🐾 Diburu Resah

30.5K 256 8
                                    

Cerita tentang nafsu ini sebenarnya sudah lama ada dalam senarai kehendak yang aku sudah listkan dari tahun tahun terkebelakang. Cuma aku bukan dilahirkan dari keluarga yang open tentang sejenis taboo ini.

Semasa mudanya, ibu merupakan seorang jurutera mekanikal dalam bidang Oil and Gas yang berkhidmat lama di Timur tengah. Berjumpa dengan baba yang bewarganegara Filipina muslim, seorang jurutera elektrik. Ibu pula, berdarah melayu dan pakistan.

Sejak kecil, aku dikawal ketat dari pelbagai sudut termasuk tatacara pergaulan dan adab. Jadi bila sudah berpeluang jauh dengan keluarga, aku mudah terbawa. Dengan Fazren pun aku bercinta secara senyap - senyap saja.

Berbeza dengan Zaidah Nafisha, Puan Aminah yang berbangsa Cina dan Pakcik Zainal Melayu tulen Terengganu memang sangat happening dan open minded. Mungkin kerjaya sebagai bussinessman dan bussinesswoman membuatkan mereka berpewatakan sebegitu.

Aku lebih selesa dengan keluarga angkatku, to be honest.

Zaidi Nadeem, memang rapat dengan aku sejak aku dan Zaidah berkawan baik. Namun atas kesalahan manusia lain, tak sangka aku pula yang jadi mangsa.

* * *

Aku henyak tubuh yang keletihan ke atas katil separa empuk. Pedulilah, barang asrama memang dah digunapakai sejak beberapa generasi. Kalau bernasib baik bolehlah dapat tilam baru yang lembut.

Zaidah sejak kebelakangan ni lebih banyak menghabiskan masa dengan telefonnya. Aku rasa terasing. Walaupun aku ada Fazren, tapi aku jarang menganggu Fazren kerana kesibukannya sepanjang tahun ini. Zaidah ni, mungkin baru dapat kekasih agaknya. Sampai aku pun tak dipedulikan.

"Chyra, Along Zaidi kirim salam." Zaidah menyampaikan salam Abang Zaidi, mungkin kerana aku lansung tak membalas segala SMS yang dikirim sejak pagi tadi. Aku hanya mengangguk, sambil memerhati tangan ligat Zaidah memasukkan pakaian ke dalam locker.

"Kau ada rasa macam suka kat dia tak?" Zaidah bertanya lagi. Aku terdiam. Dah kenapa budak Zaidah ni?

"Amende kau merepek ni Ida? Dia tu aku anggap macam abang aku. Family kau kan family angkat aku."

"Alah, kalau kau kahwin dengan dia pun boleh jadi family jugak." Zaidah tersengih.

"Hmm nak cakap suka tu takdelah. Tapi aku senang kalau dia ada. Tu je, tak lebih pada tu." - aku tipu zaidah, dan diri aku sendiri.

"Hadeh. Maknanya suka lah tu." Zaidah menguatkan statementnya.

"Aku ada boyfriend. Kau pun tau kan. Nak aku tunjuk pic dia?"

Zaidah terdiam. Kemudian kembali tersengih.

"Taknak. Kalau handsome sangat nanti aku rampas pulak." Disertai dengan tawa menyakat.

"Kau berani rampas? Putus kawan kang." Aku cekak pinggang. Zaidah menggeleng - geleng sambil ketawa mengekek.

***

Sudah seminggu sekolah itu menerima kedatangan guru kaunseling baru iaitu Cikgu Shahril. Aku sebagai ahli pembimbing rakan sebaya memang akan paling cepat rapat dengan guru - guru kaunseling ni. Nak - nak hobi aku yang suka mencari aktiviti - aktiviti menarik untuk dijalankan di sekolah, lagi sukalah cikgu nak rapat dengan aku.

Cikgu Shahril baru berusia dua puluh lapan tahun. Masih bujang dan titik kelemahanku melihat dia adalah senyuman dari bibir nipisnya yang cantik terbentuk.

Dia seorang yang baik, baik dalam tegas. Dan mudah saja mesra dengan warga sekolah.

Cukup dulu bahagian Cikgu Shahril. Aku cuma deskripsikan perwatakannya untuk menjelaskan betapa aku menyenangi lelaki seperti itu.

***

Sejak aku balik dari rumah Zaidah, perangai Fazren agak pelik. Mungkin sebab dia terlalu sibuk, atau dia cemburu sebab aku bagitahu dia Abang Zaidi ada balik sekali masa tu.

Aku tau perangai Fazren, jenis merajuk lama walau dicuba untuk pujuk. Jadi aku malas nak cakap lebih - lebih soal ni sebab aku dah terlalu faham dengan perangai kekasih yang satu tu.

Lagipun, emosi aku masih dipengaruhi malam durjana bersama Abang Zaidi. Terfikir juga aku, sex tanpa protection yang aku terima itu adakah selamat?

Menurut apa yang aku belajar di kelas biologi, setitis mani sudah cukup untuk menghasilkan berbillion - billion benih. Bagaimana pula aku dan Abang Zaidi? Aku telan liur. Rasa takut mula menjalar.

Tett.. tett.. tett

Aku segera mencapai telefon. Ada pesanan masuk. Aku buka, ia daripada Fazren.

"Mama, good luck test esok. Papa pun ada paper jugak. BM dengan Math." Aku termenung.

Mama? Papa? Gampang apa ini?

"What the HELL? sapa mama? Sapa papa?" Aku balas dengan tangan menggeletar.

Fazren memanggilku di talian. Aku cebik. Tapi kata hati kuat memaksa aku angkat.

Satu keluhan berat aku luahkan.

"Hello," kataku hambar.

"Hello Chyra. Sorry tau! Bebudak ni bongok laaaa kacau Ayen. Jangan fikir bukan - bukan please!"

Aku diam. Entah mahu percaya atau tidak. Walaupun itu pertama kali berlaku sejak aku bercinta dengan Fazren.

"Sayang? Alahh please jangan diam camni." Fazren merayu.

"Pergi mana senyap seminggu ni?" Aku cuba korek rahsia lain terlebih dahulu.

"Kan baru habis latihan pusat. Then terpaksa kejar dua minggu punya ketinggalan. Nak catch up habis semua tu bukannya mudah sayang oi. Dengan petang still kena praktis lagi."

Aku mengeluh perlahan, tapi cukup untuk buat Fazren dengar.

"Macamlah tak boleh info." Aku mencebik.

"Listen babe, Ayen nak Chyra tau yang Ayen sayang gila kat Chyra. Takyah ambik hati sangat kes tadi. Bebudak ni bangang saje kacau hubungan kita." Fazren bersuara bersungguh - sungguh.

" Nevermind. Ayen pun ada life sendiri. Chyra tak berhak kacau." Aku menamatkan panggilan.

Masih meragui sebenarnya.

Adakah ini karma? Tapi aku tak bersalah dalam hal ni.

😖😖

FicklerWhere stories live. Discover now