Shahfri bangun, melilit pinggangnya dengan tuala dan segera mendapatkan Shahril. Aku turut capai tuala dan balut tubuhku, menanti di atas katil dengan penuh debaran.
Shahril berdiri memandangku, tepat. Tanpa suara mahupun pergerakan.
"Abang, kau buat apa sini? Aduh." Namun Shahril terus rebah saat Shahfri menyentuh bahunya.
"Sayang, tolong bie kejap." Melihat Shahril yang rebah, aku segera membantu.
"Bie, pintu kunci. How come?" Aku pandang Shahfri, mahukan jawapan.
"Maybe dia masuk dari tadi?" Shahfri juga tidak yakin dengan kenyataannya sendiri.
Aku buka kunci, dan kami sama - sama papah Shahril ke biliknya.
Pintu bilik Shahril terbuka luas. Kak Ina mungkin tiada di bilik.
Masuk saja ke bilik Shahril, kami tergamam.
Shahril sedang tidur di atas katilnya. Aku tak mahu tahu siapa yang kami papah itu.
"Bie.. Macam mana ni?" Aku mula menangis.
***
Aku duduk di sofa, memeluk tubuh yang kedinginan. Walaupun memakai sweater tebal, tetap tak mampu menghangatkan tubuh. Shahfri mundar - mandir di depanku, kelihatan begitu resah.
Mama dan papa ada sekali, duduk dengan rasa resah juga manakala Kak Ina ada disamping suaminya.
Di tingkat atas, Kak Ina telah membawa rakannya yang juga pengamal perubatan untuk melihat - lihat keadaan.
Aku tersengih sendirian, memikirkan yang akhirnya kami semua jadi huru - hara sebegini. Macam mana agaknya yang kami sangkakan Shahril tadi rupanya hanyalah selembar kain putih? Aku sendiri merasa bebannya waktu memapah tadi. Twisted sungguh jika difikirkan dengan akal logik.
Encik Kamal, rakan Kak Ina yang dipanggil untuk melihat - lihat turun bersama Kak Ina.
"Takdak apa aih, dia duk lalu ja tu." Katanya dengan loghat utara yang pekat.
"Takkanlah, saya betul - betul nampak abang saya tadi." Shahfri tak percaya jika Encik Kamal kata 'benda' itu hanya lalu saja di rumah itu.
"Baru balik dari Johor kan? Benda tu menumpang dari sanalah tu. Takpa, kita dah halau. Harap takdak apa dah."
Aku dan Shahfri berpandangan.
***
Kami berdua keluar minum di kedai berhampiran, membincangkan masalah ini."Gilalah. Rasa macam nak demam bie. Macam mana boleh jadi gini ye?" Shahfri usap lengannya yang meremang roma.
"Encik Kamal tu boleh percaya ke? Macam tingtong je sayang tengok." Aku lebih tak yakinkan orang yang kononnya sahabat Kak Ina itu.
"Apa - apapun doalah tak ada apa - apa yang berlaku." Shahfri usap pipi aku.
"Sayang, bie kena balik PPHP. Ada problem sikit dekat sana. Tengok sehari dua nanti bie ke sini semula, then kita pergi honeymoon." Shahfri mengeluh.
"Kenapa bie? Kenapa bukan kita?" Aku menyoal Shahfri. Yelah, bukan ke aku ni isteri dia? Kenapa macam taknak bawa aku sekali ke sana? Lagipun aku kenal semua orang di situ. Apa masalahnya? Mulalah aku terfikir Shahfri ada perempuan lain. Or Cik Jasmin ada di sana?
"Sayang. Baru tadi Kak Ina bagitahu bie. Dia dapat panggilan untuk further study. Maybe setahun je. Jadi dia minta kita untuk tolong tengokkan abang."
"So sayanglah yang kena tengokkan Abang Shahril?" Aku kerut dahi. Rasa tak puas hati muncul dalam diri sebab semua ini diputuskan tanpa berbincang dengan aku. Aku dahlah tak pandai jaga orang sakit. Macam mana ni?
"Buat masa ni je sayang. Sementara kita cari orang yang boleh jaga abang. Bie minta maaf, bie tak tahu nak cakap apa pada Kak Ina. Dia betul - betul mengharapkan kita jaga abang." Shahfri ramas jemari aku.
"Kita baru je kahwin, bie. Takkan nak berpisah dah?" Air mata aku mula meleleh. Aku ni memang kuat menangis, ditambah pula dengan terpaksa berpisah dengan Shahfri, makin kuatlah aku menangis.
"Ye bie faham sayang. Tapi ni temporary je. Lepas pada ni sayang dah boleh duduk dekat bie sampai bila - bila. Tolong jaga abang, please. Lagipun mama tak sihat sangat, papa kerja." Shahfri merayu. Aku kesat air mata.
Aku rasa tak adil. Aku takut, sedih dan kecewa. Aku ni duduk di rumah tu semata untuk jadi bibik ke apa?
"Kak Ina tu dah kenapa further study tiba - tiba? Kan suami dia sakit." Aku mendengus. Terasa seperti Ina gila itu ada agenda lain. Tapi apa?
"Dia cakap apply dah lama, baru sekarang dipanggil ke Egypt sana tu. Dia dah lama nakkan peluang study tu. Sebab tu dia terpaksa tinggalkan abang sekejap." Muka Shahfri serba salah melihat wajahku yang kemerahan.
"So bie kena ke PPHP lusa?" Aku mencebik saat Shahfri mengangguk perlahan.
"Baik. Sayang cuba. Tapi janji dengan sayang, jangan lama sangat. Sayang tak boleh hidup takde bie." Aku kesat air mata yang masih bergenang.
MALAM itu, kami rancang untuk tidur di tingkat bawah di sofa. Bermula daripada aku meneman Shahfri menonton tv, namun siaran yang ditayangkan langsung tak menarik minatku, lalu aku berangan sendiri.
Kepalaku masih ligat memikirkan kejadian senja tadi, dan keputusan mendadak Kak Ina untuk meninggalkan Shahril. Serabut sungguh rasa hati. Tapi aku dah jadi isteri. Kalau tak, dah lama aku turun KL dan menggila bersama geng - geng gila. Terbit pula rasa rindu untuk bersama mereka. Ikutkan hati, dalam usia sebegini aku masih mahu enjoy dengan mereka, tapi aku pilih untuk bersama Shahfri.
Aku kena belajar untuk patuh. Obey.
Jadi, selagi menjaga Shahril yang sakit itu tidak memudaratkan, aku perlu bantu. Lagipun nak harapkan mama seorang diri menjaga Shahril, aku rasa mungkin tak termampu mama agaknya."Bie, tak sedih ke tinggalkan bini sendirian? Shahfri diam. Kemudian diusapnya perutku perlahan.
"Sapa cakap tak sedih, tapi nak buat macam mana. Boleh ke bie cakap, abang tu Kak Ina amanahkan pada kita sekejap untuk dijaga. Hmm sayang fahamkan apa yang bie maksudkan?" Walaupun tak faham, aku angguk juga.
"So tanggungjawab kita untuk bantu Kak Ina, kan?" Aku angguk lagi walaupun tak berpuas hati.
"Good girl. Isteri bie ni baik. Bie percaya dia. Sekejap je bie tinggalkan sayang, nanti kita hidup sama - sama sampai bila - bila." Shahfri cium dahi aku.
"Hai, tak tidur lagi ke dua merpati ni?" Kak Ina turun ke bawah dan terus berlalu ke dapur.
Hanya lampu dapur dipasang bagi memberi sedikit cahaya di ruang tamu, memang setiap hari begitu. Aku duduk memerhati Kak Ina yang sedang mengambil air dari heater dimsukkan ke dalam termos. Pandanganku sedikit terganggu.
Kak Ina hanya pakai gaun tidur nipis bertali halus, paras atas lutut. Memang terserlah tubuh montoknya yang putih gebu itu disimbah cahaya lampu. Shahfri mahu duduk juga menegur Kak Ina namun aku tutup matanya sekuat mungkin.
Mata kami bertentangan, Kak Ina hadiahkan satu senyuman yang aku tak mengerti langsung maksudnya, lalu dia berlalu menaiki tangga.
"Kenapa sayang tutup mata bie?" Shahfri mengalihkan tanganku.
"Gilalah akak ipar bie tu. Dah kenapa pakai macam tu? Takkan tak nampak kita kat bawah ni? Sayang pun pakai sweater dengan seluar panjang." Aku rebahkan tubuh dalam dakapan Shahfri, masih tak percaya Kak Ina daring sebegitu. Shahfri ketawa.
"Biarlah dia sayang."
Kami diam, menonton rancangan di tv. Tangan Shahfri dari tadi mengusap - ngusap perutku.
"Sayang, agaknya benih bie dah sampai mana ya?" Aku bingung, bagaimana aku mahu jawab soalan saintifik suamiku ini?

ANDA SEDANG MEMBACA
Fickler
Storie d'amoreChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...