Konfesi Shahril (2)

22.9K 283 74
                                    

Rasa bersalah tak pernah surut berikutan daripada kes blowjob beberapa bulan lepas. Tapi aku boleh katakan, ada sedikit improvement pada tahap kecekapan hormon aku bekerja. Hasilnya, aku mampu menolak hubungan seksual walaupun dah lama gila aku tak dapat.

Aku pernah telefon Shahfri, aku mahu confess kesalahan aku. Tapi Shahfri cakap dia tak mahu pandang siapa aku sebelum kami berkahwin.

Serius, aku rasa bersalah sangat sebenarnya. Semoga aku tabah meneruskan hidup.

Dan setelah beberapa bulan berlalu ni, aku ke Kuantan lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara, termasuklah untuk beli barang hantaran bersama - sama.

Keadaan baik - baik saja. Shahfri cuti lima hari. Shahril dan Kak Ina tidak datang menjenguk mama dan papa sepanjang aku ada di sini.

"Papa cadang nak buat BBQ malam Sabtu ni. Paksa jugak Shahril balik. Sibuk sangat dengan kerja sampai lama tak menjenguk." Kata papa sambil capai cucur udang yang aku buat, berpandukan resepi di internet. Tengok berselera semua makan, aku tak perlu risau. Lagi satu, selagi Ina gila tu tak ada, hidup aku baik - baik saja.

Paksa punya paksa, Shahril datang juga tapi berseorangan. Aku dan Shahfri bakar ayam. Sementara papa dan rakan - rakannya bersembang di ruang tamu rumah.

"Kau sorang bang? Mana Kak Ina?" Shahfri terbatuk - batuk kena asap. Sebab aku kipas ke muka dia. Haha.

"Kak Ina tak berapa sihat." Shahril jawab sepatah. Pandang aku dengan mata tak bersemangat dan terus duduk di gazebo.

"Kenapa abang bie tu? Makin lama makin unhappy muka tu." Aku tanya Shahfri.

"Tak tahu nak cakap macam mana. Sayang cuba tanya dia apa yang tak kena. Mana tahu dia boleh lega sikit?" Shahfri bagi cadangan yang tak masuk akal.

"Bie ni saja ke apa?" Aku cubit lengan Shahfri, geram.

"Aduh sayang. Betullah. Jangan takut, bie ada je kat sini." Shahfri bagi ayat menenangkan aku. Yes, maybe aku boleh cuba tanya apa masalah dia.

Aku menghampiri Shahril dengan membawa sepinggan ayam barbeque. Dan segelas lemonade.

"Hai cikgu, ada masalah apa ni?" Aku letak gelas dan pinggan di sisi Shahril, kemudian aku duduk di sebelahnya.

"Saya dah lama berhenti jadi cikgu." Shahril senyum tawar.

"Tahu. Sejak awak tinggalkan saya, saya pergi sekolah. Tanya orang, mana awak pergi. Rupanya awak dah kahwin." Aku berhenti seketika, menahan rasa sebak.

"Saat saya tahu awak dah nikah, saya rasa diri saya dah tak ada harganya lagi. Awak, tak pernah tengok hidup saya dark macam mana kan? Sebab mungkin awak masa tu rasa kahwin dengan ustazah boleh menjamin keluarga bahagia. Saya masa tu cuma apa? Budak 18 tahun yang lansung tak ada apa - apa pencapaian lagi." Shahril menunduk, ada air jernih mengalir di pipi.

"Saya kena paksa kahwin dengan dia. Saya tak boleh kata tidak! Tak ada orang faham apa yang saya alami." Shahril beremosi.

"Awak tak ada kudrat, tak ada mulut nak membantah? Saya dengar dari Shahfri benda yang sama. Siapa paksa awak ni? Fitnah, kenapa mudah mengalah dengan fitnah daripada seorang manusia lemah?"

"Tak, dia tak lemah.. Dia kawal hidup saya. Saya tahu semua ni tak kena tapi saya lansung tak boleh buka mulut!" Shahril tarik rambutnya. Kemudian diketuk - ketuk kepala dengan penumbuknya.

"Shhh. Easy, easy. I'm so sorry. Tak bermaksud nak buat awak stress." Aku capai tangan Shahril, tak mahu dia memukul diri sendiri.

Shahril peluk aku sekuat hati hingga aku lemas. Aku pandang Shahfri yang turut memandangku. Aku buat isyarat tangan memanggil Shahfri.

"Aw..awakk. Sakit." Aku tercungap. Shahfri lepaskan pelukan Shahril dan tarik aku untuk duduk sedikit jauh.

Namun Shahril pantas pegang kedua belah pipi aku lalu mata aku ditenung.

"Betapa saya rindu pada awak. Betapa saya nak tengok awak membesar jadi secantik sekarang. Betapa saya nak hidup bahagia dengan awak. Tapi saya tak mampu. Maafkan saya sebab tak tunaikan janji - janji saya. Maafkan saya." Shahril kucup dahi aku. Aku dan Shahfri dua - dua tergamam sebenarnya.

"Urkhhhhh." Shahril memegang lehernya. Kami terpa Shahril.

"Abang, kau okay tak ni?" Shahfri lekapkan tapak tangan ke dada Shahril. Shahril angguk namun masih memegang lehernya.

Namun batuknya kali ini lebih kuat,  hingga terpercik darahnya kena di mukaku.

Shahril rebah dalam pangkuan Shahfri.

***

"Mama dengan papa baliklah dulu. Biar Shahfri dengan Chyra jaga abang." Shahfri tawar diri untuk menjaga Shahril yang sudah stabil. Aku setuju saja. Lagipun mama sendiri tak kuat untuk bertahan dalam keadaan sejuk malam sebegini.

"Nanti kalau abang dah sedar bagitahu mama ye? Mama dah call Kak Ina, tak berangkat pulak telefonnya. Tengoklah nanti kami singgah ke rumah dia dulu. Mama takut juga Kak Ina ni risau. Dia pun tak berapa sihat juga kan." Mama masih berat hati untuk meninggalkan Shahril, nakun akhirnya dia akur juga.

"Sayang kalau mengantuk tidur dulu dekat situ. Bie tengokkan abang dulu." Aku pandang jam, belum pukul 11 malam lagi tapi mata aku cukup berat sekali.

"Ada apa-apa bie kejut sayang ye? Sayang tak tahanlah mengantuk. Dengan sakit kepalanya lagi." Shahfri hanya mengangguk dan menyelimutkan aku dengan jaketnya.

Sekejap saja aku sudah terlena,  hingga aku terdengar satu suara yang begitu lembut dan halus.

"Jika kau tak mampu tundukkannya, tamatkanlah hidupnya."

Aku tersentak.

Mataku terbuka luas. Di kaki katil tempat Shahril terbaring, ada perempuan tua berjubah hitam sedang menghadap Shahril.

"Woi, kau pergi sekarang! Apa kau buat situ!" Aku tengking perempuan itu. Namun dia tak memberi sebarang respons.

Shahfri yang sedang memegang tangan Shahril lansung tak perasankan aku yang sudah menjerit bagai orang gila ni.

"Hoi! Pergi" aku jerit sekut hati.

"Sayang! Aduh. Kenapa ni?" Shahfri kejut aku. Aku buka mata. Perempuan berjubah hitam sudah tiada.

"Mana dia?" Mata aku melilau.

"Mana dia apanya sayang?" Shahfri usap kepala aku. "Sayang mengigau teruk. Puas bie kejut."

"Hah yeke?" Aku raup wajah yang dibasahi peluh. Kemudian aku peluk Shahfri, sekadar menumpang semangat.

"Penat sangat kot. Mana Kak Ina? Takkan tak peduli lansung dengan suami sendiri?" Lancang saja aku membebel.

"Entahlah sayang. Mama tak sampai lagi rumah dia kot."

"Sayang mimpi peliklah bie." Aku termenung memikirkan mimpi aku baru tadi.

"Takde apalah. Mainan tidur je. Lepas ni baca doa ye sebelum tidur."

"Bacalah bie, tapi mimpi tadi real."

"Bie cakap apa? Jangan fikir sangat kan?" Shahfri pegang tangan aku.

Aku termenung, kata - kata itu masih jelas aku dengar ngiangnya dalam telinga.

"Jika kau tak mampu tundukkannya, tamatkanlah hidupnya..."

FicklerWhere stories live. Discover now