aku jugak. Padan muka aku sendiri. Berahsia sangat kononnya sebab taknak kawan baik aku terabai kalau aku tangle sangat dengan boyfriend. Sekarang macam mana? Menangis tak berlagu aku jawabnya.

Kisah bermula bila aku nak pinjam buku rujukan sejarah Zaidah. Dia ada selit gambar Fazren di celah buku tu. Bila aku tanya siapa, Zaidah dah malu - malu siap muka blushing.

"Alah! Dah kantoi boyfriend aku. Hish. Fazren nama dia. Handsome ke? Kau jangan nak rampas pulak eh!" Zaidah beri amaran dengan suara mengada. Gambar Fazren ditarik kemudian dipeluk rapat ke dada.

Aku ketap bibir.

"Berapa lama dah korang kenal?" Aku cuba kawal rasa jantung yang macam nak meletup.

"Awal tahun ni. Aku kenal dekat YM je. Tapi tak sangka, sekolah sebelah je."

"Pernah jumpa dah?"

"Tak lebih sepuluh kali kot. Dah - dah. Giliran kau pulakkkkk! Bagi aku tengok boyfriend kau. Tak aci kau dah tengok bf aku!" Zaidah menerpa, mahu merampas telefon bimbit aku.

"Taknak! Ok ok aku bagitahu sekarang. Bf aku Cikgu Shahril!" Aku pura - pura ketawa dan terus keluar bilik.

"Serius lahhh?!" Zaidah menjerit tak percaya.

AKU melangkah dengan fikiran kosong. Hinggalah aku terbawa ke bilik PRS, dan menangis seperti Banshee di tengah hutan. Like, really loud and histeric.

"Sahairah? Kenapa menangis ni?" Cikgu Shahril yang baru selesai solat berdiri di pintu bilik bacaan. Kemeja warna ungu yang dipakai sedikit basah di bahagian dada dan siku. Lengan kemeja turut dilipat hingga setengah senteng, begitu juga kaki seluarnya.

"Ta.. Takde apa cikgu- *sobs"
"Jangan cakap takde apa lah. Mesti ada apa - apa. Sebab tu nangis." Cikgu Shahril tarik kerusi dan duduk betul - betul di depan aku. Aku segera kesat air mata.

"Putus cinta." Aku sedut hingus yang hampir meleleh keluar hidung.

"Putus cinta tu normal, satu proses identifikasi pada banyaknya cabang emosi. Awak budak bijak, Sahairah. Think about your future. Adakah awak tak bersyukur sebab cinta hati awak curang sekarang? Bukan bila dah kahwin nanti? Masa tu, lagi menderita hidup awak." Aku termenung mendengar kata - kata Cikgu Shahril tu. Ada betulnya juga. Lelaki banyak lagi di dunia ni. Mungkin ramai lagi yang lebih baik dari Fazren. Tapi aku sekarang tengah berperang dengan masalah Abang Zaidi lagi. Mana aku mampu tanggung banyak sangat masalah ni.

"Lagi bagus kalau tak curang lansung." Aku menjawab, walaupun hati mahu menyoal soalan lain.

"Take your time. Cikgu tak pandai bercinta, girlfriend pun tak ada. Tak faham perasaan orang muda - muda ni." Cikgu Shahril ketawa. Aku turut tersenyum tawar.

"Pergi makan. Dah lewat ni. Jangan biar perut tu kosong." Aku menurut pada arahan Cikgu Shahril.

"Kejap, Sahairah." Langkahku terhenti. Cikgu Shahril bangun dan ambil sesuatu di laci mejanya, kemudian dihulur ke tanganku.

"Makan ni. Coklat boleh buat awak rasa tenang." Aku sambut pemberian Cikgu Shahril dengan senyuman bersulam esak tangis.

"Terima kasih cikgu." Coklat badam jenama Van Houten itu aku genggam kemas.

"Ingat, sorang pergi tak bermakna hidup awak akan kiamat, Sahairah. Pentingkan pelajaran dulu. Yang lain menyusul kemudian.

* * *

Aku tak mahu dengar penjelasan Fazren, kalau dia ada penjelasan. Aku sakit hati untuk bertemu dengannya. Bukan saja kerana dia permainkan aku, malah dia permainkan kawan baik aku, Zaidah. Tergamak sungguh Fazren curang pada aku dengan cara paling celaka sekali.

Hari tu siap tersilap panggil, mama papa. Kawan troll konon. Bullshit semua ni!

Kad sim aku patahkan, dengan harapan tak ada sesiapa akan dapat hubungi aku lagi. Baik Fazren mahupun Abang Zaidi.

Aku mahu corak hidup aku sendiri. Biar aku tentukan apa yang perlu dalam hidup aku. Biar aku memikir secara matang dan waras tentang permasalahan ini.

"Chyra, kau okay tak ni? Sejak tadi aku nampak macam lemau je." Zaidah mendekatiku. Aku pura - pura senyum.

"Aku okay. Jangan risau."

"Kau menangis ye? Kenapa?"

"Biasa, masalah family." Aku cipta alasan supaya Zaidah tak curiga. "Dah, siap cepat, nak ke kelas tambahan kejap lagi."

Kami berjalan beriringan malam itu, menuju ke kelas. Biasalah tingkatan lima, tak lepas dari kelas tambahan setiap malam. Sedang aku berjalan dengan pelbagai masalah berselirat dalam kepala, aku rasa bahu aku disentuh. Aku tergamam.

Otakku terus menghantar isyarat untuk mempertahankan diri. Peristiwa dihenjut Abang Zaidi tanpa sempat aku melawan tempoh hari membuatkan aku rasa perlu lebih bersedia.

Tangan yang memegang aku tepis kuat, segera aku berpaling dan mencekak tangan itu, lebih kuat.

"Kau buat apa? Kau nak ambik kesempatan ke setan?" Wajah Hafiz, ketua kelas aku tenung tajam. Zaidah yang di sisi aku turut tergamam, namun segera dia tarik aku, minta bersabar.

"Rilex, Chyra. Belakang kau ada kumbang. Aku cuma nak tangkap je. Janganlah marah sangat. Kau ni, garanglah." Hafiz menarik tangannya, kemudian kumbang yang masih melekat di bahuku ditarik hati - hati sebelum mencampakkannya ke rumput.

Aku sedikit malu. "Sorry Hafiz. Aku just terkejut." Hafiz senyum sambil angkat kening. "Takdehal. Sorry jugak sebab tak bagi alarm, terus cekup."

Aku diam, bagitu juga Zaidah. Tiada topik kami bualkan hingga sampai ke kelas. Mungkin Zaidah perasan aku sedikit berubah.

"Chyra. Kenapa kau patahkan simcard?" Aku yang sejak tadi menerawang, acah - acah jawab soalan add math terus pandang wajah Zaidah.

"Aku nampak tadi. Kenapa sampai patahkan simcard? Takkan masalah family sampai buat macam tu?" Soalnya lagi. Aku tak ada jawapan khas buat Zaidah, melainkan dengan menjungkit bahu sahaja.

"Weekend ni, Abang Zaidi nak datang. Dia nak jumpa kau sebenarnya." Zaidah siku aku. Aku dah mula rasa terganggu.

"Ada apa pulak dia nak jumpa aku?" Kening aku bertaut.

"Kau tanyalah dia sendiri. Huh, ada phone kau pergi patahkan simcardnya pulak. Kau pakai nombor aku satu lagilah. Senang."

"Taknak Ida. Aku nak diam sampai lepas SPM." Aku mendengus.

"Tak payah jumud sangatlah. Sampai patah - patah simcard lepastu nak hidup tak dengar dunia luar. Nah ni, ambik." Zaidah keluarkan kad sim dari celah purse. Nak taknak, aku ambil jugak.

"Sahairah, Zaidah. Siap dah ke latihan?" Cikgu Yana pandang tepat ke wajah aku dan Zaidah. Aku telan liur.

Dan ya, malam itu makin serabut otak aku dengan soalan pecah kepala Add Math yang perlu ditulis di whiteboard untuk dipertontonkan kepada semua.

Ambik kau, siapa suruh berceloteh sangat dalam kelas?

FicklerWhere stories live. Discover now