Ina nak Cantik

19.4K 286 33
                                    

"I ada je nampak dia pakai telekung, tapi tak pernah nampak dia solat. Kalau solat berjemaah tu memang dia takkan join." Farhad tekun mendengar luahanku berkenaan Ina.

"So dia sebenarnya tak solat?" 15 Kilometer lagi kami akan tiba di Kuantan. Debaran di dada kian terasa.

"I takut you tak kuat nak hadap witch tu, Farhad. You confirm nak buat juga benda ni?" Aku soal Farhad buat kesekelian kalinya, tak mahu jadi risiko apa - apa.

"I jahat - jahat macam ni pun ada jugalah kawan dengan Ustaz. You jangan risau. I cuba tolong untuk bab tu. Tapi untuk bawa perempuan ni ke muka pengadilan, we have to do this. Untuk bukti. You jangan risau okay?"

Aku mengangguk, rasa nak peluk Farhad untuk ucap terima kasih aku tahan. Nanti kalau aku peluk, dia ingat aku suka dia. "Thanks, Farhad si tokey minyak wangi Dubai." Kami ketawa. Aku pandang Farhad, berharap agar dia mampu bantu aku dan mampu keluar dari sarang puaka itu dengan selamat.

"Farhad, hantar I ke rumah mertua I dulu. Then you ke rumah witch tu, boleh?"

"Kenapa nak ke sana pulak?" Ada riak cemburu di wajah Farhad.

"Hantar jelah, I ada plan dekat sana."

"Husband you ada ke?"

"Mana ada, dia kat tempat lain."

"Okay." Baru nampak lega sikit wajah Farhad.

Aku tiba di depan pagar rumah mertuaku, dan rasa lega kerana tiada kereta Shahfri.

Aku masuk ke dalam kawasan rumah, menyapa mama yang sedang beri makan ikan koi di kolam mininya.

Menangis terus mama bila nampak aku berdiri tercegat di depannya. Terus aku dipeluk erat.

"Lega sungguh mama nampak Chyra. Ya Allah, janganlah jauh dengan Shahfri dah. Dia nampak kusut sangat sejak kamu tak ada ni Chyra." Mama pegang pipi aku lalu dikucup kiri dan kanan.

"Mama jangan bagitahu Shahfri yang Chyra ada datang sini. Nanti bila semuanya dah selesai Chyra balik sini ye mama."

"Kenapa? Apa yang tak selesainya?"

"Mama, Kak Ina ada balik melawat?" Mama geleng kepala. "Kan dia di Mesir sana."

"Macam mana abang dan Kak Ina boleh kahwin?" Aku tak tahu patut atau tidak aku bertanyakan soalan itu, tapi aku betul - betul ingin tahu. Nampaknya mama keberatan untuk bercerita. Mungkin sebab orangnya pun dah tiada. "Nantilah, ada masa nanti mama cerita."

AKU masuk ke bilik Shahril dengan penuh hati - hati. Aku memerhati setiap inci biliknya yang mungkin aku boleh jadikan bahan bukti.

Ternampak pula majalah sekolah tahun 2007 di meja Shahril. Segera aku capai buku tersebut dan helaiannya kuselak satu persatu. Gambar yang ada aku, semua ditanda dengan lipatan kecil tepi majalah itu. Tak semena - mena aku tersenyum mengenang memori.

Aku mahu duduk di meja itu, tapi tak semena - mena telefon bimbit yang kuletak di situ tertepis tanganku sendiri, masuk ke bawah katil.

Aku membongkok, mahu mencapai telefon namun ia betul - betul ada di tengah katil. Lalu dengan bantuan lampu picit yang kuambil dari atas meja, aku suluh ke bawah katil.

Mataku tak mampu berkelip saat melihat apa yang di depan mataku ini. Segera aku cuba untuk terbalikkan tilam, namun tak berjaya kerana terlalu berat dan tilam itu bagai dipaku dengan katil.

Di bawah katil Shahril, penuh bertampal kertas - kertas bertulisan aneh yang sudah kekuningan. Aku capai telefon dan menangkap gambar tulisan - tulisan di kertas itu.

Aku perhati satu demi satu. Ianya adalah kertas serapah dalam bahasa jawi dan jujur aku tak faham apapun. Tapi aku tahu, ia berkenaan tangkal siung babi kerana ada gambar tertampal di kertas usang itu.

Fuck! Tangkal yang aku nampak di dadanya waktu malam dia turun ke bawah berpakaian seksi!

***
[Farhad's View]

Aku tiba di banglo mewah milik Afrina Bakar, kononnya penjual sutera - sutera gred tinggi itu.

Saat aku tiba, dia sudah menantiku dengan pakaian seksinya.

Dia cukup cantik, dengan potongan badan yang tak mampu aku ceritakan cantiknya. Wajahnya putih gebu sedikit kemerahan, bagai telur rebus dikupas kulit. Boleh gila aku dibuatnya jika terus memerhati sebegini.

"Hai, Afrina Bakar?" Aku bersuara, penuh wibawa dengan personaliti maskulin. Dia nampaknya suka dengan perwatakanku.

Terus dijemput aku masuk dan terus dihidang air. Tapi aku ingat pesan Chyra. Jangan makan atau minum apa - apa di rumahnya, bereskan saja kerja aku. Jadi aku harus akur.

"Cantiknya rumah you. Duduk sorang ke?" Aku memerhati sekeliling. Lebih kepada mahu mencari port terbaik sebenarnya.

"Memang duduk sorang. Rumah ni hasil jual sutera je. Ada sikit untung." Afrina tersenyum manis. Hampir aku rebah dibuatnya.

"Ni I tunjuk koleksi yang tengah hot sekarang. You boleh pilih dulu ye. I nak siapkan lunch sekejap. You mesti belum makan kan?" Afrina mahu mempelawa aku makan tengahari pula. Aku serba salah. Namun melihat gelagatku yang sebegitu, Afrina cepat - cepat memujuk.

"Alah, janganlah segan. You mesti pelik kenapa I terlebih mesra kan? I bukan selalu dapat tetamu. Tak salah kan layan tetamu? Dahlah you borong banyak silk collection I. I kena berterima kasih pada you." Afrina senyum menggoda.

"Okaylah. Kalau macam tu. You masaklah." Afrina mengangguk dan segera ke dapur. Kesempatan itu aku ambil dengan melekat hidden camera di beberapa sudut rumahnya.

Aku perlu ke bilik tidurnya dan satu hidden camera aku perlu letak di tas tangannya. Aduh. Berpeluh juga dahi untuk membolehkan aku sampai ke biliknya. Bagaimana ya?

"Cik Afrina. Sorry, but your sexy booty is killing me." Aku cuba menggoda menggunakan segala kepakaran Uncle Sam yang aku ada. Afrina pusing tubuhnya dengan senyuman melirik.

"Bagi I masak dulu. Nanti kita bincang hal ni?" Afrina yang sedang pegang pisau gigit bibir bawahnya dan teruskan memasak.

Damn. Jangan aku kena bunuh sudahlah.

Bzzttt. Bzztttt.

Telefonku bergetar. Aku keluarkan dan lihat nama Chyra sedang memanggilku.

"Kenapa?"

"Farhad you kat mana?"

"Almost done. Kenapa?" Aku bersuara tertahan - tahan. Bimbang Afrina akan dengar dan curiga pula nanti.

"Babe you kena putuskan tangkal yang dia pakai. That's the only way to break her monstrous spirit! Think Farhad. Kalau tak you takkan dapat kalahkan dia."

"Damn. This wasn't the part of our plan. I taknak kalahkan dia,  I just nak bantu you dapatkan bukti je." Aku keraskan sedikit suaraku.

"Please Farhad, please." Chyra dah mula mahu menangis. Aku tahu dia terdesak untuk dapatkan kebenaran.

"Fine, fine! I kena tarik ke or macam mana?"

"Hanya api dapat musnahkan benda tu. Guna api Farhad." Chyra tamatkan panggilan, meninggalkan aku yang sedang buntu.

Aku tahu tangkal siung yang dimaksudkan Chyra itu. Aku nampak Afrina pakai tangkal berupa kalung itu di batang lehernya yang jinjang.

Perlu ke aku tolak dia ke api dapur yang dia tengah memasak tu? Uh, terlalu extreme.

Atau aku perlu ajak dia bakar sampah di luar rumah? Uh no, adakah aku terlalu bodoh untuk memikir idea bernas?

"Dah siap pilih? I pun dah siap masak ni. Jom makan dulu? Lepas tu mana tahu kita boleh bincang lebih jauh tentang business I ni?" Wajah kemerahan Afrina aku tenung dengan harapan aku dapatlah mencari idea untuk rembat tangkal babi dia tu.

"I rasa, bila tengok you. I nak makan you." Aku menghampiri Afrina dan menyentuh lengannya dengan hujung jari.

Dari riaknya yang tersipu - sipu itu, aku tahu yang aku mungkin terpaksa melakukan juga perkara ini walaupun aku dah berjanji dengan diri sendiri yang aku takkan jadi fuckboy lagi 💩💩

Damn Afrina.

FicklerWhere stories live. Discover now