🐾 Rasa yang Sukar Ditafsir

38.2K 303 14
                                    

Lapan pagi. Ya, baru jam lapan pagi.

Bersusah payah aku naik ke tingkat atas untuk mandi dan bersiap ke kenduri rumah nenek Zaidah. Aku cuba, cuba untuk nampak neutral. Semoga aku mampu menanggung kesakitan ini.

Mengikut perancangan asal, memang Abang Zaidi akan ke rumah semula pada waktu pagi untuk menjemput kami berdua ke majlis. Jadi, si bedebah itu sudah ada di dalam biliknya sejak semalam mengerjakan si innocent iaitu aku. Maka aku cuma perlu kejutkan Zaidah saja. Zaidah yang memang terkenal dengan skill tidur matinya.

Seperti biasa, Zaidah memang susah nak bangun kalau dah tidur dan aku habiskan sepenuh tenaga untuk kembalikan dia ke alam nyata. Gagal. Malah makin kuat pula dengkurannya.

Tak mengapa, aku mandi dan bersihkan diri dulu. Masuk saja ke dalam bathroom, aku labuhkan punggung di atas tandas. Rasa menyucuk dan tak selesa silih berganti memberi sensasi aneh. Lubang punggungku rasa perit dan kemaluanku semestinya sudah luka. Sakit sebegini, tak pernah aku rasa sepanjang tujuh belas tahun hidup di dunia.

Aku berdecit menahan sakit terkena air sewaktu membasuh. Untuk kencing, sakitnya sekali ganda! Tak sedar air mata berderai jatuh. Sampai menumbuk dinding aku menanggung kesakitan.

"Jantan babi." Aku tak henti memaki Abang Zaidi. Bahuku tersengguk menahan tangisan yang teresak - esak sambil meluncurkan air ke seluruh tubuh. Kesal, tak percaya, rasa begitu murah saat ini. Kalau.. kalaulah aku tak jejakkan kaki ke bilik itu.

Aku lansung tak pernah tahu Abang Zaidi seorang pemabuk. Apa masalah dia sebenarnya? Entahlah. Aku tak perlu ambil tahupun tentang hidup  dia. Aku perlu fikir kesudahan hidup aku sekarang, masa hadapan nanti.

"Chyra? Kau okay tak kat dalam tu? Nape nangis weh? Ada something wrong ke?" Ketukan pintu bilik air bertalu - talu menyentakku. Segera aku hentikan air paip dan bangun.

"Takde apa Ida. Aku okay. Gaduh dengan boyfriend biasalah camni." Aku melaung dari dalam. Ada sedikit sedu di hujung perkataanku. Kekasih yang baik itu jugalah sentiasa jadi mangsa keadaan.

"Hah yelah. Cepat sikit mandi tu Chyra. Along dah kat bawah tu." Zaidah memberi arahan. Aku hanya diam.

SELESAI mandi, aku sarung baju kurung moden warna biru laut berbunga kecil warna putih dan aku padankan dengan tudung juga warna putih.

Aku rasa sakit, aku rasa kekacauan emosi, dalam masa yang sama aku rasa kosong. Emotionless. Perasaan itu hadir bersilih ganti. Aku merenung wajahku yang sembab dengan mata bengkak di cermin. Kebetulan Zaidah yang lalu di belakangku menoleh.

"Teruk betul gaduh, sampai bengkak mata hah. Macam kena sengat tebuan pun ada." Sedikit ketawa, Zaidah habiskan ayat itu lalu membuka almari pakaian. Sepasang baju songket warna hitam bertenun benang emas dicapai lalu tanpa rasa segan dengan hanya berbaju dalam, Zaidah menyarung baju songkek itu ke tubuh. Aku tekan mata sembabku berkali - kali, berharap agar ia tak terlalu kelihatan sewaktu berdepan dengan orang ramai nanti.

Turun ke bawah, Abang Zaidi yang sudah lengkap berpakaian memandangku tanpa kedip. Aku rasa menyampah padanya, lalu kupaling wajah memandang dinding. Bukan takat menyampah, malah aku benci.

"Pehh! Ni memang dikira jodoh kuat ni. Baju sama color beb. Sepadan sangat korang." Zaidah menepuk tangan dengan girangnya. Aku sudah mengangkat kening sebelah, manakala Abang Zaidi pula cuma tersenyum nipis.

" Zaidi Nadeem bin Zainal, aku nikahkan dikau dengan Sahairah binti Ismael dengan mas kahwin bla bla bla.." Zaidah masih mengusik hingga muka aku dah mula merah padam.

"Eei dahlah! Jomlah kita gerak sekarang. Dah pukul sepuluh lebih dah ni" Aku mengerling jam di dinding. Rasa rimas pula aku diganggu waktu - waktu sebegini.

FicklerWhere stories live. Discover now