[Shahfri Aizad]
09.07 pmBie dah sampai rumah. Bukak pintu please sayang? Bagi bie masuk. Maafkan bie. Bie sedar kesalahan bie sebab terima janji syaitan tu. Maafkan bie. Please.
Setelah aku block WhatsApp Shahfri, dia menganggu pula di peti SMS. Aku perhati dari balik langsir bilikku, Toyota PriusC hitam milik Shahfri di depan pintu pagar rumah. Sebak aku rasakan.
Wajah Shahfri tak terurus. Rambutnya tidak rapi, wajahnya meliar dengan jambang dan tubuhnya makin kurus, membuatkan aku rasa seperti mahu mendakapnya, melalui liku - liku hidup seperti biasa sebagai pasangan suami isteri.
Namun rasa marah kembali beraja mengenangkan bayi yang dibunuh kejam. Aku pejam mata, terbayang - bayang anakku yang masih merah sebesar tapak tangan mengerekot dengan tangannya sudah terbentuk menggenggam satu sama lain. Kakinya membentuk ruas - ruas comel, dengan jantina lelakinya yang jelas. Aku geleng kepala.
Apa betina sundal itu mahu dari keluargaku? Aku patut siasat. Ina sungguh kejam, dia bagaikan menyimpan dendam yang tak pernah padam pada Shahril, seterusnya melibatkan kami sekeluarga.
Aku mendail nombor telefon Farhad. Kurasakan Shahfri sudah terlalu lama berdiri di luar sana.
"Farhad, you lama lagi ke? Dia ada depan gate ni, memanggil - manggil dari tadi."
"Kejap dear, I baru nak masuk simpang rumah you." Farhad bersuara tenang.
Ibu ke Poland dua minggu, jadi aku tinggal sendirian dan kebetulan hari ini aku mengajak Farhad luang masa bersama, boleh pula Shahfri tiba - tiba datang.
"Bro. Kau buat apa depan rumah orang ni?" Farhad keluar dari Porsche Cayenne nya lalu terus mendekati Shahfri.
Melihat Farhad yang lebih besar berbandingnya, membuatkan Shahfri berundur setapak ke belakang.
"Ni rumah wife aku, so kau siapa? Sepupu je kan?"
"Chyra? Aku rasa kau dah settle dengan dia. Sekarang turn aku pulak jaga dia, supaya dia tak disia - siakan." Farhad angkat kening.
"Kau merepek apa ni bro? Dia tu masih lagi isteri aku!" Shahfri menengking Farhad.
"Dekatlah dengan dia kalau nak rasa penumbuk aku." Ugut Farhad.
"Dahlah tu Farhad, Shahfri." Aku yang sejak tadi bersembunyi di celah pintu kini keluar, saat merasakan pertengkaran mereka berdua semakin serius.
"Chyra, sayang bie. Jom kita balik? Bie janji kita takkan tempuh lagi dah ujian macam ni. Sayang." Shahfri kembali merayu hingga terbit riak meluat pada wajah Farhad.
"Dahlah, awak baliklah. Saya nak tenangkan perasaan. Kalau boleh, jangan ganggu saya dah. Antara kita dah tak ada apa - apa." Aku tunduk, mahu Shahfri faham bahasa kiasanku itu.
"Bie takkan balik selagi sayang taknak ikut bie. Tolonglah balik sayang." Shahfri merayu lagi.
"Woi, kan dia cakap dia taknak jumpa kau lagi. Kau pekak ke?" Farhad dah hilang sabar.
"Shahfri, baliklah. Ada masa nanti saya balik sana." Aku terus masuk ke dalam.
Selebihnya, aku serahkan pada Farhad.
***
"Fuhh, balik jugak dia akhirnya." Farhad masuk ke dalam rumah sambil meletakkan seplastik makanan di atas meja makan.Aku sudah membuka Facebook, seperti yang kami rancang untuk jayakan misi ini.
"I makan dulu, lapar, belum makan lagi. Nanti you jangan lupa makan. You juga yang mintak burger daging double special tadi." Aku hanya mengangguk sementara menanti Farhad menghabiskan pizzanya.
Kini, Kami berubah tempat duduk. Farhad mula akses masuk ke dalam akaun facebooknya dan terus mencari nama - nama yang berkaitan. Sambil membuka pembalut burger, mataku terus fokus kepada beberapa pemilik akaun yang menggunakan nama Afrina. Carian terlalu meluas.
"Cuba Afrina Kuantan." Aku cadang pada Farhad, dengan mulut asyik mengunyah burger.
Ada dua nama dan salah satunya adalah milik Ina si perempuan puaka.
"Yang nombor dua tu Farhad." Farhad menurut.
Kami memerhati satu demi satu paparan di wall Facebook Ina. Dia nampak seperti guru agama tipikal. Bertudung bawal labuh dengan jubah dan kurung longgar.
"Lawa juga orangnya. Balik tudung tu pun dah boleh nampak dia punya bigboobs." Farhad ketawa. Aku hanya mencebik. Once a fuckboy, always a fuckboy.
"Cepat sikit babe. You puji - puji tu pembunuh anak I tahu tak." Aku dah mula hilang sabar.
"Okay, sorry honey. Tersasar." Farhad garu belakang telinga.
"Senang kerja kita. Dia jual kain pasang ha. menyamar jelah nak jadi pembeli. Then I cuba masuk jarum. " Farhad ketawa.
"Farhad, thanks so much." Aku pegang bahunya dan menepuk berkali - kali.
"I buat sebab anak you tau, bukan sebab orang lain, faham kan?" Wajah Farhad serius. Aku mengangguk, dan aku hargai kebaikan Farhad itu.
Far-Hard
Hi cik, saya ingat nak beli 10 pasang kain sutera tu. Untuk wife saya.Afrina Bakar
Hai, terima kasih kerana berminat dengan Afrina's Silk Collection. 👍👍👍 boleh encik Farhard. Nak borong seberapa banyakpun boleh.Far-Hard
Nak meet up dekat mana ya? Once buat payment, I ambil di rumah youlah. Macam mana?Afrina Bakar
Boleh. Encik ni mesti loaded ni, sampai beli 10 pasang sekaligus untuk wife. Untunglah wife 😊Far-Hard
I usahawan je. Ada join venture di Dubai. Kilang perfume.Aku tepuk bahu Farhad, ke langit sangat puji diri sendiri tu.
Afrina Bakar
See, agak dah mesti jenis mampu. Kalau Encik Farhard nak tengok semua collection I boleh bawa ke office I."So, selama ni minah ni bukan ke Egypt untuk sambung study?"
"Dia cakap nak ke Egypt ke babe?" Farhad pandang aku seketika sebelum kembali menaip.
Far-Hard
Bolehlah. So you dekat mana sekarang? Btw, you're so beautiful. Kalah wife I. You dah bersuami?Afrina Bakar
I di Kuantan, and I masih cik lagi. Thanks. You pun handsome, kalau bukan fake account.Far-hard
Okay, i vid call you sekarang."You ke belakang sikit dear." Farhad arahkan aku.
"Wow, you memang cantik, and sexy." Farhad puji Ina masa mereka sedang video call. Aku ketap bibir. Rasa mahu tumbuk skrin komputer.
"You pun memang handsome. Macam Hrithik Roshan." Farhad sengih dengar pujian Ina.
"Kalau I nak jumpa you selain daripada tujuan business boleh ke lepas ni?" Farhad memancing.
"As you wish. Kita boleh jumpa bila - bila masa, kalau your wife tak tahulah." Ina ketawa manja.
"You terlalu cantik, dear."
"Okaylah, see you soon." Panggilan ditamatkan.
Farhad pandang aku yang kembali mendekat.
"Babe, betul ke dia ustazah? Kenapa mudah sangat nak ayat dia?" Farhad macam tak percaya.
"Sebab muka you macam Hrithik Roshan, and you mengaku usahawan kilang perfume Dubai kan? Jimbit you." Farhad ketawa galak.
"But hati - hati Farhad. Dia bukan calang - calang orang. I taknak you jadi mangsa kena katok dengan dia. You kena buat tindakan bijak sikit." Aku usap belakang Farhad.
"Don't worry Chyra."
YOU ARE READING
Fickler
RomanceChyra, itu aku. Tubuh lelaki itu cukup mudah untuk aku tagih nafsunya, namun tidak cintanya. Kerana perbuatan durjana seorang lelaki, aku jadi mangsa hingga aku tak percaya lagi pada cinta. Berpuluh lelaki tewas dengan permainan nafsu ini, hingga k...